Stiq Menawarkan Hidangan Pelbagai Steak Premium Yang Serius Sedap dengan Harga Berbaloi

Korangggggggggggggggggggggg (jeritan bergema). Suka tak makan steak yang super sedap setaraf dengan hidangan hotel 5 bintang. Kalau korang kata "YES", ahah ni saya nak kongsikan satu tempat makan yang sangat sempoi dan best di kawasan Kuala Lumpur.

Nama kedai best ni:
Stiq.
Jalan 4//27A , 
Seksyen 2 Wangsa Maju, 
Kuala Lumpur
(betul-betul bersebelah Kaw Kaw burger Wangsa Maju)

No Telefon: +6 012 345 2844 (in case korang sesat bolehlah contact nombor di talian ni yer)


Apa yang paling menarik tentang hidangan dari kedai ini ialah CARA PENYEDIAANNYA dan STYLE MASAKANNYA SANGAT UNIK. Selain itu daging-daging yang digunakan adalah daging premium yang dibawa khas oleh Food Branding Idea Solution. 


Dengan kualiti daging terbaik, cara masakan menggunakan teknik yang hebat, ternyata Stiq. adalah pilihan yang tepat untuk kita merasai sendiri kehebatan makanan yang pernah ditawarkan di muka bumi ini. Gitewwww.


Korang pernah dengar tak cara masakan Sous Vide (yang disebut sebagai sue-veed). Ini merupakan teknik memasak yang menggunakan kawalan suhu yang tepat untuk menghasilkan keputusan kualiti yang konsisten yang setaraf restoran mewah. Untuk pengetahuan semua  dalam bahasa Perancis Sous Vide bermaksud “di bawah vakum”,ianya merujuk kepada proses makanan pengedap vakum dalam beg, kemudian masak ke suhu yang sangat tepat dalam rendaman air. Teknik ini memang unik dan hasil masakannya memang ohsem!


Ini adalah antara contoh daging yang diperap menggunakan resepi tertentu (ohhh rahsia ya resepinya, hehehe) yang dibawah seliaan Food Branding Idea Solution.

Saya telah mencuba hampir ke semua menu hidangan yang ditawarkan di sini kecuali wagyu. Agak tidak bernasib baik kerana kehadiran saya dan ketika itu, wagyu sudah habis stok. Laku keras betul!

Oh ya! Setiap hidangan steak didatangkan dengan satu set air. Korang boleh pilih samada hendak air mineral ataupun air tin. Dan setiap hidangan yang dihidangkan adalah seimbang kerana bukan hanya semata-mata daging sahaja bahkan turut ada "baked potatoes" - setengah orang panggil 'jacket potatoes' dan juga salad , tomato  dan bawang holland yang dikaramelkan. Lengkapkan! Ada protein, sayur dan karbo :-) Dan juga tidak dilupakan sos yang digunakan adalah 'home-made sos' ya. Ada blackpepper, kimchi, peri-peri dan bbq.

Antara hidangan steak di Stiq. yang saya sangat rekomenkan dekat korang seperti:-

Lamb Stiq | RM27

Peminat kambing, boleh lah mencuba menu ini. Selain daripada kelembutan daging yang paling ketara, sos yang datang bersama juga memang sangat 'in' dengan perapan daging kambing yang dibakar. Untuk pengetahuan semua Lamb Stiq ini menggunakan 'slow-cook' selama 22 jam tau.

Beef Stiq | RM27

Jika ingin mencuba daging lembu, haruslah korang order Beef Stiq. Seperti Lamb Stiq. ianya juga dimasak 'slow cook' selama 22 jam.

Lamb Shank | RM40

Ini antara hidangan yang mempunyai tinggi permintaan. Lamb Shank yang dimasak 'slow cook' selama 24 jam. Sosnya adalah kimchi yang mempunyai rasa pedas-pedas manis dan creamy. Sedap baq anggggg...

Bone Ribs | RM36

Tapi bagi saya hidangan ini memang win! Dagingnya sangat lembut dan berjus mana taknya ianya dimasak secara 'slow cook' selama 30 jam lamanya. Tetapi gabungan sos BBQ-nya memang menjadikan masakan ini 'auummmm' sungguh.

