"All You Can Eat" di Agehan Japanese Restaurant Grand Bluewave Shah Alam
Suka saya nak kongsikan tentang promosi terkini daripada Restoran Agehan Hotel Grand BlueWave Shah Alam. Ini terutama bagi mereka yang gemarkan hidangan sushi dan terikyaki. Untuk pengetahuan semua promosi "All You Can Eat" menghidangkan semua jenis sushi, Temaki, Makimano, mee, teriyaki dan teppayaki ini hanya untuk malam Jumaat dan Sabtu sahaja. Bermula dari jam 6.30 petang sehingga 10.30 malam.
Pada harga yang cukup berbaloi iaitu dewasa RM78 dan kanak-kanak (4-11 tahun) RM45 membolehkan kita menikmati hidangan Jepun sehingga puas hati.
Antara hidangan Jepun saya rasai sendiri seperti:-
Hidangan sushi seperti Tobikko Sushi, Chuka Kurage Sushi, Tako Sushi, Salmo Sushi, Tuna Sushi, Chuka Idako Sushi dan 'White Tuna Sushi'.
Bagi hidangan temaki pula terdapat California Temaki, Ebi Temaki, Tuna Temaki dan Salmon Temaki.
Nasi goreng ini adalah hidangan karbo utama. Dan bagi saya sendiri, ianya agak berbeza dengan nasi goreng yang biasa kita nikmati kerana ianya menggunakan nasi dari beras Jepun dan juga ianya dimasakkan mengunakan ramuan halia dan sebagainya enjadikan ianya begitu istimewa.
Untuk seleksi teppayaki terdapat ayam, daging dan juga kambing. Selain itu jika meminati makanan laut terdapat juga sotong. Dan juga terdapat hidangan sayuran bagi melengkapkan hidangan.
Hidangan kambing.
Hidangan daging yang sentiasa menjadi kegemaran saya dulu dan selamanya :-)

Memandangkan saya sekarang dalam proses diet, jadi hidangan sayuran antara menjadi tumpuan. Dan untuk buffet di sini ianya banyak menawarkan pelbagai jenis hidangan salad yang begitu menyelerakan.
Oh ya didalam senarai buffet ini juga terdapat siri Makimono iaitu Futa Maki, Tuna Mayo Sushi, Kani Maki, California Maki, Tuna Maki, Kappa Maki, Salmon Maki dan Kani Sushi. Manakala untuk seleksi mee terdapat Kake Udon, Tsukimi Udon, Tanuki Udon dan Zaru Udon.
Untuk pencuci mulut, terdapat pelbagai jenis kek, karamel dan puding yang semuanya enak-enak belaka. Dan bagi saya sendiri ini adalah sebagai pelengkap setelah menikmati segala kehebatan hidangan Jepun.
Dan jangan lupa buah-buahan juga ada didalam sett buffet ini ya!

Agehan Japanese Restaurant telah mendapat Sijil HALAL daripada JAKIM pada 1 November 2009. Untuk pengetahuan semua, Agehan Japanese Restaurant ini adalah restoran hotel 5 bintang yang pertama mendapat pensijilan kelulusan daripada pihak JAKIM kerana menawarkan hidangan Jepun 100% halal.
Untuk keterangan lanjut dan tempahan boleh hubungi 03-455118811 ext. 2723 dan 2724 ataupun email kepada e-marketing@bluewavehotels.com. Semua harga yang ditawarkan dikenakan dengan 6% kadar GST,
Comments
Racheal
seronoknya tengok
sedap2 semua nih
www.maisarahsidi.com
Lagi2 teppanyaki tu..nmpk nyummy betul