unifi Terbaru Menjadikan Hidup Kita Lebih Mudah

Berpeluang menghadiri ke pelancaran produk terbaru unifi di Menara TMNet memang benar-benar memberi keterujaan kepada saya. Apatah lagi saya dapat mendengar dan melihat sendiri secara dekat produk dan perkhidmatan terbaru dari unifi iaitu :-

unifi home
unifi Mobile
unifi TV
unifi wifi

Majlis warna-warni yang penuh dengan gimmick ini cukup meriah apatah lagi dengan kehadiran pengurusan tertinggi TM serta unifi, selebriti dan juga rakan media yang lain. Untuk pengetahuan semua, pelancaran penampilan dan terbaharu dari unifi ini telah disempurnakan oleh Dato' Sri Mohammed Shazalli Ramly (Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM), Datuk Bazlan Osman (Pengarah Eksekutif/Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM), Imri Mokhtar (Naib Presiden Eksekutif unifi), Jeremy Kung (Naib Presiden Eksekutif unifi TV), Moharmustaqeem Mohammed (Ketua Pegawai Eksekutif unifi mobile) serta barisan pengurusan kanan TM.

Penerangan begitu padat dan padu berikan oleh Encik Imri Mokhtar (Naib Presiden Eksekutif unifi).

Menurut Encik Imri;

"unifi membuka lembaran baru 2018 dengan penampilan baharu serta lengkapnya pendekatan jenama tunggal menrangkumi penawaran mudah alih dan tv sebagai tambahan kepada kediaman dan wifi. Dengan perubahan strategik ini kami kini merupakan satu-satunya jenama di malaysia yang menawarkan sambungan Internet secara meneyuluruh secara sebenar di mana-mana sahaja - di kediaman, WIFI awam, perkhidmatan mudah alih serta pelbagai kandungan bertaraf dunia dan semuanya dapat dilakukan dibawah satu bumbung. unifi menyempurnakan pengalaman konvergens untuk membolehkan pengalaman aspirasi digital pelanggan kami. Dengan terlaksananya perubahan ini, ianya terus dapat mengukuhkan peranan kani sebagai pemacu utama dalam merealisasikan aspirasi Ekonomi Digital serta mempercepat penerimaan gaya hidup digital dan Internet of Things (IoT)."

unifi home
Terdapat beberapa inisiatif baru disusun untuk unifi home antaranya seperti "THE UNIFI PERFECT SQUAD" atau "SKUAD SEMPURNA UNIFI". Ianya merupakan lanjutan daripada kempen Promosi Akhir Tahun yang telah memperluaskan perhubungan unifi ke kawasan-kawasan yang mempunyai banyak port unifi sedia ada di seluruh negara.

Dengan hashtag #pasangsekarang (#installnow), "Skuad Sempurna unifi" bole diaktifkan dengan menikmati pelbagai pakej istimewa seperti unifi Advance yang bermula dari RM139 sebulan. Apa yang menarik skuad ini akan datang ke kawasan-kawasan yang berpotensi untuk mendaftarkan pelanggan baharu dan membuat pengaktifan perkhidmatan tersebut. Pakej ini turut hadir dengan beberapa pilihan pek unifi TV, peranti dan panggilan. Untuk maklumat lanjut sila kunjungi www.unifi.com.my ataupun laman sosial unifi di www.facebook.com/weareunifi  (dahulu Everyone Connects), www.twitter.com/unifi (dahulunya @TMCorp) dan unifi.com.my/yiutube

unifi mobile
unifi mobile (dulu dikenali sebagai webe) sememangnya telah mempamerkan prestasi yang cukup memberangsangkan semenjak pelancaran kuota tanpa had pada tahun 2016. Dengan perkenalan unifi mobile #bebas, yang maan memberi kebebasan kehendak pelanggan dan apa cara mereka mahukan daripada sesuatu produk mudah alih.

Ianya bukan produk prabayar atau pascabayar, ianya adalah hibrid yang memberi kebebasan kepada pelanggan untuk memilih mengikut kemahuan dan keperluan penggunaan data mereka tanpa sebarang kontrak dan komitmen.

