MBI Melestarikan Tanggungjawab Sosial Korporat (“CSR”) Melalui Program Kasih Ilmu Anak Selangor

Cadangan sumbangan dibuat selari dengan peranan MBI untuk melestarikan Tanggungjawab Sosial Korporat (“CSR”) demi memartabatkan lagi nama MBI untuk diketengahkan sebagai entiti yang menyalurkan sumbangan kepada masyarakat melalui saluran-saluran yang diiktiraf selaras dengan objektif MBI untuk menyokong inisiatif Kerajaan Negeri iaitu Membangun Bangsa Memakmur Negeri. 

Dalam merealisasikan usaha ini, MBI telah mengambil inisiatif untuk menyalurkan sumbangan bantuan persekolahan kepada golongan sasaran sejajar dengan objektif utama MBI untuk membantu golongan yang memerlukan dalam meringankan beban yang ditanggung berikutan kenaikan taraf hidup selain daripada bantuan yang diberi oleh Kerajaan Negeri.

Objektif program ini adalah untuk meringankan bebanan keluarga yang berpendapatan rendah dalam menyediakan bantuan keperluan persekolahan anak-anak dan mensasarkan seramai 55,000 orang penerima yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah.

Melalui pelaksanaan program ini, ianya dilihat dapat memberi impak positif terhadap kesejahteraan rakyat dalam membantu keluarga berpendapatan rendah membeli keperluan persekolahan. Ini secara tidak langsung mendokong agenda Kerajaan Negeri dalam meringankan beban rakyat susulan kenaikan kos sara hidup.

Pemberian bantuan ini juga bertujuan untuk memudahkan penerima menerima bantuan tersebut apabila sumbangan yang disediakan disalur terus kepada penerima. Program ini juga bertujuan untuk menunjukkan keperihatinan MBI terhadap keperitan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat dalam menampung keperluan anak-anak memulakan sesi persekolahan disamping perbelanjaan-perbelanjaan lain. 

Antara program yang telah dianjurkan seperti:-
1. Program Hope For The Future di Sunway Lagoon
2. Program di Tadika Cahaya Takwa
3. Program di Sungai Buaya Rawang

Dan apabila melihat sendiri bantuan baju sekolah yang diberikan memang terbaik. Dari segi kualiti kain dan jahitan, nah ternyata jenama FR Junior memang sangat cantik. Ianya direka khas oleh saudara Fairuz Ramdan.


Moga bantuan seperti ini dapat diteruskan terutama di musim persekolahan baru dibuka jadi ianya dapat membantu ibu bapa dalam membuat perancangan perbelanjaan persekolahan anak mereka. Ini terutama bagi mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Untuk lebih berita khidmat masyarakat dan cerita boleh follow instagram: 

Dan juga :-)

#csrmbiselangor #fastabiqulkkhairat #MembangunBangsa #MemakmurNegeri #GiveBack #FRjunior #KasihIlmuAnakSelangor 

Comments

Popular Posts