Akid Ke MRSM Serting | Sedih dan Gembira

Masa mula-mula Akid dapat tawaran ke sini, hati saya sebenarnya dah berbelah bagi untuk beri kebenaran kepada beliau membuat pilihan. Ini memandangkan kesemua anak-anak saya, daripada zaman Anaqi (sekarang dah form 5) dan Yana (tahun ini form 3) tak pernah tinggal berjauhan biarpun mereka pernah diberi peluang ke asrama penuh satu masa dulu.

Saya sendiri tidak pasti keadaan anak zaman sekarang bila duduk asrama. Apatah lagi terlalu banyak kes yang dikaitkan dengan isu buli samada fizikal mahupun mental (emosi). Dan saya sendiri percaya, umur terbaik untuk ke asrama sekurang-kurangnya 16 tahun, ini kerana mereka sudah pandai berdikari serta menguruskan diri sendiri.
Tetapi Akid dia mempunyai visi dan misi sendiri. Saya akur tentang itu. Dan saya sebenarnya agak was-was dengan kebolehan Akid untuk menguruskan dirinya sendiri. Ini kerana Akid memang anak yang sangat manja, cerewet dan agak mudah meluahkan perasaannya. Seorang anak yang tidak akan pendam bahkan akan mudah berkongsi cerita dengan saya dalam keadaan apa sekalipun.

Tapi melihat kesungguhan Akid, saya harus membuang sikap saya yang 'over protective' dan bagi dia peluang untuk rasa hidup berdikari di asrama seperti yang dia inginkan.

Tapi sebenarnya, masa mula-mula mendapat tawaran tu, memang saya dan dedet amik masa untuk buat keputusan. Kebetulan dekat dengan tarikh perayaan raya cina so kitaorang cuti (celebrate) dulu, kahkahkah. Kiranya banyak buat perkara yang dapat habiskan masa bersama satu keluarga. Yang kelakarnya, saya selalu juga provoke Akid macam "nanti Akid duk jauh ngan mummy..."Akid merajuk ke tak nak duduk ngan mummy?"... "kat asrama tak boleh pilih2 makan tau, kena makan apa yang disediakan"... dan macam-macam lagi... mak dia kan psiko hahahah...

Akid masih dengan pendirian dia... Akid nak pergi MRSM mummy... huhuhu
So, lepas sakan bercuti CNY, hari Isnin lepas baru kelam-kabut setelkan urusan Akid. Pertamanya kitaorang pergi Bangunan MARA Jalan Raja Laut Tingkat 2, bayarkan yuran sekolah iaitu RM333.30. Terus beli uniform kat situ, tingkat 2 berhadapan dengan kedai makan.
Kalau kedai kat sini katanya masih ada saiz XS, S berbanding di banyak kedai yang menjual untuk saiz kecil banyak yang dah SOLD OUT. So saya beli 2 pasang baju warna beige (pakaian rasmi) dan sepasang baju biru (pakaian pilihan) dan sehelai t-shirt berkolar putih.
Sebab seluar dia ter-over panjang, hantar potong kasi singkat sikit dekat kedai Seksyen 18 Shah Alam. Upah untuk 'alter' sepasang seluar RM5 sahaja. Cepat kedai ni buat, tunggu tak sampai 10 minit 3 helai siap dipotong (alter).

Hari Selasa (keesokan harinya), saya bergegas ke sekolah rendah Akid. Setelkan mana yang patut terutama dari segi pengesahan borang dan saksi sebagainya sepertimana yang dikehendaki dalam surat tawaran.

Manakala Dedet uruskan 'medical check-up' Akid, beli barangan mandian, makanan, kasut, amik gambar passport (12 keping), gunting rambut dan banyak lagi.
Saya pula merajinkan diri survey2 kasut sekolah Akid di BATA. Agak mahal juga harga dalam RM89 (offer 50%) sehingga RM179. Tengok jenama, paten dan jenis samada PVC, kulit atau campuran keduanya. Last2 dedet beli di Hyper Shoes, harga kasut dalam RM59. Okla... kan... .risau juga beli kasut mahal2 kalau Akid tak pandai jaga, huhu.

Hari Rabu adalah hari pendaftaran (21.2.2018). Waktu pendaftaran adalah bermula jam 8:30am sampai 12:30pm. Sebab semua adik-beradik nak sama-sama hantar Akid, beria bertolak berjemaah dari rumah jam 9:00 pagi. Check dekat waze dalam 11.20 am sampai MRSM Serting. So, memanglah kami tak akan singgah mana-mana untuk sarapan, huhuhu.
Sampai MRSM jam 11.10 pagi. Itupun setelah banyak kali dedet potong kereta, bas, lori dan sebagainya. Urut dada mak hokeh. Jalan nak ke MRSM ni agak mencabar kerana terlalu banyak kenderaan berat yang menggunakannya. Dan bayangkan untuk laluan yang sempit, bila berada di belakang lori yang agak berat memang stress dibuatnya. Ala2 memandu macam 40km sejam. Sangat kena banyak bersabar.
Setelah urusan pendaftaran, terus kami ke koperasi maktab untuk membeli barangan lain seperti yang telah ditetapkan. Tali leher, cadar, baju batik dll. Habis dalam RM283 (kalau tak silap). Dah setel, terus gerak ke asrama tempat penginapan untuk Akid. Menariknya untuk asrama Akid dia buat ala2 bilik yang mana ditempatkan 4 pelajar didalamnya. Ke semua adalah pelajar baru dari sesi pengambilan yang sama. Jadi mereka mudah mesra kerana masing2 masih baru dan usia juga sebaya.

