Kepentingan MyIPO Dalam Menjaga Kepentingan Hakmilik Pereka/Pencipta Sebenar

Bila kita menyentuh tentang perkataan 'hak cipta terpelihara', 'hak-milik' dan banyak lagi yang seumpamanya, kita perlu tahu pemilik asal (original) telah mendapatkan/mendaftarkan produk atau rekaan mereka dengan agensi kerajaan iaitu MyIPO - Perbadanan Harta Intelek Malaysia.


Kenapa sebagai pemilik/pereka mereka perlu mendaftarkan rekaan mereka? Sebenarmya persoalan ini saya suka untuk kongsikan tentang berita yang pernah diviral satu masa dulu tentang bagaimana komitmen pengasas jenama Tudung Fareeda iaitu Puan Faridah yang mendaftarkan semua rekaannya di MyIPO. Seperti yang kita sedia maklum jenama Tudung Fareeda sebenarnya cukup popular di Malaysia. Berbanding dengan jenama gah lain yang terdapat di pasaran, Tudung Fareeda  antara yang telah mendaftarkan segala rekaannya, antara sebab utama adalah ianya begitu "esklusif". Setiap tudung datangnya dengan perincian yang mendalam terutama dari segi rekaan yang 'up-to-date-, 'ready-to-wear', pemilihan fabrik, corak dan warna. Dan kebanyakan Tudung Fareeda juga datang aksesori menjadikan ianya tudung yang mempunyai rekaan yang tersendiri serta unik.


Jadi setiap pemilik jenama yang telah mendaftarkan rekaannya di MyIPO, mereka sebenarnya mempunyai hak untuk menghalang/memberhentikan usaha orang lain yang cuba untuk meniru atas rekaan yang telah didaftarkan. Ini sepertimana yang telah berlaku kepada jenama Tudung Fareeda satu masa dulu. (Sumber: Harian Metro, 7 Januari 2014). Sekaligus, kita nampak betapa pentingnya agensi MyIPO dalam usaha memastikan setiap pencipta/pereka mendapat hak atas usaha yang telah dilakukan.

Sedikit sejarah mengenai MyIPO untuk pengetahuan semua ya. Adapun sebelum tahun 1983 "intellectual property rights (IPR)" ini adalah dibawah pentadbiran Pejabat Cap Dagangan dan Jaminhak. Namun pada tahun 1983, ianya telah ditukarkan kepada Pejabat Cap Dagangan dan Paten di bawah Kementerian Perdagangan dan Industri.

Walaubagaimanapun pada 27 October 1990, kementerian ini telah membuat rombakan dengan penyusunan semula organisasi. Sekaligus meletakkan IPR di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Dan kini lebih dikenali sebagai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Secara rasminya bahagian IPR telah ditukarkan nama Bahagian Harta Intelek.

Rentetan daripada pengalihan tersebut, bahagian ini telah dikorporatkan pada 3 Mac 2003 dan mula dikenali sebagai Perbadanan Harta Intelek Malaysia (PHIM), dengan menggunakan penguatkuasaan akta Perbadanan Harta Intelek Malaysia. Perbadanan mengambil langkah pertama penjenamaan semula apabila singkatan PHIM menjadi MyIPO pada 3 Mac 2005 di Hari Harta Intelek Negara yang pertama.





Visi MyIPO
Menjadi salah sebuah organisasi harta intelek terbaik.

Misi MyIPO
Menyediakan infrastruktur perundangan yang kukuh dan sistem pentadbiran yang cekap ke arah meningkatkan kreativiti dan eksploitasi harta intelek.

Sebagai masyarakat yang prihatin, kita perlu sedar betapa pentingnya untuk mendaftarkan rekaan/hasil kerja milik kita sebagai pencipta di MyIPO. Sebenarnya ianya bukanlah terhad pada rekaan kepada produk semata-mata. Contohnya logo yang kita telah daftarkan dari segi tulisan dan warna juga tidak boleh senang-senang diciplak atau ditiru atau pihak lain dan pelbagai lagi. Secara tidak langsung kita dapat pertahankan hak kita sekiranya kita sudah mendaftarkan rekaan kita di MyIPO.

Rentetan daripada itu, tidak akan ada timbulnya isu mengenai hakmilik terpelihara jika ianya sudah didaftarkan. Ini boleh mengelakkan penganiayaan bagi pemilik idea asal rekaan produk yang pernah dihasilkan. Sekiranya produk tersebut mendapat permintaan, maka pencipta rekaan itu harus mendapat ganjaran yang sewajarnya. Dengan adanya badan agensi seperti MyIPO juga dapat mengelakkan dan mengurangkan masalah produk tiruan yang berlambakan di pasaran.

