GSK S.T.E.M Discovery Day

                                                  
Tahun ini merupakan tahun kedua, GSK menganjurkan program khas buat anak kakitangannya bersempena juga dengan sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia. Apa yang menarik untuk program ini turut disertai hampir 70 anak kakitangan GSK daripada pelbagai jabatan. Dan anak saya turut dijemput untuk menyertainya dan memeriahkan program yang dianjurkan.

Tema kali ini adalah "GSK S.T.E.M Discovery Day" yang mana peserta akan didedahkan dengan dunia pekerjaan/profesion. Dann juga pelbagai aktiviti menarik yang melibatkan S- Sains, T- Teknologi, E- Engineering dan M- Matematik.

Aktiviti pertama di mana semua peserta dibahagikan mengikut kumpulan. Sesi pengenalan dan perlantikan ketua juga telah diadakan. Terdapat 4 kumpulan iaitu Sains, Teknologi, Engineering dan Matematik

Aktiviti pertama adalah "treasure hunt" dan membina "castle" yang mana setiap kumpulan perlu menyelesaikan beberapa cabaran yang melibatkan IQ dna EQ. Mereka perlu banyak berkomunikasi dan berbincang bagi mencari jalan penyelesaian.

Permuafakatan juga penting dalam setiap aktiviti bagi memastikan semua keputusan akhir dalam setiap perbincangan mendapat kata putus. Di sini saya dapat lihat sifat kepimpinan yang ada dalam setiap anak-anak. Yang mana mereka perlu berani mengeluarkan pendapat masing-masing.

Antara aktiviti yang menarik bagi saya ialah "The Kid's Apprentice", yang mana kanak-kanak dalam setiap kumpulan perlu berbincang dan menghasilkan produk barangan mereka sendiri. Mereka perlu memikirkan produk apa yang relevan di pasaran bersama namanya dan juga setiap kumpulan perlu bentangkan projek mereka di hadapan. Ianya lebih bagaimana mereka yakin tentang produk yang mereka hasilkan. Saya sangat teruja melihat bagaimana kanak-kanak ini mampu berdiri di hadapan dan belajar untuk promosi produk mereka sendiri dengan yakin.

Aktiviti yang sangat dinantikan oleh kanak di sini adalah melakukan sains eksperimen. beberapa ujian mengenai tekanan udara yang berkait dengan suhu. Begitu juga dengan ketumpatan air dan banyak lagi.


Memang seronok dan 'happening' sangat terutamanya untuk my Ameer yang pertama kali didedahkan dengan aktiviti eksperimen. Beliau telah mencuba dan membuat pemerhatian sendiri menerusi aktiviti-aktiviti yang telah disediakan oleh pihak penganjur.

Selain itu pesetta juga telah diberi panduan mengenai pemakanan lengkap yang bernutrisi dan perlu diambil setiap hari. Sesi interaktif ini memerlukan kanak-kanak untuk memberi respon dan berinteraksi, sekaligus aktviti ini mengajar kanak-kanak untuk lebih peka tentang keperluan tubuh mereka.

Dalam program ini juga diselitkan cara penjagaan gigi dengan betul. Dan taklimat ini disampaikan oleh doktor gigi yang telah dijemput oleh pihak penganjur. Lihat betapa khusyuknya my Ameer mendengar taklimat mengenai cara memberus gigi setiap hari, hehe.

Selepas taklimat cara pembersihan gigi, semua kanak-kanak boleh mendapatkan pemeriksaan gigi oleh doktor gigi yang hadir. Beria my Ameer beratur menunggu giliran bagi membolehkan doktor melakukan pemeriksaan giginya.

Sebahagian peserta bergambar kenangan dengan doktor gigi :-)

Sambil menunggu aktiviti seterusnya, sempat juga peserta cilik di sini menguji kebolehan mereka untuk melompat sejauh mungkin. Ini merupakan salah satu aktiviti fizikal yang disediakan untuk para peserta mencuba.

Anak-anak ini juga membuat eksperimen 'Ballon Launcher". Bersungguh-sungguh para peserta mencuba sendiri bagaimana belon dilancarkan seperti konsep roket yang diterbangkan ke udara.

Sesi kraftangan (seni) menghasilkan tangan bionik dan juga beg istimewa tanda terima kasih buat ibu/bapa. Aktiviti seperti ini memberi peluang untuk anak-anak menghasilkan hasil seni mereka berdasarkan kreativiti yang mereka miliki. Melihat kepada Ameer yang bersungguh-sungguh menyiapkan projek beg ini membuat saya terharu dan bangga. Seorang kanak-kanak yang lincah dan sangat aktif (jenis tak reti duduk diam) tapi apabila berpeluang menggunakan bahan-bahan seni, beliau dapat menghasilkan sesuatu hasil yang baik sekali.

Begitu juga dengan Akid, Afiq dan Amani. Biarpun seharian sudah penat beraktiviti, namun tetap bersungguh-sungguh memberikan yang terbaik. Saya gembira dengan komitmen dan kesungguhan yang mereka tunjukkan, biarpun sudah penat beraktiviti dari pagi.

Menariknya semua peserta diberikan ganjaran berkumpulan dan kumpulan Engineering yang disertai oleh Akid dan Yana telah berjaya menjadi Juara. Selain daripada hamper setiap ahli kumpulan juga membawa balik piala kemenangan setiap seorang.

Kumpulan Teknologi yang disertai oleh Ameer danAfiq. Bagi saya kumpulan ini agak konsisten dari segi pencapaian dalam aktiviti yang diberikan. Syabas diucapkan.

Kumpulan Matematik yang disertai oleh Amani. Paling riuh dan bersemangat.

Bagi saya sendiri melihat kepada program yang telah diaturkan sepanjang hari ternyata banyak memberi pengetahuan, pengalaman dan ilmu yang baru kepada kanak-kanak. Sekurang-kurangnya kini mereka sudah jelas bagaimana kerja yang dilakukan oleh ibubapa mereka setiap hari di pejabat. Begitu juga pendedahan dengan aktiviti seperti eksperimen, permainan dalam kumpulan dan pelbagai lagi memberi banyak manfaat serta sarat dengan nilai-nilai murni yang dapat dipelajari serta teladani.

Syabas GSK di atas penganjuran program terbaik buat anak-anak terutamanya di musim cuti sekolah ini :-)

Comments

Aktiviti ni nampak best sangat...

Popular Posts