5 Sebab Kenapa Saya Memilih Untuk Bercuti di Lexis Port Dickson

Sebenarnya seronok kalau dapat bercuti di kawasan berpantai. Selain dapat berlibur, inilah saat-saatnya kita dapat habiskan masa bersama keluarga. Antara percutian di pantai yang menjadi tarikan di Malaysia seperti:-

Pantai Chenang Langkawi
Pantai Desaru
Pantai Morib
Pantai di Cherating
Pantai di Port Dickson 
dan banyak lagi.


Disebabkan saya tinggal berdekatan dengan kawasan Lembah Klang, tentulah pantai Port Dickson menjadi pilihan saya untuk destinasi percutian singkat bersama keluarga. Faktor berdekatan dengan kemudahan aksesibiliti seperti highway antara sebab kenapa saya dan keluarga suka bercuti ke Port Dickson. Selain itu kawasan Port Dickson terdapat banyak pilihan hotel yang dilengkapi dengan  pelbagai fasiliti terbaik. Untuk menikmati hidangan tempatan yang enak juga tidak sukar, ini kerana di Port Dickson terdapat banyak restorann yang menawarkan pelbagai jenis hidangan. Terutama masakan seafood, memang dari hasil lautan yang sangat fresh!


Antara pilihan hotel di Port Dickson yang sentiasa menjadi pilihan saya ialah Lexis Port Dickson :-) Lima sebab kenapa Hotel Lexis Port Dickson sentiasa menjadi pilihan saya dan keluarga, ialah:-

Lovely, Caring & Friendly Family Hotel
Dari percutian secara solo, berteman ataupun berkeluarga memang Lexis Port Dickson memenuhi kriteria semuanya. Dengan keindahan alam semulajadi di persekitaran kawasan Lexis Port Dickson - kita akan dapat lihat pasir pantai yang begitu putih dan bersih, suasana nyaman dengan angin laut yang sepoi-sepoi bahasa. Saya sendiri kalau nak kurangkan tekanan perasaan, caranya dengan hanya memerhati laut yang luas dari pantai sambil  menarik nafas dalam-dalam. Nah! Itu sudah cukup membahagiakan jiwa.

Kalau mereka yang datang dengan membawa kerja (kiranya bercuti sambil bekerja), jangan risau tau sebab di setiap bilik penginapan disediakan perkhidmatan internet. Seronokkan... Zaman sekarang rasanya semua orang tidak boleh dipisahkan dengan kuasa internet. Sakit kepala pun boleh hilang bila ada internet. Magik, hiks.


Exclusive - spacious room
Pilihan bilik daripada menghadap laut (sea view) ataupun chalet yang ternyata lebih esklusif tentunya memberi kita banyak pilihan yang terbaik di saat untuk menenang fikiran ataupum menghabiskan masa bersama keluarga. Bilik-bilik yang di tawarkan di sini semuanya agak luas dan dapat memberikan keselesaan yang seperti diinginkan oleh setiap tetamu di sini.



Secara kesimpulan ada 4 pilihan bilik iaitu Premium tower seaview, Deluxe water chalet, Executive water chalet, Premium water chalet. Tapi saya syorkan kalau uolls datang dengan keluarga bolehlah pilih  Premium Water Chalet, sebab boleh muat ramai orang (sekeluarga).


e[X]cellent choice for family getaway!

 Dan buat anak-anak jika mereka mahukan aktiviti, terdapat banyak pilihan tau.. Antaranya seperti:-
  • Children Pool
  • Children Playground
  • Giant Snake & Ladder
  • Pool Scuba Diving
  • Fishing and Crabbing Activities
  • KMX & Bicycle Rental
  • Archery Range
  • Outdoor Games
  • Board Games
  • Landscaped Swimming Pool
  • Games Room
  • Segway Obstacle Course
  • Karaoke Room



Kalau saya memanglah akan memilih aktiviti memanah dan berbasikal. Apatah lagi dapat mengayuh pedal basikal secara perlahan-lahan sambil menghirup udara yang segar. Rasa ohsemnya hiduppp...

Impressive and varieties of food (during breakfast)
Biasalah kan kalau kita booking penginapan akan datang bersama sarapan di hotel. Tapi seriously pilihan menu di Lexis Port Dickson di waktu sarapan memang banyak giler. Kiranya kita akan benar-benar 'enjoy' menikmati hidangan biarpun ianya adalah sarapan semata.



Service is great (tip top)
Layanan memang superb. Dari waktu booking kat sini sampailah kita tiba untuk check-in untuk menginap dan check-out sewaktu balik. Jika kita ada masalah kita buat laporan terus dan cepat tau pihak pengurusan Lexis Port Dickson buat tindakan.


Memandangkan chalet agak jauh dari tempat pendaftaran masuk, jadi kita boleh mengambil perkhidmatan buggy yang disediakan. Tapi ramai jer yang jalan kaki dari kawasan lobi ke bilik. Ini kerana sepanjang perjalanan memang banyak pemandangan yang cantik-cantik. Orang yang suka OOTD memanglah sukakan, hehehe.

Jangan lupa  "book lexis port dickson on traveloka"!

Untuk lebih penjimatan dan juga kepuasan bercuti-cuti dengan penuh keseronokan.

Comments

huzaini ismail said…
teringin nak p santai2 di hotel lexis ni..tahun depan mmg rancang nk p port dickson ni..
Dekat sket nak pergi sini. Dah lama tak pergi sini....
Syafiera Yamin said…
Dah lama tak pergi pantai, rasanya nak pergi tahun depan boleh lah pilih stay hotel yang menarik dan affordable
Eddy Rush said…
tempat ni memang best , santai kt shore sebelah tangan kana peluk kelapa muda...ahhaha . banyak juga aktiviti die....
Hasif Hamsyari said…
alaa... dah selalu baca pasal orang pergi tempat ni tapi belum ada rezeki lagi. Ini kalau bawa famili mesti syok, kan?
Nadia Johari said…
haritu pergi avillion pd pun dah best..inikan pulak lexis..huish mesti lagi best
JMR said…
DOne KL/Sel, Port Dickson la tempat yg boleh jumpa laut paling dekat&best. Dapatlak stay kat Lexis..
Cik Puan Ena said…
Mmg cantik view..tp klu ena pergi holiday cn mmg xdpt tdo hotel ni sbb polis ada tmpt khas ntk rehat. Hehe.. dpt tgk gmbr dalam hotl tu jadilah..
Eh, bukan Lexis ini yang ada swimming pool sendiri lat bilik ITU ke?
Salina Johari said…
Mengidam gak nak duduk kat LEXIS ni...tambah bila k.ayu kata byk acara utk kids...sure dyorang suka..nanti nak usyar traveloka....huhuhu
Cerita Huda said…
memang best bercuti di Lexis, last year huda celebrate anniversary kat sini, memang seronok, view pun cantik.
Dah lama tak ke port dickson. Teringin jugak nak menginap di Lexis tu.
I nak visit there juga. seems like a nice place
dboystudio said…
dah pernah duduk sini sehari memang best view pun cantik dan menarik. memang awesome!
Betty Liew said…
My favourite place always hisbicus lexis. My company love to do team building there. Spacious room and fresh environment.

Popular Posts