Ibu Nakhoda Hidup 2018

Program Keusahawanan Ibu Nakhoda Hidup adalah usahasama Mydin Mohamed Holdings Sdn Bhd (MYDIN), Procter &Gamble (P&G) Malaysia dan Pertubuhan Pembangunan Kendiri Wanita dan Gadis (WOMEN:girls). Ini merupakan tahun keempat kempen ini diadakan bagi memberikan sokongan dan dorongan kepada ibu-ibu usahawan di seluruh Malaysia.

Ini juga merupakan program lanjutan daripada Tabungan Hulurkan Harapan P&G dan Mydin sejak tahun 2015 lagi. Ianya bermatlamat untuk mengajak lebih ramai lagi penglibatan organisasi, institusi perniagaan serta universiti bagi menyediakan mentor kepada wanita-wanita yang terlibat didalam program ini. Selain itu diharapkan melalui program ini lebih banyak lagi perkongsian ilmu didalam merangka perkembangan perniagaan terutama didalam siri penjelajahan ke 10 tapak MYDIN di seluruh negara yang bermulapada 16 Mac 2018 sehingga 20 Mei 2018.

Di majlis pelancaran juga telah diadakan pameran perjalanan Ibu Nakhoda Hidup dengan menampilkan kembali ke semua alumni Ibu Nakhoda Hidup sepanjang 3 tahun di dataran MYDIN USJ Subang Jaya.   

 Antara yang hadir di pelancaran program Ibu Nakhoda Hidup adalah seperti Datuk Yatiman Sarjiman (Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita dari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin (Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad), Datin Wira Dr. Hajah Siti Hawa Mohd (Pengarah Mydin Mohamed Holdings Berhad), Cik Jennis Tan (P&G Malaysia Modern Retail Leader) dan Puan Low Ngai Yuen (Presiden dan Pengasas Pertubuhan WOMEN:girls).

Untuk rekod sebanyak 163 penyertaan Ibu Nakhoda Hidup dari seluruh negara dan seramai 5 pemenang telah dipilih oleh pihak MYDIN, P&G dan WOMEN:girls iaitu Nur Syuhada Amran dan Jasmine Aliya Ho, Anita Othman, Azizah Ahmad, Haimisah Mahli dan Saptuyah Abang. Untuk mereka yang ingin menyertai pencarian Ibu Nakhoda Hidup 2018 bolehlah dapatkan borang penyertaan di siri jelajah di Mydin yang terpilih.

Dan kalau korang nak sertai boleh muatnaik gambar mingguan di instagram pasukan WOMEN:girls yang berada di MYDIN ketika Jelajah Nakhoda Hidup dan tag 3 usahawan yang anda kenal didalam kapsyen gambar. Tiga pemenang bertuah akan menerima voucher Mydin RM50 setiap minggu. Dan Hadiah Utama adalah RM1500 MYDIN voucher.

Keterangan lanjut boleh layari www.mydin.com.my dan instagram @mydinmalaysia

Comments

Popular Posts