Program ‘AEON Bakery School’



AEON CO. (M) BHD. salah satu daripada peruncit terkemuka di Malaysia telah memperkenalkan program ‘AEON Bakery School’. Ini adalah salah satu inisiatif bagi mendidik dan melatih pelajar untuk menjadi pakar pembuat roti yang diiktiraf. Pelajar yang berjaya mengikuti program inisepenuhnya akan ditawarkan peluang pekerjaan oleh AEON di mana-mana outlet AEON seluruh Negara.

‘AEON Bakery School’ bertujuan untuk mempersiapkan generasi muda dari pelbagai latar belakang keluarga, yang mempunyai minat dan juga buat mereka yang ingin menambah kemahiran dalam bidang pembuatan roti. Ini adalah sejajar dengan prinsip asas AEON yang sentiasa memberi penekanan kepada Keamananan, Manusia dan Komuniti.

Pengarah Urusan AEON CO. (M) BHD., Shinobu Washizawa berkata :-

“This initiative to provide guaranteed employment in AEON is our endeavour to support a niche division of the food segment in the country. With breads and other baked goods fast becoming a staple in our diet, we want to equip the industry with qualified bakers who are able to meet this demand. We believe that this programme can provide individuals, especially those who have high passion in bakery or desire to develop new skills the necessary training and support to secure a future in the industry.”


Dengan pengiktirafan dan sokongan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran di bawah Kementerian Sumber Manusia, program ini akan dilaksanakan oleh tenaga pengajar profesional yang berkelayakan dengan pengalaman bekerja lebih dari 22 tahun di AEON – Merchandising Bakery dan Pusat Pemprosesan AEON. 

Bahagian ini bertanggungjawab untuk menyediakan latihan kepada pembuat roti yang baharu, mencipta resipi baharu serta menguruskan bahagian pengeluaran, penyediaan, pengendalian dan pengangkutan bahan-bahan mentah serta ramuan untuk outlet masing-masing.
Untuk memastikan program ini selaras dengan piawaian pendidikan Malaysia, format yang digunakan untuk ‘AEON Bakery School’ adalah sama dengan program pusat latihan kemahiran, di mana ia memberikan penekanan 20 peratus kepada teori membuat roti dan 80 peratus latihan industri. Untuk tempoh lapan bulan, pelajar-pelajar akan memulakan kelas teori selama dua setengah bulan di ‘AEON Bakery School’ yang terletak di AEON MALL Metro Prima sebelum mereka meneruskan latihan industri selama lima setengah bulan di salah satu daripada limammoutlet AEON yang terpilihmiaitu di Bandar Utama, Metro Prima, Mid Valley, Taman Maluri dan Wangsa Maju.

Buat masa ini, program ini menawarkan 2 kemasukan setiap tahun dengan 25 pelajar pada satu kemasukan. Pelajar-pelajar akan diberikan elaun bulanan sepanjang tempoh latihan, serta perlindungan insurans. Selain itu, pengangkutan dan penginapan juga turut disediakan sepanjang mereka mengikuti latihan ini. Apabila tamat latihan, pelajar-pelajar akan dianugerahkan dengan Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap 2) dari Jabatan Pembangunan Kemahiran, dan diserap sebagai pekerja tetap AEON sebagai pembuat roti di mana-mana kedai bakeri terpilih AEON.

Permohonan untuk program ‘AEON Bakery School’ ini dibuka kepada semua warganegara Malaysia dan pekerja AEON yang terpilih di antara umur 18 hingga 27 tahun. Pemohon mesti mempunyai sama ada kelayakan akademik Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pekerja AEON yang telah berkhidmat sepenuh masa di mana-mana jabatan selama lebih daripada enam bulan juga layak untuk memohon.

“Through this pilot project, we hope for AEON to lead the way in cultivating talents in the baking
industry and produce bakers with international standards. One day, we also hope for these talents
to go out and make us proud by winning accolades from renowned establishments after having
learnt the very basics from AEON Bakery School,” kata Washizawa.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Nidzam Kamarulzaman, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia dan Washizawa. Sejurus selepas acara tersebut beliau telah merasmikan logo ‘AEON Bakery School’.

Kumpulan pertama pelajar-pelajar ‘AEON Bakery School’ turut diserahkan surat tawaran dari AEON CO. (M) BHD. Mr Washizawa juga turut menerima Sijil Pentauliahan Pusat Latihan dan Syarikat dan Sijil Kursus Induksi bagi pihak ‘AEON Bakery School’ dari Nidzam Kamarulzaman.

Pihak media dan tetamu kehormat turut membuat lawatan ke "AEON Bakery School". Bagi saya memang menarik, terutama apabila kelas dilakukan dalam skala yang kecil.




 Pemohon yang berminat untuk mendaftar bagi program ini boleh mendapatkan borang pendaftaran dari kaunter Perkhidmatan Pelanggan di mana-mana cawangan AEON di seluruh negara, atau hubungi 012-771 3405 untuk mendapatkan maklumat lanjut..

Di sinilah roti yang enak-enak dan ada antaranya adalahh hasil dari pelajar-pelajar "AEON Bakery School". :-) :-)

Comments

Popular Posts