KRONOS FLATNOMORE Tyre Sealant & Inflator | Produk Yang Dapat Membantu Saya Di Saat Kereta Tiba-Tiba Pancit


Sebagai pemandu wanita yang membawa kereta hampir setiap hari, saya sentiasa mengambil berat faktor-faktor keselamatan dan langkah berjaga-jaga terutama berkaitan dengan kenderaan. Bagi saya sendiri antara perkara  yang paling ditakuti ketika membawa kenderaan adalah apabila tiba-tiba tayar pancit. Ini terutama apabila berlakunya insiden tayar pancit di kawasan yang agak jauh dari bandar/pekan yang mempunyai bengkel kereta.

Namun kerisauan saya hilang setelah diperkenalkan dengan KRONOS FLATNOMORE Tyre Sealant & Inflator. Produk inovasi ini diedarkan oleh DKS INTERNATIONAL SDN BHD untuk pasaran di Malaysia. KRONOS FLATNOMORE ini mempunyai isi kandungan sebanyak 650ml dan untuk pengetahuan semua, produk ini adalah antara botol yang terbesar saiz kandungannya yang terdapat di pasaran. Harga pengenalan yang ditawarkan adalah RM49.99 sahaja.

Selain daripada kegunaannya untuk membantu menampal tayar dan memasukkan angin bagi tempoh sementara, saiznya yang kompak juga sangat praktikal untuk disimpan didalam bonet kereta bersama perkakasan kecemasan yang lain.

9 Fakta Menarik Tentang *KRONOS FLATNOMORE Tyre Sealant & Inflator* adalah seperti berikut:-

✅ *TIDAK perlu tukar tayar*

✅ *Senang untuk digunakan*

✅ *Tampalkan lubang tayar dalam 90 saat*⏱

✅ *Tidak memerlukan sebarang peralatan*

✅ *Tidak merosakkan tayar dan rim kereta*

✅ *Formula yang mesra alam dan tidak mudah terbakar*

✅ *Dibuat daripada 100% polimer organik*

✅ *Jangka hayat selama 3 tahun dari tarikh pengilangan*

✅ *Waranti 2 tahun*

  
KRONOS FLATNOMORE Tyre Sealant & Inflator ini mampu menampal sehingga bersaiz 6mm lubang yang menyebabkan kebocoran tayar. Perlu diingatkan ianya adalah penampalan tayar bersifat sementara.

Penggunaannya cukup mudah, hanya sambungkan salur plastik yang didatangkan khas bersama dengan produk KRONOS FLATNOMORE Tyre Sealant & Inflator. Masukkan angin didalamnya. Tidak perlu khuatir tentang cecair latex ini kerana ianya boleh tahan didalam tayar untuk tempoh beberapa hari dan paling penting ianya mudah dibersihkan.

Disebabkan ianya bersifat sementara, jadi pengguna haruslah segera ke bengkel untuk membuat penampalan sempurna dan kekal. Apa yang penting penggunaan KRONOS FLATNOMORE Tyre Sealant & Inflator sebagai tampalan sementara tidak akan merosakkan tayar kenderaan kita.

Dan perlu diingatkan ketika membawa kenderaan (selepas penampalan dilakukan) adalah tidak dibenarkan memandu melebihi 130kmj. Kita akan rasa sedikit getaran . Ini adalah disebabkan oleh cecair yang ada didalam tayar. Produk ini mempunyai waranti selama 2 tahun iaitu bermula dari Januari 2018. Dan untuk tarikh luput ianya adalah 3 tahun dari tarikh ianya dikeluarkan. 

Untuk lebih jelas cara penggunannya bolehlah menonton video ini. Memang sangat mudah, membantu dengan hebat dan pantas.


Untuk pertanyaan mengenai produk atau pembelian boleh layari:-

E-mel :

WhatsApp :

Facebook :

Instagram :

Phone: 
+601126073633 

*Jangan lupa untuk "LIKE" dan follow social media KRONOS FLATNOMORE Tyre Sealant & Inflator yerp!!!

Istimewa pada bulan March, setiap pembeli layak untuk menyertai cabutan bertuah dengan hadiah yang ditawarkan adalah  LATTISSIMA TOUCH NEPRESSO COFFEE MAKER yang berharga RM1699. 

