Buffet Ramadhan Yang Ohsem dan Murah di Restoran On The Table TTDI


Restoran "On The Table" baru sahaja memulakan operasinya di TTDI Kuala Lumpur pada 14 Febuari 2018. Jika sebelum ini, restoran ini hanya lebih memfokuskan kepada perniagaan katering, namun kini ianya telah dibuka  dari hari Isnin sehingga Jumaat kepada pelanggan-pelanggannya untuk menikmati hidangan gaya buffet dan juga hidangan panas.

Istimewanya tentang Restoran On The Table TTDI ini juga menawarkan ruang untuk acara atau keraian tertentu dengan harga yang cukup berpatutan dan bergantung kepada bajet pelanggan itu sendiri. Pakej juga adalah termasuk dengan pilihan menu yang diinginkan. Untuk ruang di restoran ini boleh memuatkan sehingga 41 orang. Dan biasanya tempoh majlis yang dijalankan adalah selama 3 jam.

Namun baru-baru ini saya ke Restoran On The Table TTDI adalah untuk merasai sendiri kehebatan sajian hidangan buffet Ramadhan nanti yang mana menawarkan harga yang cukup murah:-)

RSVP sebelum 14 April 2018 : RM33.90 (perpax)
RSVP diantara 16 April hingga 5 Mei 2018 : RM35.90 (perpax)
RSVP diantara 6 Mei hingga 10 Mei 2018 : RM37.90 (perpax)

Harga biasa : RM39.90

Kanak-kanak:
 Umur 0-7 tahun : FOC
8-12 tahun : RM25

Warga Emas (60 tahun ke atas) : RM25

NOTA: Deposit 50% diperlukan sebelum 1 Mei 2018, untuk penempahan awal. Setiap pelanggan yang telah booking akan diberikan nombor tempahan bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Itu tentang harga, jom saya kongsikan pula antara hidangan yang bakal mewarnai buffet ramadhan di sini. Tapi serius semuanya sedap-sedap. Bukan nak puji melangit tapi seikhlasnya saya memang puji hidangan di sini memang menjual "rasa". Kebanyakan hidangan yang ditawarkan adalah masakan kampung, yang agak 'rare' dan proses penyediaannya agak renyah. Jadi kalaulah kita teringin untuk menikmati hidangan kampung yang mempunyai "rasa", korang kena datang berbuka di sini :-)

Antaranya seperti:-

Sayur Goreng Masak Ala Jawa 

Sambal Udang

Ayam goreng 

Kari Kambing

Rendang Ayam

Daging masak berlado



Pucuk Paku Masak Lemak

Sayur Goreng Campur

Ada juga masakan yang korang boleh request special seperti ikan patin masak tempoyak. Memang sedap, katanya tempoyak ini memang khas dibawa dari Temerloh Pahang.



Kuah yang cukup pekat, masam dan manis serta kepedasan yang mengikut permintaan.

Char Kue Teow yang digoreng panas-panas. Ini juga antara yang menjadi kegemaran pengunjung tetap Restoran On The Table TTDI.



Untuk buffet ramadhan ada nasi putih..

Dan juga nasi beriani...


Segala macam sambal yang mampu beri lebih 'kick' dalam hidangan yang anda nikmati.

Ada sambal-sambal meriah, haruslah datang bersama ulaman, telur asin dan ikan kering.

Tauhu sumbat, pecal, kerabu mangga dan kerabu paku-pakis

Ada sup, mee bandung dan banyak lagi...

Ini adalah 'signature' pencuci mulut di Restoran On The Table iaitu 'payasam'. Pemanis mulut yang cukup terkenal di kalangan masyarakat India sememangnya sangat sedap terutama jika dinikmati dalam keadaan sejuk. Rasa lemak-lemak susu dan 'cardamom'. Setengan orang panggil puding beras.

Lai Chi Kang juga antara yang mendapat permintaan yang tinggi. Memang 'refreshing' !

Brownies coklat ini poun sedap giler!

Kuih cara berlauk...

Agar-agar cendol

Karipap..

Kuih bakar

Agar-agar...

Minuman sejuk..

Minuman panas....

Kemudahan tandas turut disediakan :-)

Personal review saya, memang sangat berpuas hati ketika menikmati hidangan di sini. Bukan sahaja memberi keselesaan bahkan variasi hidangan juga tidak kurang hebatnya. Paling penting semua hidangan di sini memang mempunyai "RASA".  Kita akan rasa berbaloi :-)


So korang kalau nak buat tempahan dan pertanyaan, boleh hubungi saudara :-
Jay 011-26532128
Taufiq 019-3852148

Boleh jejaki...


