5 Tips Cara Saya Bersahur

Setiap kali tibanya bulan ramadhan, anak-anak saya adalah antara yang paling teruja. Selain daripada menantinya ketibaan Hari Raya, anak-anak saya juga tidak sabar untuk berpuasa. Dan untuk tempoh satu bulan ini kami sekeluarga akan melalui sedikit perubahan dalam aktiviti seharian, antaranya seperti waktu bangun tidur lebih awal. Begitu juga waktu masa tidur biasanya paling lewat adalah pukul 11 malam.  Bagi saya pula kerja memasak setiap hari adalah pada waktu petang sebelum berbuka dan juga di awal pagi iaitu seawal jam 4.00 pagi. Penyediaan makanan di waktu sahur juga perlulah yang mudah dan ringkas. Paling penting tidak mengambil masa terlalu lama yang boleh menyebabkan saya berasa penat berada di dapur.

Bagi saya sendiri pengambilan makanan yang berkhasiat setiap kali waktu bersahur sangat penting. Ini memandangkan anak-anak saya yang bersekolah perlukan tenaga sepanjang proses pembelajaran mereka.Tidak mahu menjadikan alasan 'saya berpuasa' untuk mereka tidak boleh membuat sebarang aktiviti persekolahan seperti biasa.

5 tips penyediaan makanan waktu sahur yang saya amalkan ini sangat membantu anak-anak saya terutamanya agar mereka sentiasa berada keadaan cergas, cerdas dan bersemangat biarpun seharian menahan lapar dan dahaga,

1. Makan Kurma 

Pengambilan buah kurma bukan hanya sunat di waktu berbuka puasa sahaja. Bahkan sangat digalakkan menikmati kurma di waktu sahur. Dikatakan dengan menikmati buah kurma dengan susu juga sudah memberi kita rasa kenyang sepanjang hari.

2. Pengambilan air suam di waktu sahur

Imej dari : Google

Jika hari biasa (bukan bulan puasa), badan kita memerlukan sehingga 8 gelas air. Untuk bulan puasa mungkin kita akan mengambil kurang daripada jumlah itu. Namun yang demikan adalah digalakkan selain daripada pengambilan air manis seperti air coklat dan sebagainya, kita juga harus mengambil air suam ketika waktu sahur. Ini kerana kelebihan air suam itu sendiri banyak jika kita amati. Dan kita juga perlu memastikan cecair  didalam badan kita adalah cukup untuk menggantikan apa yang kita hilang setiap hari samada dalam bentuk peluh, urine (buang air kecil), pernafasan mahupun proses tubuh yang lain.


3. Makan buah-buahan dan sayuran yang kaya vitamin 

Imej dari : Google

Sebenarnya kita kena tanamkan tabiat makan sayuran dan buahan setiap hari. Apatah lagi di bulan puasa. Sayuran dan buahan mengandungi kandungan vitamin yang penting seperti vitamin C, E, A , dan asid folat yang sangat diperlukan untuk kekuatan badan, detoksi, dan kesihatan jantung. Sebagai contoh sayur Brokoli mengandungi vitamin C dan serat yang tinggi dapat memberi kebaikan kepada jantung dan meningkatkan tahap antioksidan di dalam badan. Jadi apabila kita mempunyai cukup vitamin yang diperlukan badan terutama bulan puasa, kita dapat mengelakkan dari mudah rasa mengantuk, letih dan pasif.

4. Menikmati makanan yang mempunyai serat tinggi dan berkhasiat

Sayuran dan bijirin mengandungi serat larut yang diperlukan untuk menjaga tekanan darah, mencegah kolesterol tinggi dan gula dalam darah. Serat larut juga sangat penting untuk membantu sistem pencernaan dengan menghalang berlakunya sembelit dan buasir. 