Bestkan! Membeli untuk kegunaan kecemasan dapat hadiah menarik jika bertuah memang memberi kepuasan :-)

Comments

marsha said…
Perlu ada satu dalam kereta untuk saat saat kecemasan. Menarik dan ini pertama skali Marsha dengar ada produk yang best mcm ni.
Miza Talib said…
Kena standby 1 dalam bonet
Amanda Suria said…
SA kalau bab kereta nyer product ni memang buta skit..memang tak reti sebab selalu serahkan kat Abah ataupun en tunang..biasa la orang perempuan tau bawak je kita bab maintenance tak pandai..tapi bila tgok product ni terus rasa ada kesedaran sikit bab jaga maintenance kereta..
adianiez AIDA said…
wow mcm bagus.
harga pun ok. boleh letak dlm kereta.
nanti nak share dgn asben.
aida ni tak reti sgt bab kereta.
tapi faham la kegunaan ni.
membantu di saat memerlukan.
sediakan payung sebelum hujan.
irra yyan said…
Teringat kejadian lepas je majlis kahwin..dengan bonet penuh barang.. kalau nak tukar tayar mau berjam nak keluarkan hadiah2 kahwin kat bonet tu.. pelan2 gerak cari bengkel..kalau masa tu ada produk ni, mesti sangat membantu..dan kurangkan rasa cemas
Wawa Ashihara said…
Sangat bagus ada ni disaat emergency kes kan.. Atleast sementara tu dptlah bawak kereta pelan2 menuju ke bengkel berdekatan... Boleh lah nk suggestkan kat husband beli ni.. Sangat berguna utk sesiapa yg ada kenderaan ni..
Jane Chua said…
I saw the video that day and attract to its function. I think I should get 1 too just in case my tyre create any problems.
Cekgu Norazimah said…
satu kereta satu kronos flatnomore hokay ;)
Dunia Zumal said…
Tayar pancit memang jadi mimpi ngeri di jalan raya bila kita tak bersedia. Memang perlu produk Kronos Flatnomore ni...
Innanie Ariffin said…
hari tu nak balik Johor, tayar kita termasuk skru lepas tu panik kejap! kalau ada benda ni mcm bagus jugak kan. especially utk pompuan mcm kita ni ha!
Cik Rose said…
Nak kena beli ni, standby letak dalam kereta. Kita tak tahu kalau benda nak jadi kan.. takut jadi tengah malam, alahai, minta dijauhkan. Ros bukan pandai sangat bab-bab kereta ni.
Syafiera Yamin said…
oh baru tahu itulah guna benda ni, kadangkadang tak perasan ada paku atas jalan lepas tu melekat pula dia kan kat tayar kita heee..... nampak macma menarik sebab eco friendly kan produk ni..
Emas Putih said…
yaa betul-betul ! memang kalau perempuan tayar pancit dah panik semacam! Adoi kena ada benda ni . semua pakat simpan dalam kereta
Bella Jamal said…
Memang kena dapatkan satu ni dalam simpanan. Senang kalau ada apa terjadi. Kadang2 bila bawa kereta kalau rasa lain macm, terasa je macam tayar pancit. Kadang2 tak rasa terus bedal je bawak. Hehe. Fungsi mudah dan cepat dalam 90saat. Serius bagus dan kena beli benda ni. TQ share.
Maha Mahu said…
Bila tengok video tu cara mereka gunakan produk ni sangat senang jer dan sangat membantu tambah-tambah wanita yang tak daya nak tukar tayar bagus kena ada satu dalam kereta mereka...
Bro Framestone said…
Bagus produk ini...

Tapi based dari pengalaman... baru beberapa kali je rasa pengalaman tayar pancit... Selebihnya tayar pecah, koyak etc... sebab langar lubang...

Memang tak dapat nak diselamatkan tayar itu... then tokey kedai banyak happy sebab ramai orang tempat ini selalu datang workshop dia hahaha
Rawlins GLAM said…
Rawlins nak beli satu la untuksimpan dalam kereta. Just in case kan. Thanks Ayue share pasal produk yang sangat membantu nie.
Bagus tau produk macam ni. Back up semasa kesusahan. Kebiasaanya kalau tayar pancit dah takleh Pam dah. Terus tukar tayar spare. Penat nak mampos kak nak buka segala. Dah la kudrat perempuan ni tak sekuat lelaki kan. Nanti bleh cuba produk flat ni. Hehe
Absolute Yana said…
I guess this will really come in handy...but it can only 'rescue' one tyre right? if two tyres were to somehow get punctured does it still work?
Linda Yee said…
I have used this before and it really works. My dad was the one who recommended this to me. I will let my friends and family know too.
Siti Nurzafirah said…
Untungnya kalau jadi pengguna bertuah untuk bulan Mac ni .. :)

Popular Posts