Makan Malam Terhebat Bersempena Dengan Tahun Baru di CLUB LOUNGE GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM


Tahun 2017 sudah mahu melabuhkan tirainya, dan kemunculan tahun 2018 tidak lama lagi segala yang baru bermula. Misi dan visi baru, matlamat dan impian baru dan pelbagai lagi. Pastinya kita mahu tutup segala kenangan dan mulakan sesuatu dengan semangat baru.

Jadi apa kata kita raikan sesuatu yang istimewa ini dengan menikmati makan malam di Grand BlueWave Hotel Shah Alam. Untuk pengetahuan semua, Grand BlueWave Hotel Shah Alam (GBWHSA) menawarkan Malam Tahun Baru dengan menawarkan pelbagai jenis makanan  malam yang lazat dan menyelerakan.


Makan malam yang disediakan khas oleh Chef Al-Hafiz Bin Redzuan (Senior Chef De Cuisine), seorang chef yang sangat berpengalaman dan telah berkhidmat dengan cemerlangnya di Grand BlueWave Hotel. 

Harga buffet yang ditawarkan bermula dari RM90.00nett untuk setiap seorang dan RM43.45nett untuk kanak-kanak (4 - 11 tahun). Pakej buffet ini adalah bermula dari  31 Disember 2017 dari jam 6.30 petang sehingga 1.00 pagi. Bertambah menarik, kita boleh menikmati hidangan ini Club Lounge di tingkat 18, sekaligus kita boleh menikmati pemandangan luar dan menyaksikan sendiri sambutan Tahun Baru dari Dataran Merdeka Shah Alam.

Pembukaan dengan menikmati hidangan "Braised Ribs" sememangnya sesuatu yang hebat! Kelembutan daging ribs bersama sosnya menjadikan hidangan ini wajib di cuba.


 Begitu juga dengan ayam panggang yang dibakar beresama rencah istimewa resepi Itali. Bukan sahaja keenakan pada rasa tetapi saya juga begitu terkesan dengan aroma hidangan ini yang begitu menggiurkan.

Antara yang mencuri perhatian adalah hidangan ini. Untuk menyediakan hebat ini sebenarnya memerlukan teknik tertentu. Bukan mudah ya! Jadi apabila saya dapati hidangan ini ada ditawarkan di sini, memang saya wajib mencubanya.

 Hidangan laut sememangnya antara yang mencuri perhatian terutama apabila kita menikmatinya secara buffet. Pelbagai jenis masakan ada ditawarkan. Dan juga kita rasai sendiri kesegaran hidupan laut yang digunakan dalam setiap masakan yang disediakan di sini. Saya paling suka adalah rasa masakan mussel berkeju. memang mewah dengan keju dan sos krim putih didalamnya.

 Peminat salad pasti teruja apabila melihat pelbagai jenis hidangan salad yang ditawarkan. namun yang paling saya suka adalah Orzo Pasta Salad bersama Roasted baby Roma & Basil. Sedap giler! Saya boleh menambah berkali-kali untuk hidangan ini.

 Ini adalah feveret dedet. Smoked Salmon Quiche, ini bukan saja enak pada pastri (tartnya). Bahkan isi salmon bersama sayur bayam dan keju, gabungan ini juga menjadikan Quiche ini benar-benar enak.



Kepelbagaian pilihan pemanis mulut penutup bicara. Daripada muffin, puding, kek dan tart semuanya ada. Dan pastinya saya akan mencapai pavlova terlebih dahulu, ini kerana antara pemanis mulut yang enak pernah saya rasai dari Grand BlueWave Hotel ialah pavlova!

Untuk pertanyaan dan tempahan lanjut, sila hubungi Royale Songket Restaurant ditalian 03-55118811 ext. 2612 atau 2613. Semua harga dikenakan caj sebanyak 6% daripada CBP.

Comments

Popular Posts