Kesedapan Churros yang Tiada Bandingan di Street Churros

Nama Street Churros sememangnya gah sebagai rangkaian kafe churros terbesar di dunia. Berasal dari Korea Selatan yang cukup popular dengan makanan-makanan di jalanan (street food) yang dimasak secara segar (fresh) dan panas-panas.

Saya sendiri adalah peminat churros dari Street Churros. Bagi saya standard kualiti churros di sini sememangnya yang paling terbaik. Apatah lagi variasi menu churros yang versatil ada ditawarkan di sini. Harganya tetap berbaloi dengan kualiti makanan yang ditawarkan.

Saya juga difahamkan bahan-bahan yang digunakan dalam penyediaan Churros adalah yang berkualiti,  'segar' dan handmade. Ianya disediakan ketika menerima tempahan dari pelanggan. Maknanya churros yang bakal diterima oleh pelanggan adalah didalam keadaan masih 'panas-panas'.

Saya juga sukakan dekorasi didalam outlet Street Churros. Susun atur yang menggunakan konsep santai dengan hiasan yang cukup minimalis menjadikan ianya kelihatan lebih esklusif dan menarik.

Churros disediakan mengikut resepi tradisi Spanish (negara asal makanan ini mula diperkenalkan). Di mana setiap sukatan adalah mengikut piawaian standard yang telah ditetapkan. Dan saya difahamkan bagi menjaga kualiti churros, minyak masak yang telah digunakan tidak akan disimpan bahkan akan menggantikannya dengan minyak baru setiap hari. 

Terdapat 3 jenis Churros yang ditawarkan iaitu cinnamon, coklat dan keju. Tetapi yang sentiasa menjadi permintaan pelanggan adalah 'cinnamon churros' (top-seller). Anak-anak saya lebih teruja menikmati churros coklat, mungkin mereka adalah tipikal rakyat Malaysia yang menggemari apa sahaja yang berkaitan dengan coklat.

Ada juga 'filling churros' yang mana kita akan merasai 'filling' yang telah dimasukkan secara terus dalam Churros. Menariknya di Street Churros mempunyai segala mesin moden yang memudahkan penghasilkan churros secara 'fresh'. Dan paling penting ianya dapat memastikan tahap kebersihan (hygience) adalah berada di tahap yang paling terbaik. Ini adalah satu misi Street Churros bagi menghasilkan produk premium churros berkualiti tinggi setaraf dengan hidangan yang boleh dirasai di hotel 5 bintang.

Kenalkan ini adalah rangkaian Street Churros yang berharga RM5.90 setiap satu. Dari kiri adalah churros cinnamon, churros coklat dan churros keju. Saya suka menikmati churros ini bersama dipping 'butterscotch'. Selain itu terdapat juga dipping perisa coklat, krim cheese dan blueberry. Untuk dipping boleh didapatkan dengan tambahan harga RM1.90.

Street Churros yang sentiasa dihatiku, chewaaaaaaaaahh. Heheheh. Rekaan bentuk hidangan Street Churros ini agak unik. Ini kerana ianya adalah seperti bentuk trademark jenama Street Churros yang berbentuk ladam kuda (kaki kuda). Bagi segelintir peminat churros, bentuk ini sangat memudahkan mereka menikmati churros di mana sahaja.

Saya juga amat sukakan Ice-Cream Churros. Biasanya ais krim yang ditawarkan adalah perisa vanilla tetapi untuk musim terhad kita boleh merasai 'swiss cheese' ais krim di Street Churros. Sedapppp hoiii. Harganya pula adalah RM7.90 tetapi sekiranya kita nak tambah 'topping' harga yang dikenakan adalah RM8.90. Antara topping yang ditawarkan adalah seperti chocoloate cheese, blueberry cheese dan butterscotch cheese,

Ini pula 'Stick Churros' yang mana setiap satu adalah RM9.90, dan kita boleh gabungkan dua kombinasi perisa antaranya seperti  coklat, cheese (keju) dan cinnamon.

"Filling Churros" juga antara kegemaran anak-anak saya. Ini terutamanya yang berperisa coklat. Selain itu terdapat juga perisa 'cream cheese' dan 'korean strawberry'. Untuk pengetahuan semua, 'korean strawberry' adalah perisa terbaru yang ditawarkan untuk tempoh terhad. Rasanya memang sedap iaitu manis-manis masam. Serius sedap. Harganya adalah RM7.90 untuk setiap satu. 

Kebanyakan rakan-rakan saya gemarkan 'Churros Fries'. Rasanya seperti 'french fries; tetapi ianya adalah churros! Terdapat 3 perisa iaitu 'sour-cream', tomato dan seaweed. Harga yang ditawarkan adalah RM7.90.

Selain daripada Churros terdapat juga pilihan menu air minuan yang ditawarkan di Street Churros. Antaranya seperti:-

Shake - O'MY Mango dan O'MY Coconut. Harganya adalah RM9.90. Saya telah mencuba kedua-duanya. Untuk O'MY Coconut rasanya seperti air kelapa di Pantai Klebang di Melaka. Tetapi bagi saya versi Street Churros lebih sedap. Begitu juga dengan O'MY Mango, kaya dengan rasa mangga yang bersusu. Paling best 'whipping cream' dia memang mewah dari Street Churros.

Coffee- Cafe Latte, Caramel Macchiato dan Spanish Latte. Peminat kopi memang akan sukakan variasi kopi yang ditawarkan di sini terutama Spanish Latte, kopi dia memang betul kaw-kaw. RM8.90 (panas) dan RM9.90 (sejuk).

