Raikan Cinta Bersama Ambassador Putrajaya By Hanana Group

Raikan Cinta Bersama Ambassador Putrajaya By Hanana Group | Majlis Raikan Cinta adalah detik yang begitu istimewa di mana kita raikan hari bersejarah bersama orang-orang yang yang kita sayangi. Memandangkan ianya begitu istimewa, pastinya kita sentiasa mahukan yang terbaik dan sesuai dengan kemampuan.

Selain daripada faktor budget, kemudahan serta fasiliti dewan perkawinan, jamuan makan, salinan pakaian dan banyak lagi perlu juga diberi perhatian. Ini pastinya banyak perlu difikirkan agar majlis yang berlangsung tidak menjadi kelam kabut. Namun sekiranya ianya dapat diuruskan dalam satu pakej secara tidak langsung memudahkan segala urusan majlis mengikut seperti yang kita impikan.

Ambassador Putrajaya Oleh Hanana Group menawarkan pelbagai pakej menarik termasuklah tempat acara (dewan) untuk majlis-majlis istimewa seperti majlis perkahwinan, majlis pertunangan, sambutan hari jadi, jamuan pejabat (hi-tea) dan sebagainya.



Terletaknya di Presint 15 Putrajaya, lokasi yang begitu strategik terutama bagi mereka yang tinggal di kawasan berdekatan untuk mengadakan majlis bersejarah mereka. Selain daripada kemudahan akses melalui lebuhraya, untuk pengetahuan semua kawasan Presint 15 Putrajaya sangat cantik dan bersih.

Antara didalam pakej perkahwinan dari Hanana Group seperti:-
  • Dewan Besar (termasuk dekorasi) - untuk satu-satu masa boleh memuatkan sehingga 350 orang.
  • Persalinan/Busana Pengantin
  • Mekap disediakan
  • Keperluan dewan (teknikal : sistem bunyi, mic, MC dan sebagainya)
  • Jurugambar (vendor)
  • Katering
  • Sudut Teh (kuih-muih)
  • Meja makan utama untuk 10 orang
Untuk pemilihan pelamin adalah bergantung kepada pakej yang diambil. Namun pelamin yang sedia ada diberikan oleh Hanana Group bagi saya sudah cukup menarik dan cantik. Terutama dengan sentuhan warna-warna lembut dan rekabentuk yang cukup minimalis menjadikannya ianya kelihatan kekal 'evergreen' di mata saya. Antara contoh gaya pelamin adalah seperti dibawah:-




Cantik bukan? Saya sendiri teruja melihat pelamin yang cukup indah yang ditawarkan disini.

Bagi hidangan yang disediakan oleh Hanana Catering ianya bergantung kepada pakej yang ditawarkan, namun sekiranya pihak pengantin sendiri inginkan lauk-pauk tambahan ataupun jenis masakan tertentu bolehlah membuat usulan kepada pihak katering. Ini kerana bagi Hanana Group kepuasan pelanggan sentiasa menjadi keutamaan.

Untuk pengetahuan semua, pejabat urusan Hanana Group terletak di tingkat 3:-

NO 92C, 
Jalan Perak, 
Persiaran Diplomatik,
Presint 15, 
62050 Putrajaya.

Di sini kita boleh melihat sendiri koleksi pakaian persalinan/ busana pengantin yang katanya terdapat lebih dari 100 pasang. Pelbagai jenis rekaan pakaian, tema, material ditawarkan. Ianya bergantung kepada kehendak dan citarasa pengantin itu sendiri. Daripada rekaan tradisional, 'fairytale', garden, moden dan banyak lagi.

Daripada veil, dokoh (perhiasan) sampailah kasut ada disediakan.

Turut disediakan disini servis 'alter' pakaian pengantin dan juga jahitan pakaian pengantin yang baru. Pendek kata semuanya mudah kerana ianya terletak dibawah satu bumbung.