Grass Fed Striplion | RM45

Ni konsepnya boleh dimakan beramai-ramai. Bak kata orang putih 'sharing is caring'. Tapi kalau sayalah, makan sorang sepinggan pun lagi best sebenarnya (sejenis keduttt hahaha). Istimewa tentang daging striplion ini, daging dia bakar sempurna, bila kita nikmati memang tidak akan terasa liat bahkan lembut dan berjus. Nak tambah lagi kick, silalah cicah daging striplion ini bersama sos blackpepper yang dihidangkan bersama.

Half-Baby Chicken with Black Pepper Sauce | RM16

Jangan khuatir bagi mereka yang tidak gemar daging lembu atau kambing, korang boleh juga order hidangan ayam. Antara hidangan ayam yang ditawarkan di Stiq. ialah ayam bakar yang dimakan bersama sos blackpepper (lada hitam). Ayam ini dimasak secara 'slow cook' 12 jam ya! Selain blackpepper, ayam juga ditawarkan bersama sos kimchi, bbq dan peri-peri.

Kambing Lambak | RM27

Ya ampun. Ini pun antara hidangan yang memang sangat diminati jika datang beramai-ramai. Lambakan daging perap dibakar secukupnya dan dimakan dengan sos khas untuk hidangan ini. Saya juga suka dengan konsep bijan ditabur atas daging kambing lambak ini, nampak lebih berseri, hiks (teringat hidangan korea tibehhhh).

Chicken Permaisuri | RM14.50

Disebabkan Stiq. ini berdekatan dengan kedai Kaw Kaw sempatlah saya order 2 jenis berger yang menjadi rebutan kebanyakan pelanggan yang datang. Antaranya ialah Chicken Permaisuri. Tebal dan tingg hokeh. Dengan keju dan mustard yang mewah, perghhhh. Tidak hairanlah kenapa ramai yang beratur untuk membeli berger disini.

Baconizer Burger | RM17

Ini juga dari Kedai Berger Kaw Kaw, terutama bagi mereka yang sukakan hirisan daging (bacon). Meleleh tengok mustard dan keju yang melimpah luas. Tapi seriusla, makan sebiji berger kat sini memang boleh kenyang seminggu sepanjang hari.

Relaks jer makan bawah pokok dengan angin sepoi-sepoi bahasa dengan kengkawan mahupun ahli keluarga memang bahagia. Apatah lagi dapat menikmati hidangan steak premium yang hebat ditawarkan pada harga yang sangat berbaloi memang benar-benar memberi kepuasan. Jadi tidak hairanlah ke semua pengunjung yang datang ke sini benar-benar makan beria-ia, heheh.


Untuk keterangan lanjut dan promosi dari ke semasa boleh layari sosial media Stiq. iaitu:-

Facebook 

Instagram


Peminat steak tegar;
Stiq Menawarkan Hidangan Pelbagai Steak Premium Yang Serius Sedap dengan Harga Berbaloi Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 18, 2018 Rating: 5

12 comments:

  1. terliurr tgk..dkt dh area umh..ada kesempatan bole singgah

    ReplyDelete
  2. ya Allah..kecur2 liur menengoknya..dh dekat dgn rumah ni..blhla pergi bwk husb dan anak2..

    ReplyDelete
  3. I sangat kurang dengan steak ni. Kalau burger ok lah. Baconizer tu nampak yummy!

    ReplyDelete
  4. kleihatan sangat sedak burger dan stiknya :D

    ReplyDelete
  5. Alaaaa.....kenapa i tgok time ni erk...terus terbayang2 dah ni ayu...

    ReplyDelete
  6. tengok gambar dah terliur.. acaner ni kak oi?? yang penting muroh dan halalan toyyibaa.. hehehe..

    ReplyDelete
  7. MasyaAllah.. gambar-gambar tu buat terliur je lah.. huhuhu.. TB ternampak ayt wagyu dan Lamb shank.. macam mana lah rupa menu tu ye? tertarik pula dengan namanya

    ReplyDelete
  8. Looks so delicious and the price is so affordable. Got to try this out soon.

    ReplyDelete
  9. Sedap tak sis? Suka dengan nama dia, unik. Ni ala-ala menate la kan.

    ReplyDelete
  10. Bone Ribs dia nampak macam menarik je... Antara fav juga nie

    ReplyDelete
  11. wa macam best sangat. time to check it out

    ReplyDelete
  12. Adehhhh...now dah terasa nak makan steak lah pulak...leleh air lioq dah ni huhuhu

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.