Harold's Bread | Bakeri Yang Menawarkan Resepi Pastri Dan Roti Daripada Barat Dengan Sentuhan Citarasa Asia

Harold's Bread,  Bakeri Yang Menawarkan Resepi Pastri Dan Roti Daripada Barat Dengan Sentuhan Citarasa Asia | Peminat pastri, roti dan kek pastinya tidak sabar-sabar untuk mencuba sendiri kesedapan hasil hidangan dari bakeri  yang cukup popular ini.

Untuk pengetahuan semua, Harold's Bakeri telah membuka outlet yang ke 23 di Lembah Klang, dan telah mengadakan majlis pelancaran secara besar-besaran di Harold's Bread Mydin USJ Subang Jaya pada 23 Febuari 2018.

Penghasilan kek cantik ini adalah antara simbolik bersempena dengan pembukaan outlet Harold's Bread yang ke -23 di Lembah Klang. Kek telah dihasilkan oleh Chef Wing dan Chef Hwei Min dari Akademi Harold. Kedua-dua chef ini telah memenangi tempat kedua dalam acara Mondial Des Arts Sucres (International Confectionery Art Competition 2018 ) yang telah berlangsung di Paris baru-baru ini. Saya sempat merasai kek ini, memang sedap giler!

Sebanyak 12 outlet Harold's Bread telah dibuka di cawangan Mydin yang mana paling terkini adalah di Mydin USJ. Dan dijangkakan 10 atau lebih outlet akan dibuka pada tahun ini. Pada bulan Mei tahun ini juga Harold's Bread akan dibuka di Kuantan.

Keunikkan Bakeri dari negara Eropah ini ianya menawarkan pelbagai jenis hidangan pastri, roti dan kek  antara yang cukup terkenal seperti "French Patisserie" serta roti sandwich, "Japanese Soft Bun" Swiss Roll dan banyak lagi. Bertambah sempurna apabila kita menikmatinya bersama 'Italian Gourmet Coffee' mahupun bersama produk kopi tempatan seperti "Malaysian White Coffee'.


Dikatakan Horald's Bread ini cukup istimewa dan berbeza jika kita bandingkan dengan outlet bakeri lain yang sedia ada. Ini kerana ianya adalah bermula dari kegigihan Harold (pengasas) seorang "baker master" dari Eropah yang mengelilingi hampir setiap pelusuk dunia untuk mencari ilmu serta berkongsi tentang bagaimana menghasilkan roti terbaik. Menurut Harold ianya perlu dimulakan dengan pemilihan bahan berkualiti yang terbaik sehinggalah ke peringkat akhir menghasilkan roti yang menarik. Beliau juga menegaskan setiap hasil hidangan perlulah dihasilkan dengan  penuh keikhlasan (sincere baking).

Paling penting, setiap pastri, roti dan bakeri yang di hasilkan di Harold's Bakery adalah menggunakan bahan-bahan semulajadi yang HALAL dan terbaik. Ianya juga dibakar (segar) setiap hari. Setiap chef di Harold's Bread juga telah dilatih dan diberi tunjuk ajar dari chef pastri terbaik (dari Jepun dan France) di Akademi Harold.

Antara roti yang terdapat di Harold's Bread seperti:-


Sushi Roll ini antara roti yang unik disini. Dengan kepingan seaweed di luar, serunding diluar dan didalamnya tercapat roti yang bergulung bersama dengan mayonis. Terdapat 2 jenis samada yang pedas ataupun yang original.

Antara kek dan manisan yang dijual di Harold's Bread seperti:-







Bila saya lihat pada harga kek-kek yang ditawarkan disini memang agak berbaloi. Paling best kebanyakan jenis dan rekaan kek yang ditawarkan adalah mengikut citrasa 'trend' terkini.

Untuk pastri pula ada pelbagai promosi harga yang sangat berpatutan. Contohnya 3 jenis pastri boleh dipilih dengan harga ditawarkan RM5 sahaja. Agak murahkan?



Oh ya! Antara signature hidangan yang cukup pipular di Harold's Bread adalah seperti Portuguese Toast, Jungle Sausage, Dark Chocolate Cake, Chocolate Mousse Cake, Creme Brulee Cheese Tart dan Harold Signature Coffee.

Kegemaran saya tentunya Creme Brulee Cheese Tart. Ini kerana bukan sahaja rasa kulit tart yang begitu ranggup bahagian luar, inti keju yang enak dan banyak, serta paling penting keranggupan bersama kemanisan gula yang dikaramelkan di bahagian atas. Rasanya begitu superb!!

Penyediaan untuk setiap tart ini dilakukan dengan begitu teliti.

Lihat sahaja hasil rupa Creme Brulee Cheese Tart yang begitu konsisten dan cantik.

Secantik rupa begitu berpadanan dengan rasa yang diberikan. Sedap!

Antara promosi yang ditawarkan di Harold's Bread.
Diskaun sebanyak 20% untuk kek ataupun manisan dari jam 3 petang - 6 petang (minum petang). Manakala harga pengenalan untuk Sushi Roll Bun (original/pedas) pada harga RM3.80 sahaja.

Bersempena dengan pembukaan ini juga dapatkan 30% diskaun untuk secawan kopi signature dari Harold's dan juga boleh menikmatinya bersama muffin yang berharga RM1.

Jika berminat dengan air dalam tin ataupun mineral, anda juga boleh dapatkan di sini juga ya :-)

Terdapat juga ruang makan yang kita boleh menikmati hidangan berserta minuman dari Harold's Bread.

Keterangan lanjut boleh layari:-


Comments

Hans said…
perghhhhhhhhhhhhhhhhh
seronoknya
dah den nih peminat roti2 macam nih
Hans..kena cuba sebab semuanya sedap2 belaka :)
Hans said…
itulah
nampak pun sedap2 semua
Mimi Azirah said…
Saya memang suka pergi harold's bread nih lebih lebih kalau teringin nak makan blueberry cheese tart,tiramisu dan yang paling favourite sgt bila dtg sini saya mesti order tuna delight.harga memang aggordable dengan kualiti dan rasanya yang sedap. Roti kat sini pun best best
kalau pegi harolds mesti beli Creme Brulee. sedap gila kot. pastry lain belum pernah beli
danan wahyu said…
sangat luar biasa roti dan bekery dioalh oleh chef profesional
Sunshine Kelly said…
Omg... the Sushi Roll Bun only RM3.80 for now! I nak pergi try la... al their pastries, cakes and breads looks so so tempting. Hopefully they can have more outlet.
dr-Life said…
I have never been to Mydin and I think I have a very strong treason to go there just to get this sushi roll bun. Lol.. all the cakes and buns really looks delicious and the price is so cheap. Can't wait to try this.

Racheal

Popular Posts