Ameer Dan Carrie Junior | Koleksi Mainan Terbaru Sukan Ceria!

Pada peringkat umur 4 tahun sememangnya Ameer Shahmi menjadi kanak-kanak yang semakin tinggi rasa ingin tahu, berdikari dan berani. Apatah lagi bila saya mula memperkenalkan beberapa aktiviti baru yang dapat menghubungkan sel-sel otaknya serta mampu meningkatkan kemahiran fizikal sesuai dengan usianya.

Apabila kita dedahkan dengan aktiviti luar, secara tidak langsung kita dedahkan anak kita dengan persekitaran. Seperti yang kita maklum, persekitaran luar terdapat banyak bakteria dan kuman yang tidak dijangka. Sebab itulah saya sentiasa mencari produk terutama yang berkait dengan penjagaan diri yang terbaik bagi memastikan Ameer sentiasa diberi perlindungan terutaa apabila beliau melakukan aktiviti luar. 

Dan saya telah memperkenalkan CARRIE JUNIOR kepada Ameer. 

Dalam siri terbaru CARRIE JUNIOR, telah memperkenalkan 6 figura mainan comel yang dikenali sebagai ‘Sukan Ria’ bagi membantu perkembangan imaginasi dan minda mereka. CARRIE JUNIOR bukan sahaja sentiasa menggalakkan keseronokan masa mandi, ia juga turut menekankan amalan nilai murni di dalam interaksi semasa bermain dengan permainan dengan cara yang kreatif dan imaginatif.

Sebanyak 6 figura mainan comel yang terdiri daripada
1) CARRIE JUNIOR- si gajah yang gemar bermain bola sepak,
2) SPEEDY TOMMY- si kura kura yang terpantas di atas trek larian,
3) TUFFY TEDDY- si beruang yang paling kuat,
4) DRIBBLY MINKY- si racoon yang mahir dalam sukan hoki,
5) SMASHY MACKY- si monyet yang tangkas bermain ping pong,
dan juga terdapat trofi kejohanan sukan yang akan di bungkus setiap satu di dalam setiap produk CARRIE JUNIOR bersaiz 700ml.

Sama seperti pembungkusan CARRIE JUNIOR sebelum ini, koleksi mainan baharu ini akan disembunyikan di dalam ‘ruangan rahsia’ di bahagian belakang. Dimana adanya figura mainan ‘misteri’ dan menggalakkan anak-anak untuk meneroka, merangsang sifat ingin tahu dan memberikan mereka keseronokan. Dengan koleksi mainan CARRIE JUNIOR Sukan Ria yang baharu, masa mandian si manja pasti akan menjadi satu pengembaraan yang menyeronokkan kerana dapat menggunakan imaginasi mereka.

Koleksi figura CARRIE JUNIOR & Buddies ini boleh didapati bersama mana-mana variasi CARRIE JUNIOR Baby Bath, CARRIE JUNIOR Baby Shampoo, CARRIE JUNIOR Baby Hair & Body Wash serta CARRIE JUNIOR Kids Shampoo bersaiz 700ml. So, jangan lupa ya ibu-ibu dapatkan produk ini di pasaran.


Info mengenai CARRIE JUNIOR
Untuk pengetahuan semua CARRIE JUNIOR merupakan rangkaian premium penjagaan diri si manja yang membantu merapatkan hubungan ibu bapa dengan si manja melalui waktu mandian yang menyeronokkan. Rekaan pembungkusan yang menarik dan berwarna warni membantu kanak-kanak mencetus imaginasi di dalam bilik mandi.

Rangkaian CARRIE JUNIOR diformulasikan dengan Fruito–E, kombinasi ekstrak buah semulajadi yang diperkaya dengan nutrient dan vitamin bagi membantu menyubur, melembap dan melindungi rambut serta kulit lembut si manja. Rangkaian CARRIE JUNIOR memberikan anda pelbagai pilihan wangian buah-buahan bagi memastikan si manja sentiasa berasa segar dan bersih sepanjang hari. Carrie Junior yang bertindak membersih dengan lembut dan efektif ini sangat sesuai untuk kegunaan harian.

Diiktiraf Halal, rangkaian Carrie Junior termasuklah Baby Bath, Baby Shampoo, Hair & Body Wash, Baby Powder, Baby Lotion and Baby Oil. Ia juga mempunyai bau buah-buahan yang digemari kanak-kanak.


Jom , jadi seperti Ameer setiap hari mandi bersama produk CARRIE JUNIOR!
Ameer Dan Carrie Junior | Koleksi Mainan Terbaru Sukan Ceria! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on February 08, 2018 Rating: 5

1 comment:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.