Latte- Green Tea Latte, Chocolate dan Milk Tea. Kegemaran saya tentunya Milk Tea dulu kini dan selamanya. Dan Green Tea Latte sentiasa menjadi pilihan my Yana. Yang bestnya kita akan rasa foam susu di bahagian atas. Jadi untuk mendapat rasa yang terbaik kita perlu kacau rata dulu sebelum menikmatinya. Harga yang ditawarkan RM7.90 (panas) dan RM8.90 (sejuk).

ADE - Lemonade, Passionfruit ADE dan Korean Citron Ade. Harganya RM7.90. Air minuman sparkling ini sememangnya menjadi kesukaan golongan remaja dan kanak-kanak. Tetapi secara personal saya memang sukakan minuman passionfruit ADE. Sekali sedut terasa, biji passionfruit yang ala-ala meletup didalam mulut - rasa manis-manis masam. Memang terbaik. Harus kalau datang semua ke Street Churros, saya akan repeat balik order minuman ini.

Kita juga boleh membeli dalam bentuk set seperti yang ditawarkan:-

SET A - Street Churros + Latte (RM11.90)
SET B - Filling Churros + Latte (RM13.90)
SET C - Stick Churros + Latte (RM15.90)

Dan jika kita nak tapau bawa balik, untuk dinikmati bersama rakan dan famili, kita bolehlah order dari pilihan:-

MY TREASURE BOX samada 8 mini churros bersama 4 dipping sos ataupun 8 mini filling churros. Harganya adalah RM32.90 bagi setiap satu. Paling terbaik jika kita dapat nikmati dalam tempoh 2 jam selepas membelinya - untuk merasai kesegaran (freshness) churros yang telah dimasak panas-panas.

Perghhhh!! Satu meja penuh. Ada macam-macam hidangan yang ditawarkan di Street Churros. Paling penting semuanya sedap-sedap belaka.

Jadi kalau uolls, nak merasai sendiri kehebatan rasa hidangan yang ditawarkan  di Street Churros bolehlah terjah di mana-mana 7 cawangan :-

One Utama Mall
Lot LG319A Lower Ground Floor
1Utama Shopping Centre
Bandar Utama
03-76810710

IOI City Mall
LG-66A Lower Ground  Floor IOI City Mall,
IOI Resort City
Putrajaya
03-89592110

Sky Avenue
Lot No T2-12
Level T2 Sky Avenue
Genting Highlands Resorts
03-61013110

Berjaya Times Square
Lot LG-36 
Lower Ground Floor
Berjaya Times Squarr
Jalan Imbi 
Kuala Lumpur
03-21106210

MyTOWN
Lot No B1.046 
Basement 1 Floor
MyTOWN Shopping Centre 6
Taman Maluri Cheras
Kuala Lumpur
03-92011099

Empire Shopping Gallery
LK02A
Lower Ground Floor
Empire Shopping Gallery
Subang Jaya
03-56121055

SOGO KL (outlet terbaru)
LG-L4
Kompleks Sogo
Jln Tunku Abdul Rahman
Kuala Lumpur
03-22028898

Life is delicious, enjoy every bite!

Oh ya! Untuk pembaca ayuarjuna.blogspot.my, saya mencari 10 pembaca bertuah untuk menerima voucher 20% diskaun untuk setiap pembelian di outlet Street Churros SOGO KL. Sila email butiran anda (nama, alamat, no telefon) dengan tajuk : SAYA NAK VOUCHER STREET CHURROS ke alamat ayuarjuna@gmail.com ya. Saya mencari 10 pembaca pertama yang email kepada saya :-)

Untuk maklumat lanjut  mengenai Street Churros, boleh klik pada pautan :-

Comments

mama tisya said…
fav sgt street churros ni...skarang dh byk sgt pilihan tu....air yg shake tu fav sgt...yg ala2 fries pn sodap adoiiii yummmmmm..nk menang juga
huzaini ismail said…
Sedap nya..10q kongsi info
Ya Allah.. menggoda sungguh. Churros ngan eskrem. Nak pi carik lah jugak . Sekarang jugak, nak carik churros nak carik churros hahah

Dapatkan PDF-12 Tip Untuk Memulakan Bisnes Online 2018 Dengan Konfiden
onlajer said…
Oh chuross ni rasanya tak pernah makan, munkin lain kali boleh Essa.
iffah hussin said…
Alamak bila malam-malam singgah blog ni nampak pulak churros... emmm esk nak pi carilah... terliur kita
Norfanil said…
Churros antara my fav.. makan dengna coklat.. sedap oo
Zharif Azis said…
Churros is my favourite. Selalu sy masak kt rumah j. Nie nak kne cuba nie !!
Dik bee said…
ya ampunn... nape la tengok time skang.. terus teringat keenakan churros diorg.. sedapppp
Hanny Abdullah said…
Sis pun suka gila gan churros kat street churros ni. Kalau kuar n terjumpa sure beli. Kalau x beli teebayang2 jew..hehehe
Jia Shin Lee said…
I've seen them in so many malls after reading your blog.next round I got to try this out.
Annur Syuhadah said…
Best nye makan churros dengan aiskrim..yummeh!!
Betty Liew said…
I can't denied Street Churros has the best churros and is crispy and more variety to be chosen.
danan said…
banyak tersebar outltnya di malaysia , bisa dicuba jika bertandang ke malaysia

Popular Posts