derma365 Mampu Memelihara Kulit Sepanjang Hari Sehingga 365 Hari

Baru-baru ini saya berkesempatan menghadiri satu pelancaran produk yang mampu memelihara kulit yang sensitif dalam masa 365 hari. Sepertimana yang kita ketahui kulit sememangnya sangat sensitif terutama dalam keadaan sekarang yang terlalu banyak dengan masalah pencemaran, hidrasi, cuaca terlalu kring dan pelbagai lagi.

Menyedari tentang permasalahan yang sering dihadapi oleh masyarakat kita hari ini, Guardian telah memperkenalkan produk derma365 yang mana telah diuji secara klinikal yang mana ianya sangat sesuai untuk kegunaan harian. 

Untuk pengetahuan semua produk ini dibangunkan oleh Baxter Laboratories dari Australia. Dihasilkan daripada kombinasi dari alam semulajadi dan sains Sensium 2. Kehebatan multi kompleks ini mampu memberi kelegaan dan memelihara kulit berminyak dan kering. Selain itu dengan adanya kandungan Colloidal Oatmeal dan trimethylglycine menggandakan perlindungan pada kulit dan memberi keseimbangan pH (kelembapan) pada kulit kita juga.

Terdapat 2 jenis produk yang ditawarkan iaitu derma365 gentle cleanser dan juga derma365 lotion. Kedua produk ini mempunyai kesimbangan pH dan hypoallergenik. Paling menarik produk ini boleh melembutkan kulit dan juga memelihara kulit dari persekitaran luar yang boleh menyebabkan kerengsaan.

Saya juga telah diberi peluang untuk menguji sendiri kandungan derma365 dan juga membuat perbandingan produk kebersihan diri yang lain. Dan didapati derma365 ini bebas dari sabun, pewarna, pewangi, MIT, paraben, lanolin, lemak haiwan, minyak mineral, SLS dan SLES.


Ini adalah contoh kandungan dalam sabun yang sangat tinggi kandungana asidnya. Dan ianya tidak sesuai untuk kulit kita.

Begitu juga dengan sesetengah kandungan didalam pencuci badan yang mempunyai sedikit asid yang secara tidak langsung boleh memberi efek pada kulit untuk jangka masa panjang.

Review dari saya setelah mencubanya sendiri :

Produk ini tidak mempunyai bau. Untuk losyen ianya tidak meninggalkan gris di atas permukaan tangan, ianya agak mudah disapu dan cepat meresap. Untuk pencuci pula, tidak ada banyak buih dikeluarkan. Namun selepas menggunakan kulit terasa lebih lembut.

So, kalau korang nak dapatkan produk derma365 ni bolehlah terjah mana-mana Guardian tau. Demi menjaga dan memelihara kesejahteraan kulit, gitewwww.

derma365 Mampu Memelihara Kulit Sepanjang Hari Sehingga 365 Hari Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on April 16, 2018 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.