Enchanteur Mon Ami dan Belle Amour Untuk Si Dia Yang Istimewa

Macam saya sendiri lah kan, selain daripada jambangan bunga, coklat dan kad hadiah yang tidak akan bertahan lama,  saya sebenarnya lebih menggemari set wangian . Ini  kerana set hadiah sebegini sangat serbaguna untuk dijadikan hadiah pada mana-mana majlis atau ulang tahun memandangkan rekaan pembungkusan serba indah dan lengkap dengan rangkaian rejim penjagaan diri yang mengandungi wangian EDT dan losyen. Lebih menarik lagi, haruman ini sebenarnya membawakan gabungan simbolik keintiman dan kemewahan.

Biasanya si pemerima wangian ini akan dapat menikmati pengalaman hadiah penuh hati yang berbunga-bunga. Perasaan indah yang kembali mekar ini semestinya akan mengeratkan hubungan baik biarpun di antara si anak- si ibu, adik beradik, teman istemewa, malah hubungan antara pelajar dan guru. Sedikit sentuhan perincian akan mengekalkan detik-detik penuh keajaiban setiap hari.
Menyedari penghargaan yang diberikan terhadap wangian EDT, ENCHANTEURmemperkenalkan 5 set wangian tersendiri yang disediakan dalam bingkisan yang direka cantik, sesuai untuk semua perayaan - sama ada hari ulang tahun, perayaan, hari lahir, anugerah pencapaian dan hari penghargaan. Pek EDT mesra perjalanan bersaiz 15ml ini menjadikan hadiah ini sesuai sebagai kejutan dan mudah dibawa di dalam beg tangan.

ENCHANTEUR telah membina reputasi sebagai jenama haruman dan penjagaan diri yang terkemuka dan berkualiti, diilhamkan dari Kota Perancis. Setiap aromanya telah dipilih oleh pakar wangian Perancis. Kami berbangga kerana dapat memenuhi keperluan wanita untuk mencipta sebuah pengembaraan cinta menakjubkan yang penuh dengan tujuan dan keanggunan. Antara SET HADIAH EDT MINI ENCHANTEUR PARIS adalah :-

SET HADIAH EDT MINI ENCHANTEUR PARIS (BELLE AMOUR & MON AMIE)
SET HADIAH EDT MINI ENCHANTEUR PARIS (MON AMIE & ADORE)
SET HADIAH ENCHANTEUR PARIS MON AMIE
SET HADIAH MINI ENCHANTEUR (MON AMIE AND CHARMING)
SET HADIAH MINI ENCHANTEUR (BELLE AMOUR & ROMANTIC)
Mon Amie jika diterjemahkan bermaksud My Friend (Sahabatku), memberikan wanita aroma yang menyenangkan dengan penuh kesegaran apabila berada di luar. Dan selepas menggunakan wangian Mon Amie terasa diri begitu segar dan selesa.

Kedua-dua wangian ini telah digubah di dalam kotak yang sangat cantik bercirikan Menara Eiffel ENCHANTEUR Paris. Set hadiah yang mengandungi 15ml wangian EDT Belle Amour dan Mon Amie boleh didapati secara eksklusif di kedai farmasi Watsons seluruh negara.

ENCHANTEUR PARIS MINIATURE EDT GIFT SETS dijual pada harga RM34.90 (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak). ENCHANTEUR PARIS MON AMIE GIFT SET berharga RM23.50(Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak). Selain itu, the ENCHANTEUR MINIATURE GIFT SETS dijual pada harga RM34.90 di Semenanjung Malaysia & RM36.70 di Sabah dan Sarawak.

Comments

anak denesor said…
suka bau die..wangi lembut

Popular Posts