Terbaru Dari Guardian Rangkaian Penjagaan Rambut Organik Anti-Kelemumur Botaneco Garden Trio Oil


Seperti wanita lain, saya cukup stress jika rambut saya mempunyai masalah kelulumur. Apatah lagi wanita berhijab seperti saya. Jika silap sahaja cara penjagaan, memang kepala akan menghadapi masalah kelumumur. 

Dan menurut kajian kejadian kelemumur dialami hampir 50% populasi masyarakat. Walaupun kelemumur tidak berjangkit atau berbahaya, ia boleh menyebabkan seseorang kelihatan tidak kemas atau kurang higenik dan sekaligus menyebabkan mereka berasa malu serta kurang keyakinan diri.

Kelemumur boleh berpunca daripada beberapa perkara, dengan kulit kering menjadi penyebab yang paling kerap. Antara sebab lain termasuklah penjagaan kulit kepala dan rambut yang tidak teratur atau tidak betul, penggunaan syampu yang berlebihan dan kulit kepala yang sensitif terhadap produk penjagaan rambut.

Walaupun kebanyakan rawatan anti-kelemumur berkesan dalam mengurangkan pembentukan kepingan kelemumur namun terdapat kebimbangan di mana sebum akan dikeluarkan dari rambut dan kulit kepala, menjadikannya lebih cenderung berkuping akibat kekeringan, manakala rambut pula mungkin kering dan sukar diurus.



Guardian telah memperkenalkan syampu dan perapi anti-kelemumur kepada rangkaian Trio Oil Organik Botaneco Garden, yang diilhamkan dari alam semula jadi. Jenama Botaneco Garden dikonseptualisasikan, dimajukan, dihasilkan, dan boleh didapati secara eksklusif di Guardian. Rangkaian anti-kelemumur ini adalah pilihan pengguna yang mempunyai kesedaran mengenai eko yang menggemari syampu dan perapi harian yang lembut namun berkesan untuk menangani kelemumur.

Pengarah Jenama Milikan Guardian Health and Beauty Sdn. Bhd., En Alfonso Roderos menjelaskan bahawa syarikat mengalami perkembangan pesat yang seiring dengan segmen penjagaan rambut dan kulit melalui jenama-jenama seperti Botaneco Garden.


"Keperluan, nilai dan jangkaan pengguna produk kecantikan akan semakin cenderung dan prihatin terhadap kesihatan dengan mencari formula yang bebas dari bahan kimia berbahaya serta lebih menekankan kepada pilihan yang mesra alam, bebas daripada kekejaman, menawarkan pengalaman yang baik dan memberi tumpuan kepada keperluan untuk pengalaman jenama yang lebih tulen dalam kehidupan sebenar, dan melalui platform digital "kata Roderos.

Guardian Malaysia kini mengendalikan lebih daripada 400 rangkaian kedai, yang menyediakan pelbagai produk Farmaseutikal, Kesihatan dan Kecantikan yang tiada tandingan kepada lebih 2.5 juta pelanggan Malaysia sebulan, di seluruh negara. Ia adalah antara rantaian kesihatan, kecantikan dan penjagaan peribadi yang terkemuka di Malaysia.


Roderos mengatakan bahawa jenama Botaneco Garden berkembang pesat selaras dengan peningkatan minat pengguna terhadap bahan mesra alam. Jenama ini kini mempunyai 43 produk sejak diperkenalkan pada tahun 2013.



"Trend global yang semakin meningkat bergerak ke arah produk yang lebih lembut dan mesra alam sekitar. Produk-produk ini sering menggunakan bahan mesra alam, berasaskan organik, dan mampan. Sudah menjadi satu kebimbangan global untuk mengurangkan pencemaran dan kemusnahan alam sekitar serta memberi keyakinan terhadap kualiti proses yang dibawa. Dengan Botaneco Garden, Guardian dapat memberikan apa yang diingini oleh pengguna pada harga yang berpatutan dengan jaminan produk yang diuji secara dermatologi dan terbukti dengan kualiti, bahan-bahan yang terjamin eko" kata Encik Roderos.



Terdapat empat kategori produk di bawah jenama Botaneco Garden iaitu Inca Inchi yang menggunakan Inca Inchi 9 dan Aloe Vera sebagai bahan utama, rangkaian premium Minyak Argan dan Minyak Zaitun Organik, rangkaian Botaneco Garden Baby yang menggunakan Chamomile dan Koloid Oatmeal yang terjamin eko untuk rangkaian bayi yang lembut dan berkesan; dan rangkaian Trio Oil Organik yang menggunakan Trifecta 100% minyak yang dijamin eko - Babassu, Baobab dan
Chufa.