Diperjelaskan dengan penuh bersahaja oleh Encik Moharmustaqeem Mohammed (Ketua Pegawai Eksekutif unifi mobile) tentang unifi mobile #bebas dengan menampilkan #pilihanapasaja #bayarbilabila #kredittakmati membolehkan pelanggan menikmati sambungan tanpa gangguan pada bila-bila masa.

Bersempena dengan pelancaran unifi mobile #bebas juga, unifi akan memberikan 1 juta kad SIM 20GB secara PERCUMA kepada rakyat Malaysia. Apa yang perlu kita hanyalah memuat turun aplikasi mudah alih @unifi yang terdapat AppStore atau PlayStore dan membuat pesanan. Setelah mendaftar kita hanya perlu mendapatkan kad SIM di mana-mana cawangan TMpoint seluruh negara atau memilih untuk dihantar terus ke rumah dengan bayaran yang dikenakan hanyalah RM10.60 (termasuk GST). Untuk keterangan lanjut mengenai unfi mobile #bebas, sila layari www.unifi.com.my/mobile ataupun laman sosial unifi mobile iaitu www.facebook.com/unifimobile.

unifi tv

unifi sentiasa berpegang teguh dengan janjinya untuk membawakan penawaran yang lebih interaktif dan inovatif, dan kini unfi tv (dahulunya dikenali sebagai HyppTV) telah melancarkan permainan secara interaktif secara langsung yang pertama di Malaysia iaitu TEKA TEKAN. Di mana permainan ini membolehkan penonton berinteraksi dengan TV (heheh) secara langsung dengan penuh keselesaan.

Kredit : Shakkido

Caranya hanyalah dengan menjawab 5 soalan mudah yang berkaitan dengan pelbagai isu semasa/trending dan informasi umum. Ini mencakupi soalan mengenai unifi, dunia artis, filem, sejarah, matematik, sains, fizik, sukan dan banyak lagi.

Program yang ditayangkan bermula pada 15 Januari 2018, di HyppSensai (saluran 116) ini menawarkan hadiah sejumlah RM20,000 sehari setiap hari Isnin sehingga Jumaat 8.30 malam. Caranya mudah peserta (penonton) perlu menggunakan alat kawalan jauh unifi tv (remote control) untuk menjawab 5 soalan yang bakal dikemukakan ketika siaran berlangsung. Samada menekan butan merah, hijau, kuning atau biru.

Program yang dikendalikan oleh pelawak dan selebriti cukup popular tanahair seperti Shuib Sepahtu, Farouk Hussein, Acong Sweet Child dan Anas Ridzuan. Program ini dibawakan oleh Huawei sebagai penaja utama. Keterangan lanjut boleh layari www.tekatekan.unifi.com.my

Selain daripada penjenamaan semulaunifi tv, aplikasi mudah alih HyppTV Everywhere juga kini dikenali sebagai PlayTV. Jadi kita boleh menikmati hiburan bertaraf antarabangsa dan program yang memenangi anugerah menerusi pakej-pakej berbaloi yang dalam bentuk HD sepenuhnya samada di Live TV, Video on Demand dan dapat menikmati penawaran saluran ini tanpa gangguan cuaca. Kiranya kalau hari hujan pun kita masih berpeluang menonton!! Untuk keterangan lanjut boleh layari www.unifi.com.my/tv atau lawati laman sosial www.facebook.com/unifiTV

Nah! Percayalah TM akan terus unggul sebagai jenama Konvergens utama di bawah Telekom Malaysia Berhad (TM) dengan memperkenalkan 5 teras yang mampu memenuhi keperluan hidup masyarakat mampan Malaysia hari ini iaitu -Kehidupan Pintar, Perniagaan Pintar Bandar Pintar, Komuniti Pintar dan Negara Pintar. Di mana membawakan pengalaman digital secara menyeluruh dan penyelesaian perniagaan bersepadu bagi memenuhi keperluan komunikasi perniagaan dan gaya hidup yang menjadikan "HIDUP LEBIH MUDAH".

Comments

Popular Posts