JAKEL CHARITY RUN FOR ROHINGYA KUALA LUMPUR 2017

Jakel Pusat Gedung Tekstil terbesar Malaysia buat julung kalinya menganjurkan aktiviti berbentuk gaya hidup sihat berkonsepkan larian sebelum berlabuhnya tirai kalendar 2017. Jakel Charity Run for Rohingya Kuala Lumpur 2017 ini telah berlangsung pada 10 Disember 2017 di Jakel Mall KL merupakan satu inisiatif program tanggungjawab sosial korporat (CSR) daripada Jakel, disamping ianya satu langkah pro aktif dalam proses transformasi ke arah melahirkan serta menerapkan amalan dan gaya hidup sihat selari dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan rakyat Malaysia lebih produktif.


ULANGTAHUN JAKEL KE-10 TAHUN
Penganjuran larian ini juga mencipta sejarah tersendiri kerana Jakel merupakan syarikat tekstil yang pertama di dalam negara menganjurkan aktiviti sihat disamping meraikan ulangtahun Jakel ke-10 tahun bertapak di Kuala Lumpur dalam menjalankan operasi perniagaan retail.

Menjadi trademark “Ingat Kain Ingat Jakel”, citarasa dan kehendak pelanggan adalah keutamaan yang terpenting dalam operasi perniagaan. Jakel merupakan trendsetter, tidak mahu melepaskan peluang untuk turut serta menganjurkan acara hebat ini disertai dengan kepelbagaian aktiviti sebagai medium untuk mengumpulkan para pelanggan setia Jakel yang tidak berhenti menyokong berbelanja di Jakel. Pada masa yang sama juga, program sebegini memberi peluang dan ruang kepada Jakel untuk lebih mendekati pelanggan yang sentiasa menyokong perniagaan Jakel sepanjang bertapak di Malaysia.



CHARITY RUN
Isu keganasan dan penindasan yang dialami oleh etnik Rohingya menyebabkan golongan ini menderita kesengsaraan. Ada antara mereka yang tidak mempunyai tempat berteduh dan kekurangan sumber makanan akibat kepincangan dan serangan yang dialami oleh mereka. Oleh itu Jakel terpanggil untuk membuka kesedaran masyarakat dengan mengadakan misi bantuan kemanusiaan ini bagi mengurangkan bebanan dan penderitaan yang dialami oleh etnik Rohingya.

Lanjutan daripada itu, Jakel mengambil inisiatif dengan menganjurkan Jakel Charity Run For Rohingya Kuala Lumpur 2017 pada 10 Disember 2017 di Jakel Mall Kuala Lumpur. Penganjuran
aktiviti larian ini juga merupakan salah satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dimana hasil daripada bayaran pendaftaran akan disalurkan 100% sepenuhnya kepada mangsa pelarian masyarakat Rohingya. Ini jelas menunjukkan bahawa Jakel bukan hanya menjalankan perniagaan sahaja malah terpanggil untuk membantu golongan ini disamping menyeru masyarakat untuk mengekalkan kualiti hidup cergas dan cerdas.

Menurut Datuk Hj Mohamed Faroz Bin Mohamed Jakel; Pengarah Urusan Kumpulan Jakel berkata “Jakel mengambil pendekatan dengan mengadakan program ini untuk memberi pendedahan kepada masyarakat umum tentang peranan Jakel yang bukan sahaja menumpukan kepada operasi perniagaan semata-mata, malahan senantiasa menyokong usaha-usaha kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang sihat sekaligus mampu memacu peningkatan produktiviti negara”.

Tambah Datuk Hj Mohamed Faroz Mohamed Jakel lagi penganjuran larian ini adalah salah satu medium CSR, dimana hasil kutipan pembayaran pendaftaran penyertaan daripada peserta larian, sumbangan daripada Jakel Trading Sdn Bhd beserta daripada para penaja akan diberikan sepenuhnya dan diserahkan secara terus kepada mangsa pelarian masyarakat Rohingya di Bangladesh. Sumbangan tersebut juga akan dibawa dan dihantar sendiri oleh pihak pengurusan tertinggi Jakel kepada masyarakat Rohingya di Bangladesh.

