Latih Ameer Untuk Pandai Menguruskan Diri Dengan Mimosa Travel Potty Trainer

My Ameer sejak berumur 3 tahun, saya dah latih beliau untuk belajar membuang air kecil atau besar didalam bilik air. Ini bukan sahaja dapat menjimatkan pembelian lampin pakai buang yang diperuntukan setiap bulan bahkan mendidik beliau untuk lebih berdikari.

Dan saya telah memilih Mimosa Travel Potty Trainer. Produk potty ini tidak sama jika dibandingkan dengan potty lain yang terdapat di pasaran. Ini kerana ianya lebih praktikal dan boleh dibawa ke mana-mana sahaja. Berbanding potty yang biasa ditawarkan di pasaran ianya lebih bersifat kekal untuk diletakkan didalam bilik air.

 Unboxing - Mimosa Travel Potty Trainer. Ianya didatangkan dalam bentuk boleh dilipat dan boleh diletakkan dalam beg uncang. Boleh dilipat menjadi lebih kecil dan ianya sangat ringgan.

Bila dibuka ianya kelihatan seperti ini. Tempat duduknya memang lembut biarpun tebal. Sekaligus dapat memberi lebih keselesaan. Dan paling penting ianya mudah untuk dibersihkan. Hanya lap sahaja dengan wet tisu untuk memastikan ianya kekal kering.

 Muka redho Ameer bila mummy beria amik gambar beliau dalam tandas 😅 Apa yang saya perhatikan semenjak menggunakan Mimosa Travel Potty Trainer ini Ameer makin mudah untuk disuruh membuang air kecil atau besar dalam tandas. Bahkan beliau lebih teruja kerana ianya satu pembelanjaan baru yang seronok diikuti.

Paling penting produk ini mudah untuk ke mana sahaja. Dan ini sangat membantu Ameer untuk lebih berdisiplin, berdikari dan belajar menguruskan diri sedari kecil lagi.


Untuk keterangan lanjut mengenai produk boleh layari:-


Comments

zaza iman said…
Seronok ameer pakai mimosa ni.. Satu pembelajaran untuk dia.. Yg penting dia pun selesa guna :)
Ana Suhana said…
Menarik potty training ni sebab portable. Senang nak bawa bila pergi bercuti.kadang budak2 ni fussy bila bab nak guna toilet bowl tu.
rubydotmy said…
hahaha. bila travel mana la nak bawa benda alah ni. ruby request kat hotel. hotel mesra kekanak ada la kan. Nanti bleh beli mimosa ni. adam guna alid pun guna.
tenku butang said…
alahai.. bagusnya ada benda ni.. err.. umur berapa paling sesuai nak train potty ni yea.. huhu.. TB risau terwal sangat dan terlewat sangat la pulak..
Emme Marina said…
Sedang melatih anak juga. Sudah 4 tahun juga ni. Ada perangai seperti tidak mahu belajar. Huwaa
Kylie wenn said…
nampak syok nya duduk atas mimosa ni.. haha~~
Ceria je muka ameer bila kena ambik gambar, hahaha
emi said…
Mencabar jugak nak ajar anak uruskan diri macam ni. kakak emi dulu, makan masa jugak la anak dia nak okay dgn semua tu. lama2 budak tu pun dah terbiasa.
Bro Framestone said…
Alamak, macam perlukan je benda nie....

Berapa harganya nie...
Cerita Huda said…
huda pun nak beli untuk potty train anak yang umur 3 tahun ni. mudah nak bawa pergi travel
Bestnya.. syra bsru setahun 2 bulan. Nnti boleh la beli ni. Nampak sangat praktikal
Cik Tie said…
Menarik tu tapi berapa harga ia?
Hanny Abdullah said…
Wahhh menarik sangat ni..sure anak2 suka sebab lembut dan selesa. Mak2 pun leh pinjam jadikan pelapik ke idok kalu toilet kotor? hehee
Rawlins GLAM said…
Ameer, kenapa seluar tu basah? Tak sempat ek. Hahaha
My nieces and nephews tak jalan bila kita latih potty train nie. Haha
Tak apelah kalau basah-basah pun kan kak. Cuba letak kerusi kecik kt bawah supaya dia senang nak naik atas tu.
Jueliza Jamani said…
alaa comel pulak tempat ni.. jue beli jenis ada tangga hehehe.. memang dari abg dia skrg dekat adik.
nice product for toddler. time to check it out
Jessying said…
So comel anak you!!bagus leh portable ....boleh bawa kemana-mana...
Bgusnya portable n mudah bwak mcm gini
Xda la bila kt luaq anak takut2 kam

Popular Posts