Atas kesedaran kepentingan menikmati makanan berserat, setiap kali bersahur saya akan pastikan seisi keluarga saya dapat menikmati hidangan yang mempunyai khasiat ini. Dan paling mudah, saya hanya membancuh Quaker Oats 3 dalam 1. Apatah lagi sekarang Quaker Oats ada memperkenalkan Quaker Oats 3 dalam 1 bersama Matcha Green Tea. Rasanya memang enak! 

5. Kreatif dalam mempelbagaikan hidangan sahur

Memiliki anak yang ramai memang tidak mudah untuk memenuhi selera mereka dalam satu-satu masa. Ada yang jenis cerewet, 'picky eaters' dan pelbagai lagi karektor. Jadi sebagai ibu, saya perlu lebih kreatif dalam penyediaan hidangan setiap hari terutama pada waktu sahur.

Dalam banyak-banyak resepi yang pernah saya cuba, hidangan 'overnight oats' adalah antara yang paling digemari oleh anak-anak saya. Proses penyediaan juga sangat mudah dan pantas. Ianya tidak memakan masa yang lama. Paling penting ianya mengandungi semua khasiat yang diperlukan oleh badan.

Dan oat adalah sajian yang mengenyangkan. Ini kerana ianya mengandungi 9.4g serat dalam setiap 100g dan protein yang lebih tinggi daripada beras perang, barli dan tepung gandum. Kandungan khasiatnya yang tinggi menjadikan ia lambat dicerna serta dapat membekalkan tenaga melalui pembebasan glukosa ke dalam salur darah. Oat juga dianggap sebagai ‘Super Grain’ yang turut membekalkan nutrisi yang penting untuk kesihatan. 

Dan jenama Quaker Oats dapat mengekalkan khasiat asli oat dengan menggunakan bijirin penuh seperti bran (lapisan paling luar) yang tinggi dengan Beta-Glukan dan vitamin B, endosperma oat yang tinggi dengan karbohidrat dan protein, serta lapisan germa oat yang juga tinggi dengan vitamin B, vitamin E, mineral dan fitokimia

Jadi itulah antara sebab kenapa saya suka memilih oat (terutama dari jenama Quaker Oats) dalam penyediaan hidangan sahur saya dan keluarga setiap hari.


Bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan 'Overnight Oats' adalah seperti:-

1. Quaker Oats Multigrain
2. Susu segar
3. Chia seed
4. Buah strawberi
5. Buah naga
6. Madu

Sebenarnya bahan utama adalah Quaker Oats dan susu segar. Untuk bahan sampingan seperti buahan atau kekacang (boleh diletakkan juga) adalah bergantung kepada selera masing-masing.

'Overnight Oats' ni biasanya saya akan menyediakan malam sebelum waktu sahur. Jadi apabila bangkit sahur, saya tidak perlu kelam kabut untuk menyediakan makanan sahur. Apa yang perlu hanya mengambil sahaja 'Overnight Oats' yang telah disediakan malam sebelumnya yang mana telah disejukkan didalam peti ais.

Cara penyediaannya sangat mudah.

 Letakkan sedikit Quacker Oats Multigrain dalam bekas berkedap udara. Sukatan ikut suka.

Masukkan susu segar ke dalam bekas yang telah diisi dengan bijirin tadi.

Sedkit madu untuk rasa manis.

Letakkan chia seed. Untuk pengetahuan semua, chia seed kaya dengan khasiat omega, fosforus, poasium, protein, fiber dan banyak lagi.

Saya letakkan isi buah naga. Ini kerana memang saya sukakan rasa buah naga ini. Paling penting buah naga ini juga mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi.

Dan akhir sekali saya masukkan strawberi sebab saya sukakan rasa manis dan masam yang ada didalam buah strawberi. Pastinya buah strawberi ini merupakan buah kesukaan anak-anak saya. Jika saya buat 'Overnight Oats' memang saya akan masukkan buah ini dalam kuantiti yang banyak!

 Tada!!!! Siap utnuk dinikmati, hehehe.

