Kemeriahan "FOOD TRUCK" Di Wilayah Persekutuan Menjadi Satu Tarikan

Sekali sekala (sekurangnya seminggu sekali) saya memang gemar untuk keluar makan bersama keluarga. Saat "bonding time" kata orang putih. Keluar berjalan terutama di malam minggu memang menyeronokkan. Walaupun begitu seperti saya sendiri yang mempunyai 7 orang anak, tentunya selera pasti tidak akan sama pada satu-satu masa.

Serius! Kadang-kadang memang pening kepala. Bila dah keluar untuk makan malam, masing-masing tidak tahu nak makan dekat mana. Maklumlah masing-masing mempunyai citarasa yang berbeza. Hmm.
Gambar dari Google

Tetapi bila kehadiran "FOOD TRUCK" di lokasi tertentu di Wilayah Persekutuan sememangnya mampu menyelesaikan konflik yang selalu saya alami ketika keluar makan. Selain daripada pelbagai pilihan makanan, terdapat juga hidangan hipster yang ditawarkan. Paling seronok, jika kita dapat membeli makanan yang memang tengah viral ataupun orang kata ianya benar-benar "in" dengan kehendak pasaran.


Contohnya, satu masa dulu saya betul-betul teringin hendak menikmati kuih keria melaka dan tauhu bergedil. Di mana kuih keria antarabangsa katanya yang paling sedap di Melaka. Dan juga tauhu bergedil, kebanyakan perlu dibeli melalui tempahan atas talian. 

Nah! Dengan adanya jualan di "FOOD TRUCK" ni kita boleh cari lokasi pengusaha mana yang ada menjual kuih atau masakan yang ingin kita inginkan. Contohnya untuk saya sendiri yang akan terjah "FOOD TRUCK" di kawasan Wilayah persekutuan seperti TTDI, Damansara Utama, Ampang dan banyak lagi tempat lain sebenarnya.

Dengan adanya "FOOD TRUCK" ini sebenarnya sangat membantu kita mendapatkan makanan yang kita inginkan dengan mudah dan mampu menjimatkan lebih banyak masa.

Gambar dari Google

Sebenarnya konsep "FOOD TRUCK" ini sama juga seperti penjaja. Apa yang membezakannya untuk "FOOD TRUCK" ianya lebih mudah bergerak (mobile on the go). Paling menarik jika kita lihat sendiri penampilan pada "FOOD TRUCK" lebih esklusif dan menarik. Ini kerana kita akan lihat sendiri setiap "FOOD TRUCK" hadir dengan warna atau trademark mereka sendiri bagui menarik pelanggan mereka.

Saya juga begitu teruja apabila Kementerian Wilayah Persekutuan menyasarkan kira-kira 1,000 lesen perniagaan  "FOOD TRUCK" (trak makanan, kendera saji)  bakal dikeluarkan pada akhir tahun ini. Sekaligus ianya memberi lebih banyak peluang kepada pengusaha makanan dan minuman untuk berniaga. Dan ini juga adalah untuk merealisasikan hasrat sifar penjaja tepi jalan di sekitar ibu negara menjelang tahun 2020. Secara tidak langsung, bandar Wilayah Persekutuan ini akan tampil lebih cantik dengan kehadiran  warna-warni "FOOD TRUCK" di pelbagai lokasi. Impaknya bukan sahaja mampu menarik masyarakat tempatan, bahkan kepada pelancong dari luar negara juga.
Gambar dari Google

Untuk pengetahuan semua Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengeluarkan sebanyak 220 lesen "FOOD TRUCK" (kendera saji) setakat ini. Biarpun dikatakan untuk membuat tempahan trak ini sebenarnya agak mahal. Namun, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebenarnya telah berusaha untuk menyelesaikan masalah ini melalui perbincangan secara serius dengan pihak pembuat trak bagi membantu peniaga yang berminat untuk mendapatkan trak mereka sendiri. Antara agensi yang boleh membantu pengusaha yang ingin memiliki trak mereka sendiri seperti Majlis Amanah Rakyat danTabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (Tekun). Namun pengusaha yang berminat perlulah membuat permohanan dan mealui prosedur seperti yang disyaratkan.


Bagi saya sendiri, selain daripada variasi jenis makanan dan minuman ada ditawarkan oleh pengusaha "FOOD TRUCK". Kemudahan fasiliti seperti pakir kenderaan, tempat pembuangan sampah, punyai elektrik dan air membasuh tangan antara sebab juga mengapa saya dan keluarga gemar melepak dan menikmati makanan dan minuman "FOOD TRUCK" di sekitar kawasan Wilayah Persekutuan. Paling penting lokasinya yang strategik pada waktu makan tengah hari atau malam menjadikan "FOOD TRUCK" di Wilayah Persekutuan memang meriah!

