Misi CSR MBI Selangor | Penyampaian Bantuan Pakaian Sekolah FR Junior Diteruskan

Sepertimana yang pernah saya telah kongsikan didalam penulisan sebelum ini (disini), CSR MBI  Selangor telah mensasarkan pemberian baju sekolah kepada 55,000 pelajar yang memerlukan di negeri Selangor. Ianya telah bermula sejak musim cuti sekolah bulan dari November lagi dan hari ini pemberian bantuan telah diteruskan dengan pengagihan kepada 3679 pelajar dari 25 sekolah yang terpilih.

Majlis dihadiri oleh Encik Soffan Affendi bin Aminudin selaku Ketua pegawai Operasi MBI dan juga Ustaz Jaafaruddin Md Ali Ketua Pegawai CSR MBI. Encik Fakru Razi Ab Ghani Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC) tidak dapat menghadirkan diri atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. 

Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) MBI, Jaafarudin Md Ali

Menurut Ustaz Jaafarudin Md Ali atau lebih dikenali sebagai Ustaz Jay, bantuan persekolahan adalah berbentuk pakaian sekolah (sekolah rendah) ini diharapkan dapat membantu keluarga yang memerlukan terutama di zaman ekonomi yang begitu mencabar hari ini. Biarpun tidak dalam bentuk wang tunai namun bantuan seperti pakaian sekolah ini lebih banyak manfaatnya terutama dengan harga pakaian di pasaran yang agak tinggi. 


Saya sendiri begitu teruja apabila melihat anak-anak yang tidak sabar untuk kembali ke sekolah dengan berpakaian baru :-) 

Pakaian sekolah yang disumbangkan adalah daripada label FR Junior, rekaan istimewa saudara Fairuz Ramdan seorang pereka tempatan yang banyak menghasilkan koleksi rekaan yang menarik dan berkualiti.



Dan saya sempat menyaksikan majlis penyampaian sumbangan kepada 22 sekolah yang terpilih, yang mana setiap sekolah telah menghantar wakil untuk menerima sumbangan dari CSR MBI Selangor. Moga dengan usaha CSR MBI Selangor yang mula ditubuhkan pada Januari 2015 ini mencapai objektif penubuhannya untuk menyokong inisiatif Kerajaan Negeri iaitu Membangun Bangsa Memakmur Negeri

Usai sahaja upacara penyampaian, semua wakil yang hadir mengambil bantuan yang diberikan dan seterusnya mengagihkan anak-anak yang terpilih di sekolah masing-masing.

Moga segala yang diusahakan dalam membantu rakyat Selangor, dapat membuka mata masyarakat setempat khususnya tentang kesungguhan CSR MBI dinaungi Kerajaan Negeri yang bersungguh-sungguh untuk menzahirkan rasa kepedulian, kasih sayang dan keprihatinan kepada mereka yang memerlukan dan seterusnya mendapat redha daripada Allah SWT.

Comments

cik tom said…
Alhamdulillah dgn projek macam ni dpt byk membantu golongan2 yg kurang berkemampuan dlm menyediakan persiapan sekolah anak2.
Tahniah kepada penyumbang2. Terutamanya Menteri Besar Selangor. Tahniah!! Tahniah!! Bangga jadi rakyat Selangor.....semangat tak I......? Hee Hee
dboystudio said…
wahhhh bagusnya.. terima kasih pada penyumbang2 semua. memang bagus dan perihatin :)
Alhamdullillah, satu inisiatif yang mulia. Harga pakaian baju sekolah sangatlah mahal. Cekik darah. Nasib baik mak saya tukang jahit.

Ada trick nak pastikan baju sekolah boleh tahan dua tahun, tanpa menjadi lusuh. Pastikan seorang anak ada 5 helai baju. Satu hari satu helai baju. Jadi tak selalu basuh, tak mudah lusuh.

Nak beli 5 helai baju sekaligus itu berat. Tapi dengan careful financial planning, boleh sebenarnya. Kita bukannya ada banyak anak yang umurnya sama. Lainlah kalau kembar.
Aida Sue said…
kakkk rajinnya pergi event ni alhamdulillah
Aneezah Johnson said…
Wah baguslah program" macam ni masih dianjurkan. Mesti budak rasa semangat nak pergi sekolah nanti. Beban ibu bapa dapat dikurangkan sekaligus dapat mengeratkan silaturahim.
Hasif Hamsyari said…
Alhamdulillah.. Suka program begini. Bukan setakat meringankan beban bahkan menambah keceriaan dan semangat pelajar untuk menuntut ilmu. 😍
Alhamdulillah.. sedikit sebanyak dapat juga bantu mereka yang memerlukan. sama-sama dapat merasa

www.maisarahsidi.com
SalinaJohari said…
Program CSR bagus dilaksanakan dan ramai individu yg kurang berkemampuan tertunggu² bantuan especially time nak bukak sekolah ni. Tahniah kpd yg menyumbang dan semoga aktiviti ini diteruskan di masa akan datang
Syafiera Yamin said…
Tahniah dengan adanya program macam ni dapat membantu mereka yang memerlukan dan mengurabgkan beban
Nadia Johari said…
Alhamdulillah..dengan program macam ni boleh bantu orang kurang mampu..moga diteruskan
fleurmj said…
Semoga dengan bantuan begini dapat meringankan beban ibubapa. Zaman sekarang ni zaman ekonomi mencabar
Cik Puan Ena said…
Program ni dpt membantu meringankan beban rakyat.. Alhamdulillah
Henry Tan said…
MBI? MBI ni sama dengan money game tu? anyway it's a good event to give back to the society.

YourFinanceDoctor

Popular Posts