Milky Way Play Space Di Paradigm Mall

Milky Way Play Space, taman permainan kanak-kanak (in-door) menawarkan pelbagai permainan menarik dan mampu menguji daya ketahanan serta keberanian kanak-kanak. Terdapat 7 jenis permainan yang ditawarkan iaitu:-

  • 12 Obstacles Course
  • Wall Climbing
  • The Amazing Slide
  • Trampoline
  • Bird Nest
  • 9D VR Coaster
  • 5D Space Traveller

Apa yang menarik semua permainan di sini sesuai untuk kanak-kanak 4 tahun dan ke atas. Dan saya sendiri telah membawa anak-anak untuk bermain di Milky Way Play Space di Paradigm Mall baru-baru ini. Pastinya taman permainan ini memberi kelainan dari jenis cabaran dan slides yang disediakan. Memang menyeronokkan!

Setiap kanak-kanak akan dipakaikan dengan alatan keselamatan seperti harness, sebagai langkah keselamatan sebelum mereka memulakan aktiviti di sini.

Helmet keselamatan juga disediakan tau untuk kanak-kanak. Jadi mereka perlu memakai pakaian lengkap sebelum memulakan aktiviti memanjat dan sebagainya.

12 Obstacles Course

Antara aktiviti yang anak-anak saya nantikan. Ini terutamanya Afiq dan Amani, mereka berdua memang sukakan cabaran dan aktiviti ekstrem. Walapun saya bukanlah jenis 'adventerous', namun sekiranya saya dapati tempat beraktiviti itu memang sesuai untuk anak memang saya akan menggalakkan mereka menyertainya. Tapi serious macam-macam halangan di sini yang perlu anak-anak ini tempuhi. Memang kena ada sifat berani, sabar dan positif dalam diri barulah mereka berjaya menghadapi segala halangan.




Wall Climbing


The Amazing Slide

Trampoline

Bird Nest

Memandangkan Yara masih kecil lagi, beliau hanya bermain permainan khas untuk anak-anak kecil di sini.

5D Space Traveller
Permainan ini boelh disertai sehingga 4 orang. Permainan ala-ala kita masuk dalam kapal angkasa dan perlu serang robot di angkasa. Memang best!

9D VR Coaster

Kegemaran anak-anak saya juga. Kita boleh pilih situasi apa yang ingi kita cuba. Contoh roller coaster, dunia zombie, rumah hantu, main ski dan banyak lagi. Ianya menggunakan teknologi 9D jadi anak-anak akan rasai suasana yang agak 'real' seolah berada didalam situasi yang sebenar mereka pilih.


Hehehe. Khusyuk memasing kan, hehe.

Ini adalah harga dan pakej yang ditawarkan di Mily Way Play Space di Paradigm Mall. So, korang boleh datang dengan anak-anak dan cuba sendiri segala slides dan aktiviti yang disediakan di sini.

Keterangan lanjut boleh layari:-

 :-)

Comments

Popular Posts