Majlis Pembukaan Restoran Arab SiHAF Seksyen 14 Shah Alam Selangor


Saya dan keluarga berkesempatan menyertai majlis pembukaan secara rasmi Restoran SiHAF di Seksyen 14 Shah Alam baru-baru ini. Dikatakan lebih 300 orang jemputan telah hadir sama bagi memeriahkan majlis pembukaan restoran ini. Untuk entri kali ini, penceritaan adalah lebih kepada acara yang berlangsung iaitu pembukaan restoran nasi arab terbaru iaitu SiHAF Arab Cuisine. Untuk menu atau hidangan yang ditawarkan, uolls kena nantikan pada entri yang lain (Jika berkesempatan dan dijemput untuk review hidangan yang terdapat di restoran tersebut).

Restoran SiHAF dinamakan bersempena dengan konsep yang disebutkan didalam Al-Quran yang membawa maksud pinggan emas. Ini juga boleh dirujuk daripada potongan ayat 7, Surah Az-Zukhruf;

"Kepada mereka diedarkan piring-piring dan gelas-gelas dari emas dan didalam syurga itu terdapat apa yang diingini oleh hati dan segala yang sedap (dipandang) mata. Dan kamu kekal didalamnya"

Jika dilihat secara jelas kepada logo restoran ini sememangnya ianya berkait dengan nama yang diberi. Ianya mengandungi 3 segitiga melengkung, kerana 3 (TIGA) adalah antar anombor ganjil yang selalu disebut dalam Sunnah dan juga jumlah hidangan dalam sehari seperti yang biasa diambil oleh masyarakat. Selain itu corak tradisional yang menghiasi segitiga melengkung ini melambangkan negara-negara Islam.

Pengasas bersama ahli keluarga yang bersama-sama berusaha menjayakan pembukaan Restoran Arab SiHAF. Saya difahamkan mereka begitu komited bagi merealisasikan impian mereka untuk mempertengahkan hidangan dan masakan arab di Malaysia. Ini juga mengambil kira faktor respon yang baik masyarakat setempat terhadap masakan arab selama ini.

 Tapi seriousla, dekorasi dalam restoran ini sangat cantik. Dengan lantai yang sepenuhnya marble, dekorasi lampu neon antik memang benar-benar menyuntik inspirasi dari negara Arab. Apatah lagi warna emas, coklat tanah dan putih menjadi nadi elemen warna yang dipertengahkan didalam dekorasi dalaman restoran ini.

Bagi saya sendiri gaya tatarias dari segi pemilihan perabot adalah gabungan klasik dan moden. Ianya sangat 'classy' dan sememangnya sangat ketara restoran ini menawarkan hidangan arab hanya melalui melihat sentuhan dekorasinya!

Majlis dihoskan oleh saudara Richie Rachman yang pengacara sememangnya tidak asing lagi di Malaysia. Begitu santai dan bersahaja dalam mengendalikan majlis pembukaan restoran ini. Seperti biasa ucapan daripada pengasas restoran megalu-alukan kedatangan tetamu. Terdapat juga persembahan nasyid dan kebudayaan arab menghiburkan tetamu yang hadir sambil mereka menikmati hidangan yang disediakan.


 Di majlis pembukaan ini juga diselitkan acara pemotongan masakan Shawerma terpanjang. Ini adalah salah satu tarikan acara yang disediakan untuk disaksikan tetamu yang hadir.

Saya juga berpeluang merasai sendiri nasi beriani yang dimasak didalam buluh. memang sedap, lembut dan wangi baunya. Beza rupanya jika dimasakkan didalam buluh, agak 'rare' dan memang unik. Untuk video boleh lihat pada pautan ini https://www.instagram.com/p/BcwqHUEgBD7/?taken-by=ayurafikah 
 Peminat kebab? Saya percaya ramai yang biasa dengan hidangan ini. Kekuatan rasanya adalah kepada daging perap yang dibakar dan dihiris nipis. Seterusnya ianya dijadikan isi ramuan roti pita dan dibalut bersama sayuran serta sos samada mayonis dan sebagainya. Makan panas-panas sedap uolls.

 Dari tetamu istimewa kenalan keluarga, media, orang awam dan ramai lagi memenuhi segenap ruang di hadapan Restoran Arab SiHAF Shah Alam. Masing-masing begitu teruja untuk mencuba sendiri masakan arab yan disajikan dan ke semua hidangan ini bakal juga ditawarkan didalam menu untuk pelanggan SiHAF.

Terima kasih di atas ole-ole dari negara Arab ini. Biarpun pertama kali melihatnya (kecuali batang sugi) namun saya tetap tak sabar untuk mencubanya sendiri. Apatah lagi saya membaca tentang kebaikan dan tinggi khasiatnya untuk segelas minuman air kurma dari kordial yang dihadiahkan.

Ini juga rezeki juga, selain daripada dapat menikmati hidangan enak, diberikan ole-ole yang menarik, saya juga memenangi hadiah untuk cabutan bertuah. Cantik sangat! Jadi boleh saya meletakkan barangan perhiasan ini di ruang tamu saya di rumah :-)


So uolls, kalau berminat nak mencuba sendiri hidangan arab dari Restoran SiHAF boleh datang terus ke:-

B-LG-1 Shop Lot Vista Alam, 
Jalan Ikhtisas
Seksyen 14 Shah Alam
Selangor

*Restoran ini terletak berdekatan dengan Hospital DEMC


Untuk tempahan dan pertanyaan:-
011-11110500

Comments

Popular Posts