LAZADA ONLINE REVOLUTION SALES 2017 | Jangan Lepaskan Peluang Untuk Membeli-Belah!

LAZADA adalah merupakan platform membeli-belah pertama yang pernah saya cuba. Walaupun saya jenis skeptikal dengan pembelian secara talian tetapi respon dari pengguna tegar (dikalangan kawan-kawan) yang pernah membeli LAZADA semuanya berpuas hati.


Produk pertama yang saya dapatkan dari LAZADA adalah rak kasut. Sehingga kini saya masih menggunakannya dan masih berada didalam kondisi yang terbaik. Paling best, saya beli produk ini pada tahun 2015 dan saya telah membelinya beramai-ramai dengan rakan pejabat :-)

Dan siapa sangka dengan hanya pili-klik-buat pembayaran dalam tempoh 2 hari sahaja barang yang dipesan sampai di pintu rumah. Memang mudah dan pantas, paling penting produk yang diterima berada didalam keadaan tip-top.


Kalau di LAZADA, tentulah produk ibu & bayi antara pilihan utama saya. Ini memandangkan sejak mempunyai anak kecil, agak sukar untuk saya keluar membeli-belah dengan keadaan yang selesa dan puas hati. Saya lebih suka duduk di depan komputer dan membuat pemilihan barangan di depan skrin.

Lagipun kebanyakan barangan bayi yang dijual di LAZADA memang dari jenama yang cukup popular jadi ianya memudahkan say auntuk membuat pilihan yang terbaik. Dan jika kita nak dapatkan maklumat lebih lanjut selain daripada melalui pembacaan penerangan produk, kita juga boleh membuat penilaian diatas komen dan maklum balas dari pembeli sebelum ini.

Perkara yang seronok tentang membeli belah atas talian ini ialah :-

MUDAH
PANTAS
JIMAT MASA
PROMOSI HEBAT
DISKAUN DAN KUPON
PELBAGAI PILIHAN BARANGAN
SERVIS PELANGGAN (RESPON SEGERA)

Jadi memang saya dah  'aim' ketika promosi LAZADA ONLINE REVOLUTION SALES, saya nak membeli dan menambah stok pampers anak saya. Memandangkan jualan di LAZADA untuk produk pampers antara yang 'hot' item. Cepat habis stok kerana ianya benar-benar murah.

Mengapa perlu bayar lebih sekiranya kita boleh dapatkan barangan keperluan harian kita pada harga cukup berpatutan dan menjimatkan. Paling penting kita tidak perlu rasa penat untuk menghadapi kesesakan jalan, ataupun beratur panjang untuk membayar barangan. Ini kerana setiap barangan yang dibeli di LAZADA semuanya akan dihantar di hadapan pintu rumah/pejabat :-)

Jangan lupa untuk membeli belah di LAZADA bersempena dengan Online Revolution yang bermula dari 11 November sehingga 14 Disember 2017!

Comments

Popular Posts