Cabaran Baru dan Menerapkan Keyakinan Dalam Diri Menerusi Pengucapan Awam di Program Teens Tour Guide by Johan Speaking Academy

Seperti yang saya pernah war-warkan dalam entri sebelum ini mengenai program anjuran Johan Speaking Academy yang berlangsung pada 9-10 Disember 2017. Dan Afiq dan Akid memang teruja untuk menyertai program ini memandangkan mereka pernah mengikutinya sebelum ini. Tidak dinafikan program seperti ini banyak membantu anak-anak saya terutama dalam penguasaan bertutur di dalam Bahasa Inggeris di khalayak ramai.


Kredit pic: FB  Cherry Ho Lee Ting
Selain daripada penerapan nilai-nilai murni sepanjang program dijalankan, anak saya juga dapat mengenali rakan-rakan baru. Sekaligus mengajar mereka untuk lebih pandai menyesuaikan diri dan tidak kekok untuk memulakan pengenalan dengan rakan yang baru ditemui.

Untuk hari pertama, program telah dijalankan di Johan Speaking Academy yang terletak di TTDI Kuala Lumpur. Lokasinya terletak di atas TTDI Klinik Koo. Tapi kalau tidak mahu keliru, ianya tertetak di deretan kedai berhampiran juga dengan Balai Polis TTDI.

Kredit pic: FB  Cherry Ho Lee Ting

Di hari pertama mereka telah diajar tentang asas berkomunikasi di khalayak ramai. Bagaimana hendak membina keyakinan untuk melontar kata-kata dan pendapat dan banyak lagi. Mendapat bimbingan daripada Mr Johan Ooi, seorang yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang pengucapan awam dan belioau sememangnya telah mendapat pelbagai pengiktirafan di peringkat antarabangsa dalam bidang ini (can read from my previous post)

Untuk hari kedua, setiap peserta diberi tugasan sebenar di lapangan yang mana mereka perlu menjadi 'tour guide' untuk satu hari di KL Tower Mini Zoo. Lokasi kali ini agak mencabar kerana pengunjung bukan hanya dikalangan warga tempatan bahkan terdapat juga pelancong dari negara luar. Ianya sesuatu yang mencabar dan menarik. Setiap peserta perlu menunjukkan potensi mereka sebagai 'tour guide' dengan lebih yakin.

Sempat juga saya merakamkan antara sebahagian haiwan yang terdapat di KL Tower Mini Zoo. Banyak juga haiwan yang jinak di sini. Memang tidak rugi sebenarnya jika membawa anak anda melihat sendiri haiwan jinak secara dekat.

Antara momen yang sempat dirakamkan seperti :
Akid memang suka sangat dengan burung. Dan dia memang jenis sangat berani mendekati dengan haiwan.

Aksi Afiq!

Keterujaan Amani, melihat burung sebanr yang bertebangan secara dekat.

Afiq dan kura-kura, heheh.

Dan bersama kambing juga. Manja betul anak kambing ni tau!

Kita juga boleh memberi makanan kepada haiwan jinak yang terdapat disini secara dekat.

My Yara yang pertama kali berjumpa dengan ayam, hahahaha. Peminat ayam goreng akhirnya berjumpa juga dengan sumber ternakan yang menjadi makanan kegemarannya selama ini.

Ini adalah wallaby, spesis yang lebih kurang seperti kangaroo. Cuma saiznya lebih kecil jika dibandingkan dengan kangaroo yang biasa kita jumpa.

Sepanjang tour juga anak-anak ini telah diberi penerangan secara ringkas oleh penjaga mini zoo ini. Dengan informasi yang mereka dapat di sini, peserta perlu gunakan dan memberi penerangan kepada pengunjung yang datang melawat.


Akid memang jenis anak yang 'adventerous' dan sentiasa ingin tahu apa yang berlaku di kelilingnya. Ini saya dapat lihat sendiri bagaimana karektor Akid yang pemalu tetapi kini lebih percaya diri dan mampu pergi lebih jauh dengan apa yang beliau suka lakukan. Tidak lagi ada halangan dengan perasaan yang tidak yakin bahkan kini lebih berdikari, ini setelah saya lihak impak positifnya setelah menghantar beliau ke kem seperti yang telah dianjurkan Johan Speaking Academy.


Di akhir acara program, setiap pelajar perlu berkongsikan pengalaman mereka di sini di hadapan rakan dan ibu-bapa yang lain. Walaupun Akid pada mulanya agak gugup, mungkin kerana beliau terlalu fokus terhadap nama haiwan yang ingin beliua memberi penerangan. Namun beliau tetap cuba untuk menghabiskan penyampaiann pengucapannya. Say abangga dengan beliau yang tidak mengalah walaupun namun beliau agak sukar mencari kata di pertengahan cerita. Tidak sangka juga, Akid bercakap agak lama :-) di ata spentas.

Afiq seperti biasa, beliau memang kanak-kanak yang ceria dan suka mengusik. Karektornya yang 'happy-go-lucky' ini memang selalu menceriakan keluarga besar saya. Walaupun dikalangan adik beradik beliau agak lemah didalam berbahsa Inggeris. Namun Afiq telah berjaya membuktikan beliau mampu menguasai bahasa Inggeris dengan baik. Ini juga antara impak positif apabila saya menghantar beliau ke kem seperti ini di waktu cuti sekolah. Selain dapat mengenali rakan baru, Afiq juga sangat positif apabila berkomunikasi dengan rakan baru dengan menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya.

Syabas diucapkan kepada semua peserta yang berjaya menghabiskan 2 hari program 
Teens Tour Guide by Johan Speaking Academy.

Saya sempat bergambar kenangan bersama Afiq, Akid dan juga Miss Cherry dan Mr Johan Ooi (BTW congrats Miss Cherry and Mr Johan for your wedding this coming Saturday ya!). 

Moga anak-anak yang menyertai dapat belajar dan memperbaiki mutu pengucapan awam mereka dan terus berjaya menjadi pelajar yang berani serta berdikari di masa hadapan :-)

Untuk pengetahuan semua, Johan Speaking Academy mempunyai program untuk 10 bulan dan 10 minggu yang bermula pada bulan Januari dan March. Paling penting setiap kelas hanya 12 orang pelajar sahaja bagi memastikan setiap pelajar dapat diberi perhatian, lebih fokus dari segi penyampaian pengajaran berkualiti.

Untuk keterangan lanjut boleh layari:


Ikhlas dari seorang Ibu,
XOXO

Comments

Dedaun Comel said…
Nak buat pengucapan awam tak semudah yang kita sangka. bagus ada program macam ni untuk anak-anak
dedaun comel- betul...kena ada keberanian dan juga sedikit kemahiran

Popular Posts