GUARDIAN MOST VOTED BRANDS 2018



Setiap tahun GUARDIAN MALAYSIA, akan  menganjurkan GUARDIAN MOST VOTED BRANDS yang mana setiap pelanggan berpeluang untuk mengundi jenama kecantikan dan kesihatan kegemaran mereka dan memenangi pelbagai hadiah menarik!

Anugerah apresiasi tahunan telahpun bermula dan bakal berakhir pada14 Mei 2018. Untuk tahun ini, lebih 150 jenama bersaing dalam 64 kategori untuk anugerah yang ditawarkan.

Ms Shirley Ham, Pengurus Kanan, Pemasaran Digital (E-Dagang) Guardian Malaysia berkata: “Ketika Guardian Malaysia mengkongsepsikan anugerah ini pada tahun 2000, objektif kami adalah untuk menghubungkan jutaan pelanggan kami dengan semua rakan- rakan perniagaan serta pemilik jenama, dengan memberi peluang kepada mereka untuk mengundi jenama kegemaran mereka.”

“Kami melihat anugerah tahunan ini sebagai cara kami menyumbang kepada pengukuhan hubungan di antara pemilik jenama dan pelanggan kami. Ia turut memberi penilaian yang tidak berat sebelah kepada pemilik jenama, kerana undian adalah daripada pelanggan yang benar-benar membeli dan menggunakan produk mereka.”

“Kini, 18 tahun kemudian, keperluan untuk terus berhubung dengan pelanggan dan memahami keperluan mereka adalah lebih penting daripada sebelumnya,”
tambah beliau.

Dikenali sebagai Most Voted Brands (MVB) Award, format undian tahun ini juga direka untuk mendapatkan gambaran tentang keperluan pengguna, gaya hidup dan trend berbelanja mereka yang pantas berubah! Mencerminkan gaya hidup digital majoriti pelanggan hari ini, proses undian masih dikendalikan dalam bentuk digital. Ini bermakna, semua undian akan diadakan secara atas talian.
Soalan yang diberikan adalah bertujuan membolehkan Guardian dan pemilik jenama untuk memahami tingkah laku keutamaan jenama dengan lebih baik, serta memberi gambaran kepada demografik dan segmentasi pelanggan.



Hanya 3 langkah mudah untuk mengundi. 

  • Belanja
  • Undi 
  • Hantar beserta kod pada resit.

Semua pelanggan yang menghantar undian dengan kod resit yang sah berpeluang untuk memenangi salah satu daripada 68 hadiah menarik yang ditawarkan, berupa baucar percutian dan baucar Guardian berjumlah RM40,000.
Antara hadiah yang ditawarkan adalah:

- Satu (1) hadiah utama iaitu baucar percutian bernilai RM10,000 dan baucar Guardian bernilai RM2,000

- Dua (2) hadiah pertama iaitu baucar percutian bernilai RM5,000 dan baucar Guardian bernilai RM500

- Lima (5) hadiah kedua iaitu baucar Guardian bernilai RM1,000

- Enam puluh (60) hadiah saguhati iaitu baucar Guardian bernilai RM200.


Pengundian boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam tempoh yang bermula 19 April sehingga 14 Mei 2018.

Peraduan ini dibuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke atas. Sebagai bukti pembelian, pelanggan mesti menyimpan resit Guardian yang asli yang mengandungi nombor invois cukai, kod stor, tarikh dan amaun pembelian.

.
GUARDIAN MOST VOTED BRANDS 2018 Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on April 21, 2018 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.