Cabaran Pastri dan Kulinari 2018 | Kategori Bakeri (Kek)

Berkesempatan menghadiri ke acara akhir Cabaran Pastri dan Kulinari 2018 anjuran Anchor Food Profesional di KDU Glenmarie Shah Alam pastinya tidak akan saya lepaskan. Untuk pengetahuan semua terdapat 3 kategori pertandingan yang ditawarkan iaitu :-

  • Pastri Terbaik - Kategori Bakeri (13 Mac)
  • Kek Terbaik -  Kategori Bakeri (14 Mac)
  • Kek Terbaik - Kategori Hotel (15 Mac)
  • Kulinari Terbaik - Kategori Hotel (16 Mac)



Cabaran ini bermula dari 13 hingga 16 Mac 2018 ini telah diadili oleh chef-chef hebat antaranya seperti:-

Kategori Pastri
Chef Jean Francois Arnaud (Ketua Juri) 
Chef Nazeri Ismail
Chef Arthur Heng 

Kategori Kulinari 
Chef Gerhard Albrecht (Ketua Juri) 
Chef Fami Taufeq 
Chef Sabri Hassan.


Dan saya telah hadir menyaksikan pertandingan membuat kek yang telah dianjurkan pada 14 Mac 2018 di bawah Kategori Bakeri. Seramai 8 peserta telah menyahut cabaran dan tema kali ini adalah mangga dan strawberi. Paling penting setiap peserta pertandingan perlu menggunakan produk terkemuka Anchor seperti Anchor Cream Cheese, Sheet Butter Anchor, Anchor Butter, Anchor UHT Milk, Anchor Whipping Cream, dan Anchor Extra Yield Cooking Cream.

Untuk Kategori Kek (Bakeri) setiap peserta pertandingan harus menyediakan 2 jenis kek  iaitu:

1 jenis kek penuh (Tema: Mangga) 800gm - 1000gm berat setiap kek.
1 jenis kek individu (Tema: Strawberi) 80gm - 100gm berat setiap kek

Di mana setiap kek yang ibuat haruslah mempunyai sekurang-kurangnya sejumlah 30% Anchor Wipping Cream dan Anchor Cream Cheese dari keseluruhan berat kek yang dihasilkan.
Antara kek-keka yang berjaya dihasilkan oleh peserta pertandingan. Semuanya kelihatan enak, menarik dan cantik.















Oh ya! Antara hadiah yang ditawarkan untuk setiap kategori adalah seperti berikut:-

Hadiah Pertama : RM5,000, pingat dan sijil,
Hadiah Kedua : RM3,000, pingat dan sijil 
Hadiah Ketiga : RM2,000, pingat dan sijil.

Bukan mudah untuk mengadili, ini kerana semua peserta dapat memberi persembahan yang terbaik. Setelah 5 jam dan lebih masa yang telah digunakan untuk menghasilkan kek yang terbaik, akhirnya 3 peserta terbaik telah dipilih dan seterusnya diumumkan sebagai pemenang.

Pemenang bagi kategori Bakeri (Kek):
Hadiah Pertama - Yong Yi Yunn.
Hadiah Kedua - Loh Qi Yuan.
Hadiah Ketiga - Yeoh Kean Loon.

Hadiah Pertama - Yong Yi Yunn.

Menurut Yong Yi Yunn, beliau sentiasa mendapat galakan untuk menyertai pertandingan daripada chef yang mengajarnya didalam bidang ini. Peserta ini datangnya dari Brunei dan telah mendapat pendidikan bidang kulinari dari kolej di Singapura. Yong Yi Yunn juga berkongsi beliau telah mendapat begitu banyak pengalaman berharga menerusi pertandingan ini terutama dari segi penyediaan bahan, penyejukan dan pelbagai tip serta teknik yang diberikan oleh juri-juri yang mengadili. 

Manakala peserta dari Johor ini Loh Qi Yuan ini mula melibatkan diri dalam bidang masakan barat pada awalnya. Beliau telah mendapat pengalaman dalam bidang pastri dan kek dari Bakeri Moonlight di mana tempat beliau bekerja. Pada awalnya, beliau tidak berasa yakin dalam bidang bakeri  ini boleh membawa beliau untuk berada lebih jauh. Namun berkat sokongan dari Bakeri Moonlight yang mahukan beliau untuk menerokai bidang ini akhirnya membawa Loh Qi Yuan ke pertandingan ini dan seterusnya dinobatkan menjadi naib juara!

Yeoh Kean Loon dari Penang baru berusia 20 tahun. Bekerja seawal 18 tahun dalam bidang bakeri mendedahkan beliau tentang dunia pastri dan kek yang begitu luas. Menurut beliau, bidang ini agak unik ini kerana untuk menghasilkan kek dan pastri yang enak perlu kombinasi pelbagai bahan. Selain itu beliau juga berpandangan bidang ini menjadikan beliau lebih kreatif dan krisitis dengan mengambil kira beberapa teknik dan masakan dari negara luar seperti Asia - Jepun, Barat dan lain-lain negara lagi. Bagi Yeoh Kean Loon, baginya paling penting bagaimana menjadikan sesuatu rasa yang dihasilkan itu lebih 'sedap'  adalah kunci segalanya

Tahniah! Untuk semua peserta cabaran. Masing-masing hebat dan berbakat. Paling penting setiap usaha yang dilakukan dengan penuh bersemangat dan sentiasa membuat yang terbaik.

