Keseronokan Saya, Ameer dan Yara Bermain Serta Belajar di Bengkel Fisher Price Learning Revolutionised di The Little Gym Malaysia

Cabaran seorang ibu hari ini bukan hanya untuk membesar dan mendidik anak dengan baik semata bahkan sebagai ibu kita kena benar-benar faham keperluan si manja. Terutama alatan mainannya yang boleh membantu perkembangan tumbesarannya.

Berpeluang menghadiri Bengkel "Learning Revolutionised" bersama Fisher Price tidak saya lepaskan. Apatah lagi untuk mengutip pelbagai tips yang berguna daripada Dr. Deborah Weber (Director of Early Childhood Developement Fisher Price) dan juga wakil dari The Little Gym Malaysia bagi membincangkan bagaimana membantu perkembangan anak-anak ketika waktu bermain.

Seperti yang kita ketahui, anak-anak kecil mereka mempunyai milestone tersendiri dari usia newborn (0 bulan) sehinggalah tahap pra taadika itu 5 tahun. Perkembangan fizikal mereka akan berubah begitu juga kebolehan mereka akan meningkat setiap tahun (mengikuti peningkatan usia). 

Fisher-Price telah memperkenalkan permainan Think N Play yang mana dibangunkan untuk menyokong konsep STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) untuk tumbesaran anak-anak sejak dari kecil lagi. Ini menurut kata Dr. Deborah Weber pemilihan permainan yang betul mampu merangsang otak dan fizikal anak sekaligus menjadikan anak-anak lebih semangat menyertai aktiviti bermain sambil belajar dan bereksplorasi dengan dunia keliling mereka.

Permainan dari Fisher Price sememangnya direka dan dibangunkan dengan teliti menerusi kajian dan penyelidikan yang dibuat dari pasukan penyelidik mereka yang berdedikasi.

Paling penting segala permainan dari Fisher Price selamat digunakan dan dimain oleh anak-anak kecil. Saya sendiri cukup sukakan permainan ini kerana kebanyakannya didatangkan dengan warna-warna yang ceria.

Si manja Yara memang sangat sukakan produk COV42 Dance and Move ini. Permainan yang mampu memberi rangsangan melaluyi pergerakan dan bunyi suara yang cukup menarik. Bagi saya ianya seumpama robot comel yang pandai menari dan juga berinteraksi.

Walaupun Yara tidak lagi menggunakan walker tetapi permainan comel yang didatangkan bersama Rainforest Jumperoo ini benar-benar menarik minat beliau untuk bermain dengannya.

Ini adalah pertama kali saya saya membawa naka-naka ke The Little Gym yang bertempat di Subang Parade. Keluasannya agak besar dan luas. Menariknyaterdapat pelbagai perlatan yang disediakan sesuai mengikut umur dan juga aktiviti yang diperkenalkan kepada anak-anak kecil.

Paling penting segala aktiviti di The Little Gym juga diawasi, diajar dan dimonitor oleh pelatih gym yang terlatih. Ini terutama untuk anak-anak kecil, mereka memang perlu banyak diberi perhatian ketika membuat aktiviti di sini.

Agak seronok juga kerana terdapat aktiviti gym dapat dilakuakn dengan sokongan produk dari Fisher Price.

Antara yang menjadi feveret anak-anak disini ialah bermain dengan block. Selain daripada mereka dilatih untuk bermain dalam kumpulan, anak-anak ini juga didedahkan dengan ciri/amalan yang baik seperti berkongsi, bertoleransi dan banyak lagi.

Anak-anak juga boleh berlari bebas dan menggunakan peralatan gym yang disediakan. Ini erana suasanan didalam The Little Gym ini adalah selamat dan selesa.

So cute hakhak. Beria tau mak dan ayah yang membawa anak-anak bermain disini merakamkan setiap detik indah si comel mereka beraktiviti.

Begitu juga dengan si comel ini. Keterujaan menggunakan permainan Rainforest Jumperoo yang direka khas untuk bayi. Saya sangat suka dengan warna-warna ceria yang permainan yang didatangkan bersamanya. Ianya satu tarikan sebenarnya.

My Yara bersama produk Fisher Price Musical Lion Walker. Sebenarnya kami ada mempunyai permainan ini di rumah. Untuk pengetahuan semua permainan ini sangat membantu untuk anak-anak yang mahu belajar berjalan - pre-walker. Selain itu dengan adanya butang-butang dan permainan yang didatangkan bersamanya menjadikan anak-anak akan suka bereksploratasi permainan ini. Kadang-kala mereka boleh bermain dengan permainan Musical Lion Walker hampir 1 jam lamanya. Bermain dengan bersemangat pulak tu, heheh.

Seronok dan puas. Sebab dapat bermain di The Little Gym dan untuk saya sendiri sebagai ibu banyak yang saya belajar tentang dunia anak dan permainan mereka. Terima kasih kepada penganjur atas jemputan. Moga berjumpa lagi di acara yang banyak memberi manfaat seperti ini :-)

Comments

Amanda Suria said…
Seronok tengok anak- anak happy...while anak- anak tengah teruja bermain di The Little Gym, mak plak explore dan tambah ilmu pengetahuan kan...
Felicia Grace said…
omygosh, ini bagusnyer! Bolehlah skrang beli mainan bgi kawan kawan i yg baru ada baby.
Rodiah Amir said…
Keselamatan dan kebersihan alatan mainan untuk anak- anak memang saya titik beratkan. Ada bengkel macam ni anak-anak boleh cuba dahulu dan ibu bapa boleh pilih mainan yang sesuai untuk anak-anak supaya anak-anak jadi kreatif dan gembira
Rawlins GLAM said…
Siapa yang lagi seronok tu? Anak-anak ke ayu? Haha. Tapi memang nampak menarik dan interaktif semua tu.
Mrs Fuzy Hamid said…
Fisher Price ni jenama yang cukup dikenali dan diaorang amat menitikberatkan keselamatan anak-anak..anak-anak selamat..mak bapa pun rasa lega kan
Nina Mirza said…
Bagus kannn sekarang ni ada nya tempat untuk kanak² belajar, bermain, berkawan dan ada bimbingan pakar terlatih.
Alatan mainan Fisher Price lak sememangnya mainan terbaik untuk kanak². Ada budget lebih, nina nak bawak anak² nina kat sini.
Betty Liew said…
Yara and Ameer seem enjoys playing while learning at at Fisher workshop. I think is a good process where parents exposure their children with more creative and good program. Impress with you as a mother.
Pija said…
ok kena bawa anak i juga ke little gym ni haha. menarik sangat tengok. siap ada trainer lagi tu!
Emily said…
What an interesting workshop for kids and their parents. I can see that they enjoyed themselves a lot. Playing can also be learning for children.
Cik Min said…
Menariknya aktiviti macam ni. Memang bagus untuk perkembangan kanan-kanak disamping parents dapat lyangkan quality time bersama-sama
Omg this place is a savior for all mommys and kids to enjoy. I like that they are those educational toys. Do they accept long hours baby sitting?
emi said…
Bestnya bawak anak2 pergi tempat macam ni. Tapi belum ada anak lagi cane, haha
Sharon Lee said…
This place is so cute! Your kids surely having fun there, it was a good opportunity to let children to explore.
dr-Life said…
nowadays kids are lucky enough. we h=never have this kind of activity or program for us. Lolz... no matter what.. it is very good one for all to know and learn together
Ika Sani said…
Wah menariknya.. seronok la anak- anak nanti. Boleh enjoy theirself bermain2. What a good program ya.

Popular Posts