Untuk karnival tertentu anjuran DBKL, peniaga "FOOD TRUCK"  perlu menyediakan satu menu rakyat yang dijual dengan tawaran harga RM5 sebagai menyahut seruan kerajaan dalam membantu mengurangkan kos sara hidup warga kota. Untungkan jadi warga Wilayah Persekutuan, biarpun hidup di tengah kota tetapi masih lagi berpeluang menikmati makanan serta minuman sedap dan murah atas inisiatif kerajaan.

Comments

Eyqa Hasnan said…
Food truck bagus bila kebersihan terjamin. Dan mostly makanan pun sedap-sedap.
Cindyrina Rina said…
Kat belakang office I pun penuh food truck during lunch time. Memang food heaven kot. Siap dapat perhatian foreign tourist too. Convenient and better hygiene.
Amanda Suria said…
Kapau ada peluang pun SA nak ada sebuah food truck..pas tu nak perkenalkan masakan tradisional NS dengan harga yang jauh lebih murah kan..SA berpendapat konsep begini perlu diperluaskan..memberi peluang menjana pendapatan kepada mereka yang hilang punca pendapatan..kan?
Qeela Aini said…
yesss i love food trucks!
memang bagus sediakan kemudahan untuk food trucks, di samping buat tawaran harga dan menu yang menarik tu untuk tarik lebih ramai pelanggan di samping membantu mengurangkan beban dari segi penjimatan makanan melalui harga yang berpatutan kan. Selalunya kalau food trucks ni harga makanan lagi mahal, tapi bila ada yang harga berpatutan mcm yg disarankan tu mesti lagi best & xputus org dtg. asalkan kebersihan pon dijaga, dan tambah pulak ada live band etc, mesti lagi meriah & insyaAllah boleh bertahan lama tmpt tu 😊
Food truck ni apa yang perhatikan, makanan yang dijual senang untuk disediakan. Takde makanan yang complicated. Memang banyak pilihan tapi food truck ni selalu serve dalam bekas plastik which i rasa tak best. Tak serve dengan pinggan yang kena basuh tu. Agaknya sebab nak cepat. Lepas customer makan boleh terus buang dalam tong sampah.
Kin Naz said…
Selalu lalu je kawasan food truck ni. Belum ada kesempatan lagi nak singgah. Bila nampak post kak ayu ni bila turun KL bolehlah singgah sini. Nampak pelbagai pilihan makanan kat situ
Maha Mahu said…
Food truck ni merata ada kat Kuala Lumpur dan seluruh Malaysia yang dapat meningkatkan ekonomi orang muda yang suka kepada sesuatu yang baru. Ini satu perkembangan bagus dan juga kerajaan tidak lupa untuk membantu mereka menjadi usahawan food truck.
Jane Chua said…
RM5 for a meal ? It is indeed cheap. We can get that price 5 years ago but now per meal easily cost us at least RM8. Hope the future will be better.
Mimi Azirah said…
Banyaknya food truck.mesti aneka jenis makanan yang dijual.buat rambang mata saja tau.kat area seremban pun ada food truck juga tapi saya tak berkesempatan nak cuba.tapi bagus juga ada food truck nih kan.menu banyak pilihan harga pun berpatutan
Nadia Johari said…
sekarang memang banyak food truck. Best kalau pergi food truck, macam-macam jenis makanan ada. Orang cakap makanan food truck ni mahal, tapi kalau dah sedap depan mata memnag beli je..ahaha..
Food truck memang best. Tapi Kadang hampa mai serbu je food truck berdekatan dan harga RM 10 satu menu tanpa air. Wuwuwuw. Sekarang, kalau nak pi makan kat food truck kena tengok yang macam akak share ni. Kunan rasmikan, baru lah kita bleh pergi. RM 5 barulah syokkk. Saya kalau ke food truck cari Takoyaki. Tapi punyalah lama mereka nak kena siapkan. Order banyak. Hahaha
Hanny Abdullah said…
Kalau lah sis ni pandai memasak memang dah lama si mohon satu food truck ni. Msalahnya tak pandai masak so dok gi makan je lah kat kawasan yang ada food truck ni.
Paling best sis pergi kat Taman Tun..memang meriah dan terdapat pelbagai pilihan makanan ada kat sana.
luqman zakaria said…
terbaiklah! meniaga dengan foodtruck nih senang nak buka and kemas. tak perlu buka khemah semua. bersih pn bersih
Zharif Azis said…
Kalau di luar negara, food truck mmg satu medium di mana rakyat utk dptkan makanan sedap pd harga yg murah. Tp di Malaysia nie lain sikit. Makanan kt food truck lebih mahal. Mmg menarik dn hipster mkanan yg disediakan, tp kadang harga dia lebih mahal berbandin restoran yg ada kedai fizikal. Hopefully tak mahal lh di tmpt yg kak ayu suggestkan nie