Dan untuk pengetahuan juga MyIPO juga bertanggungjawab atas perkara atau isu yang berkait dengan :-
  • Akta Paten 1983
  • Akta Cap Dagangan 1976
  • Akta Hakcipta 1987
  • Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996
  • Akta Susun Atur Litar Bersepadu 2000
  • Akta Petunjuk Geografi 2000
  • Akta Perbadanan Harta Intelek Malaysia 2002

Jadi sebagai pemilik idea asal anda sebenarnya masih mempunyai hak untuk mendapatkan apa yang sepatutnya anda perolehi. Jadi sekiranya anda semua hendak tahu lebih lanjut mengenai MyIPO dan bagaimana agensi ini berperanan dalam menjaga serta memelihara kepentingan pereka/pemilik rekaan bolehlah layari di:

Laman Web 

Facebook 

Instagram 

Twitter


#MyIPO #MyIPO15 #TradeMark #Copyright #Paten #IndustrialDesign #IntellectualProperty #IP #HartaIntelek #HakCipta #myipoctss #enterprenuers #usahawan #blogger #influencers #branding #ownbrand #penjenamaan #jenamasendiri #produksendiri #hasilsendiri #rekaciptasendiri #sesiapasahaja

Comments

Produk kita kena patentkan...kang ada lak yang meniru kalau tak daftarkan patent kita....
zaza iman said…
Alhamdulillah dengan adanya perkongsian pasal myipo ni buat org ramai lebih tahu pentingnya mendaftarkan harta intelek mereka agar tidak mudah diciplak oleh org yang tak bertanggungjawab
Maya said…
Kesedaran tentang hakcipta ni penting untuk diuar-uarkan. Barulah hakcipta pemilik sebenar dapat dipelihara. Say no to jiplak
Jane Chua said…
I need to register my website too. Avoid copyright being stolen as what you said here.
Rafzan Tomomi said…
Awas kepada mereka yang suka mencuri hasil kerja orang tu. #MyIpo is coming !
Hasif Hamsyari said…
Bagusnya ada MYIPO. Hak sebagai pencipta pun akan lebih terbela!
Sang aura said…
bagusnya ada maipo ni... hakcipta terpelihara..
Henry Tan said…
finally malaysia start to have awareness on IP! that's a good start!

YourFinanceDoctor
Sunshine Kelly said…
Yah! before its too late and someone steal your designs please patent or register it.
Goon info. Thanks for sharing sis. Sekarang ramai yang suka mencuri hasil usaha orang lain. Memang patut di patent kan.
iffah hussin said…
Bagus info dr Myipo memudahkan pengguna
JMR said…
ramai lagi pereka yang tak sedar tentang kepentingan harta intelek ni..baguslah ada kempen sebegini boleh bagi info kepada public
Yg ada bisnes mlibatkan designs..n ideas elok la daftarkan dgn myipo kan...kalai tak buta ja kena cilok ngn org
Hanny Abdullah said…
Bagus jugak ada MYIPO ni..x dak le ciplak berleluasa sana sini.Jenama kita hak kita..bukan hak org lain
Bagus benda ni..dulu masa belajar case meniru..masa uni, case copy paster, skrg trademark or patent..hehe igat, jgn sesekali meniru...
mama-ble. com said…
Bagus ada info myipo ni. Terima kasih kerana sharing. Penting untuk usahawan dan pereka mendaftar. Supaya hasil kerja tak dicetak rompak bagai...
Bella Jamal said…
Begitulah pentingnya mendaftar ciptaan, hasil karya seni, imej dan rekaan dengan MyIPO untuk elak pnyalahgunaan dan cetak rompak idea asal pemilik. Stelah baca isu tudung tu, barulah tahu mengenai perkara ni. Tq for info.
Shub B said…
Such a great information about myipo. i think I need to try to register into this. I will share this too with my friend.
yup..sangat penting untuk daftar myipo ni supaya hak kita terjamin. thanks for info sharing
Betty Liew said…
Is really good know we can protect our copyright. I hate people stolen and use my statement. Glad Malaysia has this body to protect us.
Lily Shah said…
i baru tau what is MyIPO!! i was wondering camaner nak daftar paten and all that.. now i know! thanks for sharing!
Nowadays, may can claim the designs that wasn't theirs, so it is wise to have an IPO. Very informative article and helpful.
this is great idea... now we can register our patents etc..... and keep it safe...
Ika Sani said…
Myipo . Boleh suggest kepada peniaga online. Boleh ka protect blogging article? Atau pun apa2 berkaitan blogger?
Emily said…
Have always wanted to know how to protect my intellectual property. Now I know thanks to your informative blog post. Will do more research on it.
dr-Life said…
Finally found the way to protect my intellectual property. Thanks for the sharing

Racheal_Foodilifecious
Anonymous said…
Actually mmg penting utk protect hak IP anda. Tp nk sedarkan masyarakat tentang kepentingan tu yg susah. Sy sbg agent IP selalu hadapi masalah nk bg kesedaran pd masyarakat. Pilihan ada, kalau susah nk daftar sendiri banyak agen berdaftar dgn MyIPO yang boleh bantu anda utk daftarkan.

Popular Posts