Kebanyakan produk Botaneco Garden mempunyai formula bebas dari Parabens, silikon, sabun, pewarna, lanolin & DEA 10 untuk rumusan yang unik dan prihatin bagi kulit, rambut, dan juga alam sekitar.


Setiap produk dalam rangkaian Trio Oil Botaneco Garden mempunyai lima pelembap - tiga minyak utama, dan dua lagi yang dipilih kerana fungsi khusus mereka untuk rambut dan kulit. Syampu dan perapi Anti-Kelemumur Trio Oil Organik Botaneco Garden diperkaya dengan Jojoba dan minyak kelapa. Manfaat pelembab dari rangkaian ini menjadikannya lembut dan berkesan dalam mengurangkan pembentukan kelemumur yang biasanya disebabkan oleh pengeringan kulit yang
berlebihan dan aktiviti kelenjar minyak yang berlebihan.

Kajian penyelidikan menekankan manfaat minyak jojoba sebagai bahan pelembab. Secara tradisional minyak jojoba telah digunakan untuk rambut di Amerika Latin dan rawatan kecantikan sebagai perapi kulit dan rambut 12 . Ia terkenal dengan penyerapan yang cepat. Minyak kelapa mempunyai keupayaan untuk mengekalkan kelembapan rambut dengan baik. Ia telah digunakan secara tradisional untuk kulit dan perapian rambut, dan untuk mengurangkan tanda-tanda kelemumur dengan mengurangkan keadaan kulit kering.



Kadar tinggi pengunaan syampu menjadi pasaran terbesar bagi kategori pejagaan peribadi, mewakili 37% daripada jumlah pasaran penjagaan rambut antarabangsa. Dengan cuaca Malaysia yang panas dan lembap, penggunaan syampu mungkin lebih tinggi daripada purata global kerana kebanyakan rakyat Malaysia cenderung untuk mencuci rambut setiap hari.


"Dengan Botaneco Garden, kami telah mencipta keseimbangan antara alam semulajadi dan sains yang menyediakan rutin penjagaan rambut yang lembut dan prihatin, walaupun untuk kulit kepala dan rambut yang cenderung untuk menghidapi kelemumur. Lima pelembab dalam produk Botaneco Garden menangani kulit kepala kering, iaitu penyebab kelemumur yang paling kerap. Penggunaan minyak pati seperti pudina, mentol dan minyak pokok teh yang secara tradisinya digunakan untuk mengurangkan kepingan kelemumur selari dengan faedah-faedah pelembab dalam rangkaian Anti-Kelemumur Trio Minyak Organik Botaneco Garden" kata Cik Michelle Yeap, Pengurus Produk, Kesihatan & Kecantikan Kumpulan .

Ciri-ciri Minyak Pokok Teh telah dikaji dan diuji dalam ujian makmal 16 untuk keberkesanannya dalam mengurangkan pembentukan kelemumur, dan memperbaiki keadaan kulit kepala dan rambut. Pudina mengandungi mentol, selenium dan zink yang dibuktikan sebagai bahan anti empingan.

"Bagi mereka yang mempunyai kelemumur, ambil perhatian bahawa ianya tidak boleh sembuh tetapi dapat dikurangkan. Penggunaan harian dari rangkaian penjagaan rambut anti-kelemumur yang lembut dan diilhamkan daripada alam semulajadi seperti Syampu dan perapi Anti-Kelemumur Trio Minyak Organik Botaneco Garden boleh membantu mengurangkan pembentukan kepingan kelemumur, sambil menjadikan rambut halus dan lebih mudah diurus. Apabila rambut dan kulit kepala berada dalam keadaan yang lebih baik, pengguna boleh bertukar kepada syampu dan perapi yang lembut untuk penggunaan harian, dengan rangkaian anti-kelemumur yang sedia ada jika keadaan itu kembali" kata Yeap.

Syampu dan Perapi Anti-Kelemumur Botaneco Garden Organic Trio Oil berharga RM19.90 setiap satu, dan boleh didapati di semua kedai Guardian di seluruh negara, dan melalui e-store Guardian www.guardian.com.my.
Terbaru Dari Guardian Rangkaian Penjagaan Rambut Organik Anti-Kelemumur Botaneco Garden Trio Oil Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on April 05, 2018 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.