Jia Shin Lee said…
I really enjoy food truck it is the ideal stop for those looking to grab a quick bite on their lunch break or dinner. Glad they made it so affordable.
shalimar yusof said…
Sekarang kalau pergi mana2 ada food truck best..macam2 pilihan kan..
Mrs Pip said…
banyak pilihan makanan yang menarik dan sedap2 ...
Cekgu Norazimah said…
Food truck ni bagus sebab bersih dan banyak pilihan. Nampak hipster pulak tu ;)
Fieza Sani said…
Saya suka gak menu2 food truck ni..Nampak moden & macam2 menu tapi di variasikan dengan selera kini...
Mrs Fuzy Hamid said…
Not bad makanan kt food truck ni dan mcm2 ada
Inani Hazwani said…
Food truck ni dah jadi macam trend kan sekarang.
dr-Life said…
Food trucks is really a great one that helps the youngster to invest their interest and skills in this fnb industry. Myself love this concept too...
Lia Hasty said…
Suka juga lepak makan dekat food truck dan cuba menu dekat sana. Peniaga foodtruck ni kebanyakan kreatif dalam mengolah makanan ataupun mencipta menu yang tersendiri. Menarik minat pengunjung untuk membeli.
tahniah kerajaan WP kerana mengadakan tempat untuk orang makan, dan memberi peluang pada pengusaha berniaga.
Emi said…
Style kan orang buat food truck sekarang ni. Senang. Tapi makanan dekat food truck selalunya mahal pulak kalau diperhatikan kebelakangan ni. Sebab dah jadi trend sekarang kot agaknya.
Nama je food truck tapi makanan macam2 ad. Aku klu pergi dinner ngan family kat food truck ni je. Murah.!!
el said…
Meriahnya ada food truck ni
Shafyqah Azry said…
sha suka jugak foodtruck. berharap lebih banyak peluang la kepada sapa nak bukak foodtruck ni
YingYin said…
I've always look at all the food truck in other country. Never know our own country actually have this type of events. I am a foodie and this look like something i would love to check out.
sayidah napisah said…
semoga inisiatif ini dapat diwar warkan lebih meluas. supaya ramai yang tahu khususnya buat mereka yang berminat dgn business food truck ni
Nina Mirza said…
Bila di setempatkan peniaga food truck kat satu kawasan, senang kita nak terjah. Pilihan pun meriah. Macam² ada!
Meriah pulak food truck malam2 ni..teringin nak berniaga secara food truck ni
::EIDA:: said…
lama tak lepak food truck! hmmm
Noor Akma said…
Sedap2 makanan di foodtruck. Sesiapa yang pandai masak tu, bolehlah memohon berniaga... bagusnya :)
iuzira said…
Sekarang banyak dekat karnival dah banyak yang pakai food truck , lebih senang dan kebersihan terjaga. ada kan peruntukan siapa yang nak jual pakai food truck memang bagus
Eintan Nurfuzie said…
food truck memudahkan penjual dan pembeli akan mudha tertarik sebabnya nampak lebih bersih dan diyakini.
safurara said…
Food truck ni memudahkan kerja2 kita kan kak. Hehe. Mana tahu kdg2 malas masak ke.
Ana Jingga said…
Kebab melawati food truck kat wangsa melawati tu awesome sangat :)
Cik Puan Ena said…
Baca komen byk yg positif. Untung sgt. Jujur ckp tmpt sy susah nk cri tmpt ntk lunch. Klu ada pon semua jauh2-perlu ngadap jem lagi. Tkejar masa. Belum lg klu makanan tu kurang enak xbyk pilihan. Jadi bersyukurla dgn bantuan yg ada.
CikLa Shahril said…
Dekat area rumah cikla pun dah ramai peniaga food truck ni dan kebykn dr mereka adalah golongan belia. Bagus jugak kan, dapat jugak mereka rasa pgalaman berniaga dan yg paling penting takdelah mereka menghabiskan masa mereka dgn aktiviti x berfaedah... Pengalaman dpt, income pun dapat....
Suka p beli kat foodtruck....mmg fav
Apa yang bagus, food truck ni lebih terjamin kebersihannya, berbanding kedai :) just my 2 cents.
AimNub Haris said…
Harap lebih ramai peniaga Food Truck Bumiputera dpt dilahirkan.. :)

...
khaty aiman said…
Khaty memang suka menu di food truck sebab ada banyak pilihan. Harga pun berpatutan
Memang rambang mata kalau pergi food truck ni. Macam-macam makanan ada.

Popular Posts