Pelanggan boleh datang dan berbincang serta boleh membuat pemilihan jenis busana yang mereka inginkan mengikut konsep seperti yang diidamkan. Memang sangat selesa kerana ketika waktu berbincang kita boleh membuat pemilihan dan keputusan dengan melihat contoh-contoh pakaian yang terdapat di situ.

Antara busana pengantin yang sempat digayakan oleh rakan blogger saya seperti:-
Seperti Cinderella yang kehilangan kasutnya,
Bella Jamal tampil begitu manis dan istimewa,
Warna lembut kombinasi putih merah jambu senada,
Menjadikannya ianya seperti puteri sehari yang didamba.

Kain songket sentiasa menjadi pilihan hati,
Diberi sentuhan moden untuk tampil lebih trendy!



Siapa sangka dari kain ala batik jawa,
Menjadi gaun yang begitu cantik memikat jiwa,
Digayakan oleh Atie yang manisnya orangnya,
Persalinan istimewa menjadikan penampilan luarbiasa.

Raja sehari menunggu kekasih hati,
Dengan persalinan gabungan moden dan tradisi,
Kurung peplum mewah dengan taburan labuci,
Nampak begitu esklusif dan punyai identiti tersendiri.

Tenunan songket tak pernah dilupakan,
Fabrik tradisi yang sentiasa menjadi kegemaran,
Bersama rekaan menarik menyerlah kecantikan,
Raja sehari pasti mencuri perhatian.

Close up kain tenunan yang juga ada labuci yang menaikkan lagi seri di pakaian.


Mereka yang sukakan warna kehijauan,
Pasti tertarik dengan busana pengantin yang dipertonjolkan,
Apatah lagi ianya dipakai bersama songket dibahagian dalaman,
Inilah pilihan bagi mereka yang sukakan kelainan.

Saya cukup sukakan warna ungu kemerahan ini,
Warna terang tampil berani
Apatah lagi lengkap dengan veil dan dokoh menaikkan seri.

Untuk busana lelaki tidak kurang hebatnya,
Dari tanjak, keris dan persalinan yang cukup bergaya,
Sedondon dengan pengantin perempuan pastinya,
Pelbagai jenis koleksi persalinan pengantin boleh dicuba.

Terdapat juga pakaian lengkap songket buat si jejaka,
Bergaya gah al-maklumlah hari bahagia dialah raja!

Dengan harga didalam pakej yang berbaloi sesuai dengan ekonomi hari ini,
Hanana Group mampu menawarkan pakej perkahwinan yang pasti memuaskan hati.



 Sempena dengan promosi pembukaan Hanana Group di Putrajaya, untuk setiap pakej diberikan diskaun sebanyak RM10,000. Tawaran ini adalah terbuka sehingga kuota telah dipenuhi.

So korang kalau ada yang sedang mencari pakej-pakej perkahwinan yang berbaloi bolehlah menghubungi Hanana Group. Banyak penjimatan di situ :-)


Gemalai kuntum melentuk di ranting, 
Tempua bicara irama syahdu.
Mempelai tersenyum duduk bersanding, 
Mertua gembira terima menantu.

Psst: Pengantin pompuan manooooo, hahahahahah

Untuk keterangan lanjut boleh buat carian di media sosial seperti:-

IG :

FB :


#dewanperkahwinanputrajaya
 #ambassadorputrajaya 
#majlisperkahwinan
 #khawin 
#dirgahayuputrajaya 
#hananagroup

