Rasai kesegaran semulajadi SAFI Shower dari dalam bilik mandi


Tidak dinafikan kesibukan kita pada hari ini menyebabkan kita alpa menjaga kebersihan dan personaliti diri. Apatah lagi dengan cuaca hari ini yang panas dan hujan tidak menentu, selain dari faktor pencemaran persekitaran seperti habuk dan debu, serta pelbagai lagi masalah lain menyebabkan kulit badan kita berbau dan menggerutu.

Saya sendiri adakalanya akan berhenti sejenak dan berfikir apatah saya sudah cukup membelai diri sendiri setiap hari. Adakah saya kelihatan berpesonaliti di hadapan kawan-kawan yang lain dan pelbagai lagi sebenarnya yang bermain di fikiran.

Dan akhirnya ianya berbalik kepada persoalan iaitu segalanya bermula dari dalam diri.

Saya telah diperkenalkan dengan 4 varian SAFI shower terbaru iaitu Serai Lime Splash, Passion Honey Frost, Kokonut Shake dan Berry Smoothie. Rangkaian terbaharu ini hadir dalam 4 variasi yang diformulasi secara unik bagi melengkapi keperluan seisi keluarga. Setiap olesan pada kulit dilengkapi dengan ciri-ciri antibakteria yang membuatkan kulit anda lebih bersih.

Dua bentuk formulasi, iaitu gel dan krim mandian telah dihasilkan bagi melengkapi citarasa ramai. Bagi mereka yang sukakan tekstur gel, variasi Serai Lime Splash dan Passion Honey Frost merupakan gel mandian bebas sabun, tanpa alkohol, bebas paraben dan mempunyai bacaan pH yang seimbang. Bagi mereka yang gemarkan tekstur krim, Kokonut Shake dan Berry Smoothie pula diperkaya dengan kelembapan tanpa alkohol dan bebas paraben. Setiap sentuhan pada kulit mengandungi tekstur yang sangat lembut seperti menikmati bisikan halus bayu laut semasa bercuti di pulau Hawaii!!


 Berry Smoothies:
Dihasilkan dari ekstrak gabungan strawberi, limau dan barli yang mampu memberikan manfaat pencerahan semulajadi. Bagi mereka yang suka keluar bersantai diluar, bolehlah mencuba SAFI Shower Berry Smoothies.

Passion Honey Frost:

Ramuan utama adalah daripada kemanisan madu yang dipadankan dengan kesegaran passion fruit yang bukan sahaja dapat menghangatkan suasana, malah memberikan kulit kita mengalami kelembapan berganda setelah bilasan selepas mandi

Serai Lime Splash:

Gabungan ramuan segar- serai dan limau purut bukan sahaja bertindak sebagai bahan anti-bakteria semulajadi, tetapi mampu menenang dan melembutkan tekstur kulit. Setiap percikan pada kulit bagaikan tamparan manja sang ombak yang menyegarkan malah mampu membangkitkan setiap deria kita, chewahhh!

Kokonut Shake:

Diperkaya dengan ramuan detoksifikasi semula jadi, ekstrak kayu manis dan kelapa bukan sahaja dapat menyegarkan kulit, malah menjadikan permukaan kulit kita kelihatan lebih muda, lembut dan cerah berseri! 



Produk SAFI Shower ini boleh didapati di seluruh negara termasuk pasaraya besar dan pasaraya
hyper. Setiap varian berharga RM18.90 (1kg) atau 12.90 (850g untuk pek eko isian semula).

Selain itu, bagi mereka yang mempunyai jadual harian yang padat, korang boleh menjimatkan masa melalui penghantaran SAFI Shower terus ke pintu depan rumah/opis korang dengan membeli platform talian membeli-belah dari https://shopee.com.my/

Untuk maklumat lanjut berkenaan jenama SAFI sila layari:-

laman Facebook SAFI 

Instagram SAFI@safimalaysia

laman Youtube SAFI 

laman sesawang SAFI  



Jom wangi-wangikan diri bersama SAFI Shower :-)
Rasai kesegaran semulajadi SAFI Shower dari dalam bilik mandi Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on April 08, 2018 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.