Keterangan lanjut mengenai produk dan jenama Anchor Food Professionals boleh layari di www.anchorfoodprofessionals.com :-)

Comments

Khir Khalid said…
Tengok acara mcm ni jadi terasa seronok jadi chef pulak hehee. Tahniah kepada semua pemenang dan semua peserta pertandingan ini :)
Lady SHAH said…
Seronok pulak..hehe... dulu zaman study berangan ambik kos kulinari.. but then family bg involve dalam dunia programming..so kakak redha.. alhamdulillah , pilihan kdua ibu bapa tu tak salah.. hehe
Shesyira As said…
Nampak sedap semua pastries yang dah siap tu.airah memang suka sangat tengok cooking competition
Cara diaorang manage masa tu best je higi
Cik Rose said…
Cantik-cantik kek yang dihasilkan.. memang kreatif peserta-pesertanya. Tahniah buat semua. Rose ada minat juga tau, tapi macam tak berbakat dalam bidang masakan. hihi
Amanda Suria said…
Wow...tengok la design kek yang diorang buat..memang hebat la..tahniah buat semua pemenang, kena focus untuk berjaya kan..SA bab baked memang takde bakat la..failed..hahaha
Bella Jamal said…
Memang berbakatlah peserta ni semua. Bukan senang nak hasilkan menu yg sedap dan menawan mata memandang. Suka sangat kalau dapat menonton acara sebegini. Ala nak tengok hasil karya ketiga2 pemenang. Btw, tahniah buat peserta dan pemenang.
Hasif Hamsyari said…
Alaaa... semuanya bukan setakat nampak sedap, bahkan cantik-cantik! Rasa sayang sangat nak makan. Haha. Apapun, teringin sebenarnya nak tengok pertandingan macam ni secara langsung. Mesti macam intense gila tengok chef-chef ni ke hulu ke hilir mengejar masa!
Aliff Zainal said…
Lihat presentation makanan sendiri tahu yang bahagian kulinari especially 'baking' ni memerlukan penelitian yang sangat terperinci. Kita yang makan ni tahu sedap je, orang yang memasak di dapur tu bertungkus lumus dan sangat teliti dalam menghasilkan sesuatu meal. Tahniah buat pemenang, lumayan juga hadiahnya tu.
Del Asyraf said…
baca blog sis buat saya lapar,,,best pula tengok gambar-gambar makanan. #done follow blog sis
Sally Samsaiman said…
Sally pun dapat Cake session, tapi aliran hotel la...chef dorang semua super talented sebab daripada wakil hotel-hotel yg berlainan!

semuanyaaa base yang sama ke kak? Mangga jugak eh?

Ya Allah..sukanya tgk semua kek-kek ni!
Lia Hasty said…
Sedapnya tengok kek-kek berwarna warno dengan deko yang menarik. Tahniah kepada pemenang. Semoga dapat menghasilkan kek yang lebih menarik.
Cik Tie said…
Wahhh design kek sorang-sorang bukan main lagi menarik. Memang kreatif lagi diorang ni kalau ciktie aihhh tahun jadi apa lagi hehe
Hanny Abdullah said…
Geram betul tengok bakat diaorg ni...kalaulah sis buat hancus..hehehe. Mesti pening kepala juri nak pilih yg terbaik dari yang terbaik rasanya..sb tengok masing2 hebat sangat. Tahniah buat pemenang
dr-Life said…
I really love to watch this kind of challenge and so much to see on their creation that truly beautiful and creative. - Rach
Cindyrina Rina said…
I really suka tengok kek cantik cantik camni.Pandainye they all baking. Bagus gak join event camni. Boleh tengok live.
Dik bee said…
eee... sedapnya nampak kek yang diorang buat tu. Camne la agaknya juri pilih pemenang. Kalau saya, confirm bagi semua menang. haha. Apapun tahniah kepada semua pemenang. memang berbakat semua peserta..
Betty Liew said…
Congratulation to the winner. Their creation is so creative and they are patience in their interest. The pastry an cake looks so nice. Keep it up .
Eyqa Hasnan said…
Makk aiii! Sedapnya! Terliur tengok oii. Tahniah kepada semua pemenang :D
Kemain eh budak-budak zaman sekarang memasak. Presentation pun macam pro.
Bro Framestone said…
Dasyat2 mereka semua nie... Sekarang nie, kerjaya seperti mereka sentiasa mendapat tempat dipasaran... Kalau lebih pakar, silap hari bulan ada rancangan TV sendiri
Sunshine Kelly said…
Sedap giller and so creative. I was there on the first day for the pastries challenge, omg all the desserts look so tempting.

Popular Posts