Restoran Mueang Kao Thai Cuisine Menawarkan Pelbagai Menu Thai Yang Hebat

Bagi peminat makanan Thai pastinya tidak akan menolak untuk merasai sendiri kehebatan hidangan yang disediakan oleh chef yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dari Restoran Mueang Kao Thai Cuisine. Restoran ini baru sahaja beroperasi iaitu sehari selepas Tahun Baru cina tahun ini - 2018. Lokasi restoran ini di  No. 21 Tingkat Bawah, Jalan SS 22/11, Damansara Jaya, 47400 Petaling Jaya. Ianya dibuka setiap hari bermula jam 11 pagi - 3 petang dan 5 petang - 11 malam.

Sebagai peminat makanan Thai, Anaqi adalah antara anak saya yang paling teruja untuk merasai sendiri hidangan dari Restoran Mueang Kao Thai Cuisine ini. Terdapat begitu banyak pilihan hidangan dan paling menarik semua jenis masakan adalah menggunakan bahan dan hidupan yang segar.

Antara hidangan yang sempat saya rasa di sini dan pastinya sangat syorkan untuk korang mencubanya sendiri adalah seperti:-

Miang Kham- Kudapan tradisi dari negara Gajah Putih ini memang pouplar di Asia. Rasanya yang pedas-pedas manis di makan bersama daun kaduk yang ranggup ternyata memang unik dan sering menjadi permintaan pelanggan di restoran yang menawarkan hidangan Thai.

BBQ Ikan Talapia - sangat sedap hokeh, makan dengan soso hijau tu, perghh!

Semua jenis masakan ikan talapia ditawarkan pada harga promosi iaitu RM29 sehingga bulan Mac 2018. Apa yang menarik tentang ikan talapia dari restoran ini ialah ianya daripada kolam yang dibela sendiri. Rasa daging sangat lembut, padat dan segar. Terdapat 14 jenis masakan ikan talapia yang ditawarkan di sini antaranya seperti masakan cara Thai 3 rasa,  masam-manis, Thai Styles Lemon Steamed, Steamed Soya Sauce, Pa Ban Suan, Cu Ci Pha, Steamed Green Curry, Steamed Red Curry, Steamed 'Tom Yam', Deep Fried Fish with mango salad, Deep Fried Fish with Garlic and Pepper dan banyak lagi.

Ikan Kerapu with Mango Salad

Selain daripada ikan talapian, terdapat juga ikan kerapu, ikan siakap dan 'cat fish' yang boleh kita cuba dan jenis masakan boleh kita pilih dari 14 jenis yang telah ditawarkan. Semuanya enak dan saya pasti setiap cara masakan adalah berbeza dan ada gayanya tersendiri.

Sotong Thai Styles Lemon Steamed

Saiz sotong agak besar dan sangat lembut pada setiap gigitan. Paling best, kuah rasa lemon yang di stim bersama sotong tersebut memang sedap. Rasa pedas-pedas masam, memang merecik! Saya boleh hirup kuah lemon ini tanpa rasa bersalah. 

Tom Yam Putih

Masakan tom yam dan hidangan autentik negara Thai memang tidak boleh dipisahkan. Apa yang menarik tom yam yang disediakan di Restoran Mueang Kao Thai Cuisine ni memang sedap - gabungan rasa pedas-pedas masam dan juga bahan-bahan segar seperti udang, sotong dan juga sayuran seperti cili api, tomato, cendawan dan daun ketumbar.

Seafood Otak-Otak

Hidangan ini merupakan pertama kali saya mencubanya. Sedap terdapat banyak hidupan laut segar didalamnya seperti isi ikan, udang, sotong dimasak ala-ala berkuah lemak pedas. Sekali rasa seperti rasa otak-otak cuma ianya berkuah.

Masakan Ayam Cu Ci Pha

Isi ayam dimasak kuah berlemak dan ada rasa telur asin. Percikan pedas menjadikan masakan ini cukup rasa.

'Pad Ped" Udang Bersama Petai

Isi utama hidangan ini adalah petai dan ianya dimasak bersama udang bersaiz sederhana. Tidak terlalu pedas dan rasanya cukup memikat terutama bila kita nikmatinya bersama nasii panas.

Thai Fish Cake

Saya makan tanpa nasi, seperti kudapan semata. Memang sedap sebabnya ianya adalah fish cake homemade yang dibuat sendiri oleh Chef Restoran Mueang Kao Thai Cuisine.

Thai Fried Kangkung Bersama Sos Istimewa

Ini antara feveret saya, sayur kangkung yang digoreng ranggup dimakan bersama sos istimewa resepi khas dari Mueang Kao Thai Cuisine. Biarpun setengah orang suka makan hidangan ini bersama nasi panas tetapi bagi saya sendiri ianya seperti  kudapan yang boleh menikmatinya begitu sahaja tanpa henti.

Untuk pemanis mulut, saya sangat rekomenkan 4 jenis hidangan ini. Memang sedap dan terbaik.

Sangkaya - ais krim kelapa

Paling popular kerana keistimewaannya ais krim ini adalah 'home made' dari restoran ini. Taburan biskut kelapa dan kacang ranggup menjadikan rasa ais krim ini begitu semourna. Dikatakan pada masa akan datang akan diperkenalkan ais krim durian dan nangka.

Coconut Tapioca

Ubi kayu yang direbus empuk, dinikmati dengan santan.

Red Ruby

Ini memang penyejuk tekak terutama ketika menikmatinya di waktu hari panas, Ada isi nangka, buah kabung dan pelbagai lagi.

Pulut Mangga

Dan ini tidak perlu diperkenalkan lagi, pencuci mulut yang cukup terkenal dari negara Thai iaitu Pulut Mangga. Dengan rasa buah mangga yang tebal isinya dan paling penting manis dimakan bersama dengan santan dan juga pulut.

Yara dan sangkaya berpisah tiada. Makan semangkuk pun tak cukup tau, hehe.

Saya juga sangat sukakan konsep dekorasi kedai ini yang sangat simple dan klasik. Seperti memasuki kedai lama yang dipenuhi dengan perkakasan antik yang tidak lapuk dek zaman. 

Terdapat juga pilihan meja makan untuk duduk bersila (gaya Jepun). Ini tentunya menjadi pilihan terutama bagi mereka yang datang bersama anak kecil. 

Boleh gunakan waze ataupun google maps untuk ke Restoran Mueang Kao Thai Cuisine yang terletak di Damansara Jaya Petaling Jaya Selangor. Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan awal boleh hubungi talian 014 273 1512 , hokeh.

Comments

MrsEnoxis said…
Lama x pekena makan dekat kedai thai. Kangkung Goreng tu nmpk sedap. Portion pun boleh tahan banyak jugak. Menarik kedai ni. Leh cuba nanti.

Popular Posts