Saya sempat juga berkenalan dengan ibubapa roomate Akid. Pentingnya ada jalinan persahabatan ini sekiranya ada perkara yang kita boleh bantu atau ingin meminta bantuan dan sebagainya. Lagipun anak2 akan berada didalam bilik yang sama sekurangnya setahun, jika ada sebarang masalah senang kita nak berbincang dan sebagainya.

Memandangkan program Akid bermula sebelah malam, jadi cikgu membenarkan semua pelajar baru untuk keluar makan tengahari bersama keluarga tetapi perlu kembali ke sekolah sebelum jam 3 petang. Jadi, sempatlah saya, Akid dan ahli keluarga lain makan tengahari bersama sambil jalan2 dan beli apa yang patut.
Siapa ajer yang tidak sedih bila terpaksa berjauhan dengan anak. Hari2 kita mengadap muka dia, seawal bangun tidur sehingga malam waktu tidurnya. Kita bebel, kita gelak bersama, kita marah, kita bagi nasihat. Banyak perkara kita lakukan bersama anak. Apatah lagi Akid ni, kaki merajuk. kaki sakat Amani... dan Anaqi adalah abang yang paling terkesan sebab beliau jenis yang suka bagi nasihat Akid (walaupun nada suara selalu  macam marah). Suka delegate keje rumah dan Akid antara yang selalu tidak puas hati sebab kena masak air (almost every day, hahah) dan macam2 lagi.

Siap masa dedet tanya selepas start kereta dan nak balik ke rumah (lps bye2 beria kat Akid).... "semua dah ada dalam kereta?"... biasanya yang buat head count, Anaqi... "semua ada kecuali Akid". Terus semua orang cam senyap... agak sedih jugakla....

OTW balik... saya asyik terfikir jer. Betul ke keputusan saya menghantar Akid ke MRSM ni? Dahlah program IGSCE. Mampu ke Akid? hmmmmm. Tapi bila teringat wajah keseronokan Akid dapat diterima belajar ke MRSM membuatkan hati saya rasa tenang sedikit.

Tapi malamnya...

Akid call saya "Mummy hujung minggu ni Akid nak balik ya. Mummy tolong print borang kebenaran nak balik dan fax ke sekolah. Please amik Akid selepas sembahyang Jumaat ya"...

Saya sempat tanya, "Akid ok ke?"...
Akid jawab "hmm... ok (nada lemah), cuma rasa pening sikit".

Adehhhhh

Takpela... as mak dan saya rasa dedet pun bersetuju dengan pendapat ini - demi anak, apa sahaja kita berikan adalah yang terbaik. Waktu awal2 ni... tiap2 minggu datang pun takpe... nak balik kita turutkan jer. Bagi dia benar-benar rasa kesesuaian diri di sana. Apalah sangat dengan masa 2 jam pergi dan 2 jam balik... hahahahahaha. Janji anak bahagia... kita pun sama tumpang gembira.