Comments

Bella Jamal said…
Wah mantap lah Ayu. Cantuk2 busana kat sini. Teringin nak pakai baju yang lain kan. Senang pakej dia semua ada. Deko, makanan, hiasan semua puas hati saya tengok. Saya tunggu tepak sireh ni tak datang lagi. Hehe
Hilmaslife said…
wah...terigat 3 thn lps kahwin huhu...bukan sennag nak cari tempat mcm ni..package dia pun berpatutan..dulu kat shah alam xde mcm ni..yg ade pun kat restoren zam zam..mkanan arab..mmg sedap..package masuk semua mkn, minum, pelamin, baju, kompang, video, audio, kek....mmg sgt sesuai dgn ekonomi skrg ni
Eyqa Hasnan said…
Baju tenunan songket itu sangat menarik hati Eyqa. Selalu idam-idamkan dapat pakai baju songket untuk hari bahagia nanti
Mimi Azirah said…
Bukan pelamin saja cantik kak, baju baju pengantin jugak cantik dan menark perhatian.pakej disediakn pun sangat murah dan bebaloi.
I rasa I tahu tempat ni. Luar dia macam rekabentuk Inggeris. Terletak kat corner lot. Kat sini bagi I satu je parking sebab berdekatan dengan sini ada 99 Speedmart so agak busy jugak. Sementara kedai2 sekitarnya tak bukak lagi, parking masih ok. Tapi tempatnya memang nampak lawa I tengok. Dekat ajer dengan rumah I ni...
Salina Johari said…
tertarik la dengan busana muslimah yang ada , banyak pilihan pulak tu ..nanti Sal nak share dengan kengkawan yang single .. untung kengkawan blogger yang dapat merasa pakai ye ...
Tak susah nak cari package perkahwinan sekarang ni. Tapi package perkahwinan dari hanana group ni menarik sangat. Decorasi menarik. Baju pon semua cantik-cantik. Ex colleague saya dulu ni ☺
Cindyrina Rina said…
Bagus ambik pakej dari company yang macam ni. At least dah tau reputable and boleh di percayai. Ni dari ambik ntah mana mana nanti hari kahwin semua tak seperti yang di war war kan. Whoa!!! semua korang lawa lawa jadi pengantin baru.
Betty Liew said…
Wow, I impressed with all the facilities. Everything that you need for wedding is there. Will share with my friends.
Zharif Azis said…
Bestlah event2 mcm nie. Dapat cuba koleksi2 baju pengantin. Cantik2 pulak tu koleksi-koleksinya. Entah bila lah sy dpt merasa mengenakan busana pengantin dan duduk di atas pelamin nie. Hhaha
Amanda Suria said…
Puas scroll cari gambar Ayu pakai baju perantin..takdo..ke tak tepek gambo ni..hahaha...papaun pakej yang disediakan memang menarik..diskaun RM10K, okey nak bagi tau cik abg la..
Cik Rose said…
Cantik... lengkap pakej yang disediakan. Bakal pengantin ambil pakej macam ni lebih teratur, tak oayah runsing dah kan. Berkenan sungguh dengan songket baju mama jue tu.. lawa!
Eh tetiba teringat kenangan 6 tahun lepas.. tapi kita tak pakai songket...
Kin Naz said…
Cantik... Serba serbi lengkap. Memang meletop la siapa yang amik pakej ni. Busana dia pun meletop ha. Kalaulah pakej ni ada di area Ipoh boleh gak suggest dekat adik.
JMR said…
one stop cener ni..sekali dgn catering ada. busana songket pon cun cun tu..harga boleh tahan kan..nasib baik dah kahwin..hehe
Syafiera Yamin said…
wow sangat lengkap dari A-Z, baju pun semuanya cantik cantik dan suka dress yang kembang kembang cenggitu nampaknya boleh pergi cuba lagi sekali naik sanding lol pantun tu WOW
Lia Hasty said…
Cantiknya busana kat sini. Pelbagai pilihan jenis dan warna lah. Yang paling best siap ada pakej yang include semua. Terbaik lah Ambassador Putrajaya!

www.liahasty.com
dr-Life said…
omg.. i feel like wearing it too. i do have a dream to wear different races wedding gown and of course as Malaysian we must try it right... all the gowns so beautiful!!!!!

Racheal
Hanny Abdullah said…
Pengantin skrg sangT beruntung, tak payah pening-pening kepala pikirkan persiapan nak buat itu ini...semua persiapan boleh disediakan janji bayar je kan. Sis pun berkenan betoi dengan baju-baju kat Ambassador Putrajaya ni...serius cantik

Popular Posts