KATEGORI & PENYERTAAN

Larian 10KM bermula dan berakhir di Jakel Mall membawa kesemua peserta merentas laluan bandaraya Kuala Lumpur dengan melalui beberapa jalan utama yang merangkumi Jalan Munshi Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Mara Jalan Raja Laut, Jalan Sultan Ismail, Jalan Kuching, Lebuhraya Sultan Iskandar, dan Jalan Dato’ Onn sebelum berakhir di hadapan Jakel Mall KL.

Larian jarak 5KM ini lebih kepada konsep Fun Run, para peserta boleh membawa seisi keluarga untuk menyertainya. Ianya seperti beriadah santai bersama ahli keluarga melalui jalan-jalan utama di Kuala Lumpur. Peserta kategori 5KM ini memulakan larian di hadapan Jakel Mall KL dan melalui jalan utama di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur antaranya Jalan Dang Wangi, Jalan Mara, Jalan Raja
Laut, Jalan Sultan Ismail, Jalan Kuching dan menamatkan larian di hadapan Jakel Mall KL.

Sumber : IG Story Awal Ashari

HADIAH
Penganjuran aktiviti larian ini menawarkan hadiah lumayan dengan nilai keseluruhan melebihi RM250,000 termasuh hadiah wang tunai dan hadiah-hadiah penajaan yang lain untuk dibawa pulang oleh para peserta. Pemenang bagi kategori 10KM untuk kedua-dua Terbuka Lelaki & Wanita akan membawa pulang wang tunai bernilai RM5,000 untuk hadiah tempat pertama, RM3,000 untuk hadiah tempat kedua, dan pemenang hadiah tempat ketiga adalah RM2,000.

Sumber : IG Story Awal Ashari

Pemenang tempat keempat dan kelima bakal membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM1,500 dan RM1,000. Manakala bagi pemenang tempat keenam sehingga tempat kesepuluh masing-masing bakal menerima hadiah wang tunai bernilai RM800 setiap seorang. Hadiah saguhati turut diberikan kepada 50 orang pemenang (25 orang pemenang peserta lelaki dan 25 orang pemenang peserta perempuan) berupa seutas jam tangan berjenama Ice Watch bernilai RM369.

Manakala peserta untuk Fun Run iaitu kategori 5KM turut berpeluang untuk memenangi hadiah yang ditawarkan. Pemenang bagi kategori 5KM untuk kedua-dua Terbuka Lelaki & Wanita akan membawa pulang wang tunai bernilai RM3,000 untuk hadiah tempat pertama, RM2,000 untuk hadiah tempat kedua, dan pemenang hadiah tempat ketiga adalah RM1,000. Pemenang tempat keempat sehingga tempat kesepuluh masing-masing bakal menerima hadiah wang tunai bernilai RM500 setiap seorang. Hadiah saguhati turut diberikan kepada 50 orang pemenang (25 orang pemenang peserta lelaki dan 25 orang pemenang peserta perempuan) berupa seutas jam tangan berjenama Ice Watch bernilai RM369.

Kesemua para peserta larian amal ini juga boleh berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah berbentuk sebuah motosikal, kasut sukan berjenama Asics, jam tangan berjenama Ice Watch, hamper barangan tajaan daripada para penaja Jakel Charity Run For Rohingya Kuala Lumpur 2017.

Jakel Charity Run For Rohingya Kuala Lumpur 2017 yang diseliakan oleh The Equip Management dan ditanggung sepenuhnya oleh Jakel daripada kesemua aspek antaranya penganjuran majlis dan hadiah, serta Race Pack (beg, t-shirt, botol air, dan medal) bermatlamat untuk melahirkan kesedaran terhadap masyarakat tentang pentingnya menjalani gaya hidup sihat sekali gus meraikan ulangtahun ke Jakel yang ke-32 tahun sejak mula beroperasi di Segamat, Johor.

#jakelrun2017

Comments

Popular Posts