Moga Akid terus bersemangat dan emosi mak dia ni juga kuat :p

Comments

NanyFadhly said…
Tahniah Akid. Sedih juga saya yang membacanya kak. InshaALLAH..sebab apa yang akak tulis tuh nampak gayanya mmg Akid seorang yang mempunyai cita-citanya. He knows what he is doing. Saya pun faham perasaan akak bab yang macam2 kes kat asrama tuh kan. Ni macam kaedah tawakkal sangat2. Akid jangan pening2...nanti mama amik yer. HAHAH!
Eyqa Hasnan said…
Emosi mak-mak bila berjauhan dengan anak kan? Takpe, Akid pandai berdikari tu
Hanny Abdullah said…
Tahniah pada akid dn keluarga. Bukan senang nk masuk MRSM ni..dia terpilih alhamdulillah sgt.
Memang mula2 akn rasa kehilangan jugak..sis masa anak sulung pun gitu..nasib baik dia dapat masuk Alam Shah aje..so dekat kalau nak terjah. Ting 1 dn 2 mmg masa yg sgt mencabar..tak kira siang malam..dia call sure sis pergi terjah punya..hehehe.
Apa2 pun kita doakan yg terbaik buat mereka.
tenku butang said…
Tahniah Akid.. huhu.. TB pun nanti anak dah besar tak tahu lah macam mana. mungkin sama macam sis kot.. sebab taak pernah berjauhan dnegan ank tetiba anak nak dok asrama jauh dari kita.. rasa macam tak boleh nak lepas je kan.. Tapi kalau dah anak yang lebih bersedia nak berjauhan demi plejarannya.. TB terpaksalah akur..
Amanda Suria said…
Oh gosh Ayu...SA terus nangis baca entry ni..alahai...kuat betul hati seorang ibu kan tapi untuk anak- anak berjaya memang kena la tabah..sapa tak nak anak berjaya kan...apapun harap Aqid okey..eh baru hantar nak balik dah? kenapa....
tahniah. bukan senang nak masuk mrsm. ramai yg memohon tapi tak dpt. belajar betul2 dan fokus
Cindyrina Rina said…
Congratulation! Bagus tu dapat MRSM. Cerah masa depan.Itu tanda anak dah besar. huhuhu mesti sedih kan. Kalau saya pun akan sedih gak.
Ojai Rahman said…
Tahniah ayu n anak... Ibu kene kental.... Aku dah rasa thn lps... Lepas 3hari dpt call pertama anak dlm nada tahan nangis... Homesick katanye... �� tapi aku ingatkan dia yg tu pilihan dia... Bulan pertama memang layankan tengok dia tiap2 minggu... Bila dah agak ok baru la selang seminggu jengok dia.. Tapi aku dkt skit.. 1jam pergi 1jam balik...
Awal awal dulu aku selalu tengok/belek barang dia aje yg tinggal kat rumah... Memang rase kurang bila sorg dah duduk jauh...
Syafiera Yamin said…
bestnya anak ramai, memang dalam ramai ramai tu sorang ke sana sorang ke sini... heee.. tahniah dapat masuk ke MRSM.. teringat 4 orang adikberadik fira, adik fira ke mrsm memang cemerlang keputusan ujian diaa, sekarang dah jadi engineer
Sedih pulak baca. Bila anak dah biasa depan mata. Sekali nak berjauhan, agak berat juga nak melepaskan tu. Tahniah Akid. Semoga dapat biasakan diri bila berjauhan dengan keluarga ni.
Kin Naz said…
Tahniah Akid. Kuat sungguh semangat Akid walaupun kena psiko dengan maknya hihi. Takpela bila dah masuk asrama ni, boleh belajar berdikari, rancang masa untuk belajar, main semua tu pengalaman untuk dewasa kelak. Semoga Akid terus kuat ye. Biasalah tu baru lagi, homesick tu masih ada. Lama2 nanti mesti Akid seronok
Jane Chua said…
As a Mom, I still prefer to be with my kids but unless they requested, then let them to choose what they want to achieve instead so that they never feel regret.
azlina ina said…
tahniah akid. Mama jangan risau ya.Lepas ni akid mesti jadi independent.Btw.. bata zaman dulu dengan zaman sekarang,memang banyak sangat perubahan dr segi harga.Kasut raya budak 5tahun pun dah mencecah RM7+.++
Haneeza Mohamad said…
kalau tu permintaan anak sendiri tak apalah kak ayu.. doa yang baik2 untuk dia supaya dia boleh tempuh alam asrama tu dengan lancar dan baik2 sahaja.. maybe this will help him to be stronger and independent
Bro Framestone said…
Kesemua adik beradik saya dok asrama... Ok je..

Kes buli dekat memana pun ada.. Jangan kata dekat asrama.. dekat tempat kerja pun ada kes macam nie...

Tapi kalau dari awal dia xmampu nak hadapi.. Bila masuk zaman pekerjaan nanti risau dia xmampu je... Tapi kalau buli yang melampau sangat tue.. susah sikit nk cakap.

Macam kes saya..

Masa form 1 saya dah pukul senior form 5 sampai patah gigi dia.. senior paling nakal + ditakuti pula tue... hahah at the end.. sampai form 6 xde yang berani nak kaco saya hahaha
Sally Samsaiman said…
Tahniah la awal-awal sebab dapat masuk MRSM..tak ramai yg ada peluang kan...

mungkin Akid tgh cuba nak sesuaikan diri dia kat sana...hopefully semuanya akan okay lepas ni :)
Maha Mahu said…
Bestnya teringat zaman kita duduk asrama dulu sekolah Teknik memang satu yang sangat bermakna buat diri sendiri kita memang akan belajar semua. Jangan lah risau sangat budak2 budak sekarang ni dah pintar lebih dari ibu bapa. Tapi paling best bila time hujung minggu family datang melawat bawa makanan yang banyak seronoknya.
Takper permulaan ni memang sukar nak adapt dengan suasana asrama, lama kelamaan nanti terbiasa lah tu
dr-Life said…
congratulation to you and your Akid. Of course it is a good things to go up further for better education. i know u must have mix feeling... banyakkan bersabar and tabah lah hati.. tak jauh... anak kan sll in you heart...

kata senang... if my anak i think i pun akan mix feeling... lolz

racheal
seri wangi said…
Tahniah buat Akid, memang pun hati ibu mana yang tidak bimbang, lebih-lebih lg masih kecik tp kita kena berfikir perkara positif, lebih2 lagi anak lelaki..biarkanlah...
Kylie wenn said…
Congrats Akid... Keep up the good work...
Sunshine Kelly said…
Well I think is also good for him to be independent and learn how to leave outside of comfort zone. All the best.

Popular Posts