Alamat :-
RESTORAN ON THE TABLE
B1-01-03, Plaza TTDI, Jalan Wan Kadir 3, 60000 Kuala Lumpur
Cari : Pasaraya HERO TTDI (belakang pasaraya), berdekatan juga dengan Butik Naelofar TTDI 

Comments

Rawlins GLAM said…
Makanan di On The Table memang lazat dan harganya memang sangat kompetetif - memang berbaloi untuk semua yang mencari juadah kampung untuk berbuka puasa kelak.
adianiez AIDA said…
ramadhan lebih kurang sebulan lebih aje lagi ekk.
aida nak buat reservation dah le utk kami berbuka di hotel berdekatan sini.
at least dpt 1 kali berbuka di hotel pun jadik lah.
cantik plak dia susun tauhu sumbat and the gang tu. tradisional sgt ha ha ha ha...
patin tempoyak!!!???? ohsem. mahu nyer anak-anak dara aida amik semangkuk sorang tau.
feveret diorang tu.
amirnawawi said…
Menarik la menu yang dihidangkan

Nampak menggiurkan dan sedap.

Harga pun berbaloi kot.

Susah nak cari harga macam tu skrg untuk bufet.
Maha Mahu said…
Amboi level KOL tengok u oll duduk kat kerusi tu hehehe Diva sangat. Tapi tempat ni menarik sebab kita boleh request makanan yang kita nak dan mereka boleh sediakan...
shamiera osment said…
Murah juga harga buffet tu kat ttdi lagi kan..dengan pilihan makanan mmg berbaloi juga..tak pernah rasa bubur tu..macam sedap lak tengok..
Zharif Azis said…
Ya Allah murahnya !!! Dengan harga begitu, memang berbaloi lah sebabnya makanan2 nya meriah betul. Sangat berbaloi !
irra yyan said…
Boleh la buat gathering dengan famly atau rakan atau rakan sekerja di sini sambil mengeratkan silaturrahim di bulan puasa nanti
Bufet Ramadan ni memang antara yang ruby suka. Sebab dekat dengan rumah. Hahahaha. Pasti akan ke sini. Harga pun OK. Sebab bukan nak makan fancy sangat. Just nak makan menu masakan di rumah Tapi di Restoran. Hahahahaa
Maya said…
Sambal udangnya serius nampak sedap. Kuih cara berlauk pun spesel. Harga pula berpatutan. Hmm...maybe kena buka kat sini masa bulan puasa nanti.
Absolute Yana said…
That sambal udang and ayam rendang looks so tempting..of course the kari kambing also looks like can just melahap nonstop....hahhahaha that's quite a decent price for buffet...
Hasif Hamsyari said…
Amboi! Saya memang kalah dengan menu2 kampung ni. Sedapnya, sis! Dah tahu dah nak makan mana Ramadan ni. Hehe. Ajak kawan sekali ni mesti diorang suka!
Hanny Abdullah said…
Sana sini geng2 dah promote buffet ramadan kan. Nanti kena savekan tempat2 yg geng2 review so bolehlah ramadan ni sis pergi berbuka kat sana
Bella Jamal said…
Owh ingat belah mana lah kedai ni. Selalu pergi makan kat kedai makan di Hero market. Nanti boleh pi sini. Payasam tu menarik. Teringin nak cuba menu yg tak pernah makan lagi ni.
Abby Onety said…
Restoran "On The Table" banyak sekali menu piliharnya yang menggoda selera. Lihat foto makanan pada dini hari kayak gini lamgsung merasa lapar lagi hehehee
My God! Murah and berbaloi ni...paling berbaloi sebab lauk2 dia semua kita sukaaaaa....tapi jauh la pulakkkkk...kita dekat penang niiiiiii...tapi boleh share ngan abg and adik yang stay kt kl nu..tq awak
Mawardi Yunus said…
wah ada patin masak tempoyak. YaAllah favourite tu. mengancam betol la sis
Sunshine Kelly said…
Wah musim buffet ramadhan dah start dah! I like their dishes mostly masakan kampung and home cooked style, not too fancy but looks delicious. Plus the price is really attractive, eat all I can for that price, jom mari kita serbu makan kat sana.
dr-Life said…
look at the price. so cheap wei.... definitely this will be in my bucket list to have buka puasa with my clients... even the food got so many choices ya.

Popular Posts