Kehebatan Hidangan Itali di Restoran Sunny Queen Yang Pernah Saya Cuba :-)

Restoran yang berasal dari Taiwan SUNNY QUEEN kini telah memulakan operasinya di Sunway Piramid Malaysia. Lokasinya terletak di Tingkat 1 (di kawasan Blue Atrium) berhadapan dengan Sunway Lagoon dan bersebelahan dengan AEON dan juga Starbucks.

Apa yang menarik semua hidangan yang ditawarkan adalah citarasa masakan Itali. Antaranya seperti pizza, ayam panggang dan juga spaghetti. Walaubagaimanapun kunjungan saya baru-baru ini hanya berkesempatan untuk menikmati hidangan spagethhi, risotto dan juga hidangan set ayam. Sebagai penggemar masakan Itali tentunya tarikan saya lebih kepada sos  dan gabungan bahan yang dicampurkan dalam setiap hidangan menu.

Truffle Parmesan Cheese Rice

Peminat tegar keju pasti sukakan hidangan ini. Selain daripada rasa kejunya yang kuat, hidangan risotto ini juga agak mengenyangkan untuk setiap satu hidangan. Kepingan daging dibakar garing, menjadikan hidangan lengkap dengan karbohidrat dan juga protein.
Squid Ink Seafood Spaghetti

Peminat seafood harus mencuba masakan ini. Selain daripada ianya kaya dengan seafood segar, spaghetti ini juga digaul dengan dakwat semulajadi sotong. Tidak pedas, rasanya agak kuat pada herba dan sesuai untuk mereka yang suka kelainan pada hidangan.


Mixed Seafood Pesto Spaghetti

Hidangan spaghetti yang kaya dengan seafood ini juga antara menjadi feveret pengunjung di sini. Bagi saya rasanya agak creamy dan ianya juga dimasak bersama kisaran sayuran. Ianya juga boleh dikatakan set hidangan yang lengkap kerana mempunyai sumber protein, sayuran dan karbohidrat. Jika anda datang menikmati bersama anak tersayang, haruslah membuat tempahan hidangan ini buat si manja kerana ianya set lengkap pemakanan yang berkhasiat.

Mentaiko Shrimp Spaghetti

"Mentaiko" kalau dibuat carian di google ianya ber maksud sesuatu yang 'raw' dan kemerahan. Dan ketika saya menikmati hidangan ini memang kuat rasa udangnya dan agak manis (kemanisan udang). Memang sedap apatah lagi ianya ditaburi dengan telur udang diatasnya. Kuah agak creamy' dan tidak pedas. Uniknya terdapat sayuran kacang pis didalam hidangan ini.

Spicy Cherry Duck Aglio Olio Spaghetti

Hidangan ini 'win' di hati saya. Bukan sahaja kerana ianya mempunyai daging itik sebagai sumber protein tetapi rasanya yang pedas benar-benar memikat selera saya. Tidak terlalu pedas tetapi kepedasannya menepati citarasa orang Asia.

Dancing Queen (Half Chicken)

Antara signature hidangan di restoran ini ialah menu set ayam Dancing Queen. Kulit diluar agak garing dan cukup rasa (sepertinya diperap dengan rempah ratus resepi masyarakat taiwan) dan isi daging ayamnya cukup lembut. Set hidangan ini bukan sahaja gologan dewasa menggemarinya bahkan kanak-kanak juga.


Tidak lengkap rasanya hidangan makanan tanpa minuman. Antara minuman yang telah saya cuba di Restoran Sunny Queen seperti:-
Mango Smoothie


Berry Smoothie

Watermelon Juice

Pineapple Juice

Melon Juice

Apa yang menarik untuk hidangan air buah, ketika boleh menikmatinya terus dari buah. Agak unik dan menarik.

Sangkar ini antara tarikan di Restoran Sunny Queen, yang mana untuk tempahan seekor ayam panggang ianya akan dihidangkan di dalam bekas sangkar ini. Agak pelik tetapi unik cara hidangan yang menjadi sebutan di negara Taiwan.

