Nak Menang Hadiah Barangan Spiderman ! - AyuArjunaVSTheSpiderMan

Gaisssss, nak khabarkan pada semua..

Ada 2 berita best ni...nak kongsikan....


Makmal Sains Interaktif The Spider-Man di Pusat Sains Petrosains, Suria KLCC
Bermula Selasa 21 November 2017, jom bawa anak-anak ke Makmal Sains Interaktif The Spider-Man di Pusat Sains Petrosains, Suria KLCC. Anak-anak kita akan berpeluang merasai sendiri bagaimana menjadi Peter Parker di sana tau! Seperti berada di dalam makmal Peter Parker di Horizon High memberikan pengalaman unik ini kepada anak-anak kita dengan bersama-sama membuat eksperimen, tutorial dan kraftangan. Sama seperti Pasukan Spider-Man yang menggunakan pengetahuan mereka yang luas dalam bidang sains. Cara inovatif untuk menewaskan penjahat hebat sekaligus anak-anak kita  boleh belajar tentang sains melalui keseronokan, dan membuat eksprimen mereka sendiri.

Pertandingan Foto "Ikut gaya Spiderman" di One Utama
Take note gaiss! Bermula dari 8 hingga 13 November 2017,  uolls boleh bawa anak-anak kanak-kanak ke One Utama, LG High Street (berdekatan dengan butik Charles & Keith). Dan anak anda boleh mencuba membuat gaya 'spidey'  di The Spider-Man Wall Crawl,yang menyediakan tiga set bilik yang menyeronokkan, interaktif, (terbalik ) seperti bilik tidur Peter Parker, Midtown High hallway dan Horizon High laboratory. Kongsikan gambar yang paling hebat anak anda di sana di instagram dengan hashtag #MYWebstagram  #MarvelsSpiderman  dan #AyuArjunaVSTheSpiderMan (jangan lupa tag saya juga ya @ayurafikah) berpeluang untuk memenangi hadiah menarik. Oh ya aktiviti bergambar ini boleh secara individu atau bersama keluarga ya!

 Gambar bersama keluarga. Harap uolls boleh hantar gambar lagi gempak hokeh, kahkah.

 
Gaya individu....sebenarnya pelbagai gaya acah2 stunt yang boleh anda lakukan di sini..

 Ini adalah Midtown High hallway. 


 Bilik tidur Petear Parker yawww..

Dan ini adalah Horizon High laboratory.

Anda boleh memenangi hadiah dari pihak Marvel dan juga dari saya tau. *Untung ya, boleh menang dari 2 penganjur yang berlainan dengan hanya mempetaruhkan satu gambar (banyak gambar pun boleh)

Yang mana seramai 11 pemenang di cari:
5 x Spidey (set yang mengandungi backpack, notebook, water bottle; notepad)
3 x Spidey soft toy
3 x Spidey tsums


Dan jangan lupa untuk sertai pengembaraan web-slinging Team Spider-Man yang menarik di "Marvel's Spider-Man" setiap hari Sabtu dan Ahad pukul 12.30 pagi di Disney XD (Astro Ch 617).

Jejomssss sertaiii...kemonnnn

Nak Menang Hadiah Barangan Spiderman ! - AyuArjunaVSTheSpiderMan Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 08, 2017 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.