Otterbox Symmetry Sleek Protection untuk Mereka Yang Aktif dan Berjiwa Besar!

Apabila anak saya Yana menyuarakan rasa keinginan untuk memiliki casing telefon bimbit terbaik untuk iphone 6S kepunyaan beliau, saya terus membuat carian di google tentang produk casing yang ada di pasaran. Dan jenama otterbox adalah antara yang sangat direkomenkan oleh pengguna telefon terutama daripada jenama iphone. 

Begitu banyak pilihan casing dibawah jenama otterbox, namun saya telah memilih siri Symmetry Sleek Protection. Ini kerana saya sangat sukakan rekaan casing yang agak simple dan transparent bagi memudahkan penjagaan telefon terutama dari segi kebersihan (jika ada kotoran boleh segera dibersihkan).

Boleh lihat secara jelas, rupa casing otterbox dari siri Symmetry. Nampak begitu 'smart' bukan?




Saya juga tertarik dengan review yang pernah dikongsikan di youtube :-_


Saya sendiri begitu suka dengan ketebalan casing phone ini. Tidak seperti casing telefon biasa yang agak nipis. Untuk otterbox symmetry plastik casingnya memang tebal, pejal dan padat. Jadi tidak hairanlah kajian pernah dibuat mengenai produk otterbox ini, biarpun telefon kita terjatuh berkali-kali namun ianya tetap elok permukaan, tanpa retak yang seperti biasanya akan terjadi.

Sangat kemas setelah pemasangan dibuat. Memang ianya tertutup rapat, tipis dan kita akan yakin ianya tidak akan terbuka dengan mudah.

Close up daripada belakang telefon bimbit iphone 6s setelah dipasangkan dengan casing otterbox Symmetry. Cun bukan?

Sesuai dengan karektor dan personaliti Yana yang lasak dan aktif pemakaian otterbox Symmetry begitu dekat dengan jiwanya, tiada lagi rasa tidak yakin untuk dibawa ke mana sahaja. Paling penting rekaannya yang lutsinar dan kemas menjadikannya nampak begitu esklusif sekali digabungkan dengan iphone 6s :-)

otterbox untuk mereka yang berjiwa besar!

Comments

Popular Posts