Selain daripada pilihan menu yang ditawarkan, saya sebenarnya amat tertarik dengan dekorasi hiasan dalaman di restoran ini. Bagi saya ianya agak unik dan punyai kelas tersendiri.
Lihat sahaja pada susunan atur meja dan kerusi untuk mereka yang datang bersantai samaada bersama rakan mahupun keluarga tentunya pemilihan tempat duduk untuk menikmati makanan sebegini sangat diinginkan.

Untuk kumpulan lebih ramai dan privasi, bolehlah memilih tempat menikmati hidangan di ruang ini.

Untuk suasana ruang lebih terbuka, bolehlah menikmati di bahagian tengah yang menempatkan meja kayu solid bersama 4 kerusi.

Untuk mereka yang datang berdua atau berseorangan, bahagian ini pasti menjadi kesukaan.

Ahah! Port ini memang sesuai untuk yang datang berdua (dating) yang inginkan suasana lebih privasi. Cantik-cantikkan dekorasi hiasan dalaman didalam restoran ini. Bukan sahaja kita akan merasa puas menikmati hidangan bahkan dapat menikmatinya dalam suasana yang cukup memberi keselesaan.

Jadi kalau uolls datang makan kat sini jangan lupa tau untuk sertai peraduan yang dianjurkan. Dengan hanya kongsikan gambar anda menikmati hidangan disini di lamam sosial FN ataupun Insta dengan hashtag #SQeatSnapwin. Dan jangan lupa untuk tag sekali page Sunny Queen di FB ataupun bagi penyertaan di insta perlu tag @sunnyqueenmalaysia instagram. Peraduan ini bermula dari 29 Disember 2017 sehingga 26 Januari 2018 tau.

Jom.... cuba masakan Itali di Restoran Sunny Queen!

Comments

Mawardi Yunus said…
pernah makan Squid Ink Seafood Spaghetti sebelum ni. memang sedap.
AziRahmanDotCom said…
Wah..lapar terus nampak speghetti tu. Tak pernah cuba yang color hitam tu..kena cuba nanti.
Dakwat sotong sedap ke u?...i kalau cheesy ni i tak suka sangat....
Cik Tie said…
Alahaiii ia punya menu memang best la. Sedapnya kalau dapat tu
Cik Ash said…
hiasan yang sangat cantik sangat, makanan lagi menguirkan tengok hahahahha
Lia Hasty said…
Masakan Itali salah satu favorite Lia jugak. Pasta & pizza memang menyelerakan. SUka hidangan Jus Buah di Sunny Queen tu. Menarik sebab jus dihidangkan sekali dengan buah betul. Barulah unik kan!
Mengancam gila tengok gambar makanan kat sini.
Lagi-lagi jus buah tu. Terliur wooo
Nak kena pi try ni nanti
Hasif Hamsyari said…
mak oi! sedapnya nampak... air-air dia lagilah buat kita terkesima kejap. boleh cuba ni kalau ke sini!
Fadzi Razak said…
Tempat cantik, dekorasi cantik, makanan dan minuman nampak sedap. HUiii. Nak nak lagi makanan dia nampak sedap semua. Berap star akak bagi ni kak ayu?
Henry Tan said…
KL memang got so many nice places to makan! but price must be not cheap too!

Whats Your New Year Resolution?
Cerita Huda said…
menariknya semua makanan. teringin nak try yang spagetti udang tu.
Jia Shin Lee said…
Love the ambiance of the restaurant, can't wait to visit and try out the food.
Cik Puan Ena said…
Uniknya juice disediakan bersama buahnya.. better u letak sekali price..senang nk refer. Peminat spaghetti. Bila byk sgt menu nya mesti rambang mata nk makan jenis mane..hehe..yg penting ada cheese
Syafiera Yamin said…
squid ink spaghettii nampak macam horror tapi kita teringin nak cuba !
Looks good. didn't managed to try the water the other day tho

Popular Posts