MILO | Bila Mak Kembali Ke Sekolah


Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Nestlé, 1 dari 4 kanak-kanak di Malaysia tidak mengambil sarapan pagi setiap hari. Ini menyebabkan mereka tidak mempunyai cukup tenaga yang diperlukan di sekolah. Kesannya mereka tidak mampu untuk memberi perhatian dalam kelas. Dan sekaligus menjadi antara punca kenapa kanak-kanak ini tidak mampu berjaya atau cemerlang dalam pelajaran di sekolah.

Persekolahan hari ini bukanlah seperti aktiviti biasa yang dilakukan. Masa pembelajaran kini lebih lama, sukatan pelajaran lebih sukar, dan ianya tidak akan berakhir selepas sekolah. Anak-anak ini akan terlibat dalam program sukan, ko-kurikulum dan sebagainya.

Waktu persekolahan memerlukan banyak tenaga sebenarnya. Malah, kajian dari Nestle juga mendapati seorang kanak-kanak memerlukan lebih daripada 1500 kcal setiap hari. Ini bersamaan dengan jumlah kalori yang diperlukan untuk melakukan larian setengah maraton atau berenang 50 pusingan di kolam renang.


Oleh yang demikian para ibu perlu tahu apa yang anak mereka perlukan setiap hari. Back To School Mums adalah inisiatif sejajar dengan kempen Nestle untuk mewar-warkan betapa pentingnya sarapan pagi dalam memberikan anak-anak tenaga yang mereka perlukan untuk sepanjang aktiviti di sekolah. Selain memberi pemahaman tentang situasi sebenar yang berlaku dengan memberikan yang terbaik untuk anak-anak juga dapat mengukuhkan hubungan antara ibu dan anak yang sekian lama terjalin.


Satu rakaman telah dilakukan tentang pengembaraan seorang Ibu yang telah dihantar ke sekolah yang sama dengan anak mereka. Menariknya ibu ini perlu melalui jadual yang sama dengan anak mereka hadapi setiap hari. Dari awal pagi menaiki bas  untuk ke sekolah, menghadapi sesi pembelajaran di sekolah dan  menyertai setiap aktiviti selepas itu. Melalui pengalaman bermakna ini, ibu tersebut dapat merasakan apa yang dirasakan anak-anak mereka serta abaran yang dihadapi yang setiap hari. Cuba bayangkan jika merekaterpaksa berlapar kerana terlepas waktu sarapan. Kekecewaan dan kepenatan untuk melakukan setiap aktiviti dan seterusnya.

Jadi melalui pengembaraan ini, kita dapat menyelami dan memahami perasaan seorang anak setiap hari jika mereka terlepas mengambil sarapan.

Seluruh pengalaman/pengembaraan ini telah difilemkan dan diedit dalam satu siri 4 filem web dan dikongsikan di saluran YouTube MILO Malaysia dan www.milo.com.my pada bulan Disember 2017.

Comments

Popular Posts