Pizza Hut Ada Menu Baru Berkeju Yang Sedap-Sedap dan Juga Memperkenalkan Konsep Restoran Digital Yang Canggih!


Saper saja yang tak suka pizza weiiii. Apatah lagi ianya mewah dengan keju leleh yang super sedap rasanya. Seriously dengan roti pizza yang lembut didalam ranggup luar bersama topping yang sememangnya sentiasa pilihan hati seperti tomato ceri dan juga sosej maka terkeluarlah dengan penuh perasaan 'nikmat manakah yang harus kau dustakan'...gittewwwww

Untuk pengetahuan semua Pizza Hut Malaysia ("Pizza Hut"), rangkaian pizza No.1 Malaysia telah mengorak sempadan digital baru. Yang mana restoran Pizza Hut hari ini memperkenalkan konsep digital yang didatangkan dengan aplikasi mudah alih baru.


Dengan pengenalan kedua inisiatif ini telah melonjakkan Pizza Hut dalam transformasi digitalnya, di samping menyokong misi rangkaian berkenaan untuk menjadikan proses membeli piza "Lebih Senang" dan memberi pengalaman "Lebih Baik" kepada pelanggan.

Berucap ketika majlis itu, Merrill Pereyra, Ketua Pegawai Eksekutif QSR Brands (M) Holdings Bhd berkata:

"Dalam membangunkan strategi digital Pizza Hut, kami kembali kepada teras industri makanan. Dalam industri kami, pengalaman pelanggan merupakan aspek paling utama, dan soal aspek digital bukanlah sekadar penggunaan teknologi semata-mata sahaja - ianya untuk memastikan kepuasan para pelanggan. Bagi kami, ini bermaksud menyenangkan proses pembelian piza untuk pelanggan - sama ada di restoran, rumah, atau di mana-mana sekalipun."

"Inilah sebabnya Pizza Hut mengorak langkah ke arah transformasi digital, bermula dengan rombakan semula laman web kami, dan sekarang dengan aplikasi mudah alih dan restoran konsep digital pertama kami. Kami berharap untuk memberikan pelanggan kami pengalaman digital sepenuhnya dari saat mereka masuk ke dalam restoran, membuat pesanan, dan menikmati hidangan mereka. Ini hanyalah permulaan. Kami merancang untuk mengembangkan konsep digital kami ke lebih banyak restoran, bagi memberi pengalaman digital yang lebih baik dan menyenangkan untuk semua pelanggan."

Mengubah pengalaman makan dan pesanan digital Restoran konsep digital baru Pizza Hut memberikan pelanggan pengalaman digital yang baru dari saat mereka melangkah masuk ke restoran, membuat pesanan dan menikmati hidangan mereka, sehingga saat mereka keluar. Dari panel digital pesanan dan pengurusan barisan yang terletak di luar restoran, hinggalah robot penyambut tetamu di dalam, restoran ini telah direka khas untuk berfungsi secara digital.

Di restoran konsep digital baru Pizza Hut juga, kesemua pekerja dilengkapi dengan tablet untuk mengambil pesanan dengan lebih efisien dan tepat.

Restoran baru ini juga merupakan cawangan pertama Pizza Hut di Asia Pasifik untuk menampilkan Kios Bawa Pulang Digital. Kios ini membolehkan pelanggan membuat pesanan dan bayar dengan lebih pantas, menjadikan proses ini lebih cekap dan mengurangkan masa menunggu.

Pelanggan juga dapat menggunakan menu “Augmented Reality” dengan keupayaan untuk berinteraksi dengan para pelanggan sambil memaparkan makanan dengan animasi-animasi yang membangkitkan selera. Pengalaman digital ini berterusan selepas pesanan telah dibuat, dengan penyediaan permainan digital yang menarik untuk memastikan para pelanggan akan terhibur sambil menunggu piza mereka.

"Dalam perancangan untuk menerapkan teknologi digital ke dalam restoran konsep digital ini, kami mendekatinya dari sudut pandangan pelanggan. Bagaimanakah kita dapat membuat keseluruhan pengalaman pelanggan lebih senang? Sebab itulah kami telah membawa penyelesaian seperti Kios Bawa Pulang Digital - kerana pelanggan memberitahu kami bahawa mereka ingin memesan dan membuat pembayaran dengan lebih pantas, supaya mereka dapat lebih cepat menikmati piza mereka. Dengan cara ini, pelaburan kami ke dalam pembinaan kios ini terus menjadi sebuah penyelesaian dan memberi pengalaman pelanggan yang lebih baik."

Kemudahan di hujung jari anda

Bagi pelanggan yang lebih suka menikmati piza yang dihantar ke rumah, Pizza Hut telah mula membuat pengalaman ini lebih baik dengan pembaharuan laman webnya pada awal Mei tahun ini, lengkap dengan mekanisme pesanan, navigasi dan penjejakan yang lebih mudah.


Pizza Hut kini telah mengambil langkah seterusnya dengan pelancaran rasmi aplikasi mudah alihnya. Aplikasi ini akan menjadikan proses pesanan piza satu pengalaman yang lebih mudah dan bermanfaat. Aplikasi ini mengingati pesanan dan pilihan pelanggan yang terakhir - termasuk alamat penghantaran sebelumnya, supaya pelanggan tidak perlu memasukkan data berulang kali. Dengan data GPS dan data lokasi yang terbina di dalam kebanyakan telefon mudah alih hari ini, aplikasi ini dapat mengesan lokasi pelanggan dan menjadikan proses menempah semudah satu klik sahaja. Pemantauan status penghantaran juga memudahkan pelanggan menjangka bila penghantaran pizza mereka akan tiba.

Di samping membuat proses memesan lebih mudah, aplikasi Pizza Hut ini juga memberi ganjaran dengan setiap pesanan yang dibuat oleh pelanggan. Dengan setiap pesanan, pelanggan akan diberikan poin piza yang boleh ditebus untuk ganjaran seperti hidangan sampingan percuma, minuman ataupun piza percuma.

Sejak diperkenalkan pada awal bulan September, aplikasi mudah alih ini telah dimuat turun sebanyak 37,432 kali, dengan peningkatan kadar jualan melaluinya.

Gandakan ganjaran dengan "You download, We Belanja!"

Untuk meraikan aplikasi mudah alih baru ini, Pizza Hut akan memberikan 35,000 piza percuma melalui promosi terbaru mereka, "You Download, We Belanja". Pelanggan hanya perlu memuat turun aplikasi mudah alih Pizza Hut, dan buat pesanan untuk satu piza saiz biasa dan mereka akan mendapat satu lagi piza saiz biasa secara percuma!

So korang! Dah alang nk makan Pizza Hut kan, jangan cuba untuk merasai sendiri menu-menu yang terbaru dar Pizza Hut. Antara yang dicadangkan seperti :-
       
CHICKENCHEESY BITES- Yang sedap giler....cara nak makan cicah di bahagian hujung pizza di sos keju!

SPICY CHICKEN ARRABIATA SPAGHETTI - Peminat pedas memangs angat sukakan masakan ini :-)

CHICKEN GAI-JOR ROLLS, NEW ORLEANS DRUMETTES & FRIES - set kombo yang ada pelbagai hidangan dengan sos istimewa.

More cheese, More Fun!!!1

Jom Pizza Hut :-)

https://www.pizzahut.com.my

Comments

Popular Posts