Tapi sebenarnya saya masukkan didalam peti ais (bahagian bawah) dan biarkan semalaman. Ini untuk mendaparkan rasa yang lebih segar dan enak.

Amani memang akan minta saya sediakan 'overnight oats' untuknya seminggu dua kali. Ini terutama yang mempunyai rasa strawberi.

Manakala Afiq beliau lebih sukakan campuran buah pisang, mentega kacang dan sedikit rasa coklat bersama bijirin serta susu.

 Antara feveret Quaker Oats yang dijadikan stok wajib ada sepanjang bulan puasa tahun ini :-)

Sebenarnya kalau korang nak dapatkan resepi-resepi menarik lain menggunakan Quaker Oats, bolehlah layari http://www.quaker.com.my/recipe-book.html

So, tips bersahur korang macam mana pula? Jom kongsikan bersama saya :-)

#QuakerMommySahurHacks

Comments

I tak lalu makan oat begitu sahaja. I rasa kena tambah buah-buahan dan madu untuk menyedapkan lagi rasa quaker oat ni. Boleh mengenyangkan juga sebab oat ni makan berserat. Quaker oat juga boleh melindungi jantung kan?.
adianiez AIDA said…
1 and 2 amalan aida & famili.
Oat hanya aida sorang. Yg lain diorang x nak hu hu...
But aida x buat overnight oat gitu. Juast 1 plain Quaker oat. Suam.
Adoi sedap sgt. Mengenyangkan.
Kita suka instant oatmeal tu. Selain memberikan kesihatan, perut takdelah terkejut kan bila pepagi dah makan berat. Yang penting senang untuk disediakan
Khai Artzfar said…
wah ini tips baru! boleh try sebab before this memang tak lalu makan oat tapi ni tengok cam sedap je. ni memang kenyang ke akak? ingat nak try lah nanti
Wow, tq untuk resepi overnight oats tu tau. Saya sebenarnya memang dah lama nak buat ni tapi asyik lupa cari bahan je ha. ni bulan puasa ni bolehlah cari barang sikit dan try buat hehehe
Shidah Abdullah said…
Wah bijaknya anak2. Pandai makan macam tu. Saya sendiri tak mampu. Tapi masih perlu cuba sebab makanan sihat kan
Fieza Sani said…
Oats antara makanan yang paling tahan lama untuk kita berpuasa sepanjang hari.ada jugak rasa nak try tapi en.asben iolls tu tak makan oats..huh..penah beli dulu utk dia..memacam alasan dia tak nak makan..may be sebab plain kot..tak buh apa..tu yang rasa muak...tapi tgk kat google, ramai share reseipi buat oats sedap camni, rasa nak cuba jugak...
Faries said…
Tips pengambilan oat tu memang saya amalkan selalu semasa sahur dan apa yang paling best tenaga maintain sampai waktu berbuka . untuk recepi overnight oat tu menarik. Nanti nak try =P Thanks for sharing kak ayu .
Emilinda said…
Emi sahur duk rumah bujang ni memang makan cereal + susu + kurma je. Alhamdulilah tak lapar sangat. Emi rasa sebab susu tu kot. Buktinya semalam lupa beli susu so ada sikit je. Harini cepat lapar la pulak, hahah
Amanda Suria said…
SA selalu buat overnight oat ni..selalunya bila notice berat badan dah naik melampau..sedpa pun sedap dan the best part memang mengenyangkan..SA suka tambah dengan bermacam buah..baru la rasa dia menarik...
Mimi Azirah said…
Saya ada baca yang oat memang sesuai makan bersahur sebab tahan lama rasa kenyang tuh. Tak pernah makan oat lagi. Nanti boleh try. Selalu time sahur saya makan nasi
Wawa Ashihara said…
Sama lh kita kak...kdg2 mkn oatt yg dh buat mlm td...kenyang prut rasanya.. Klo mkn nasi, buat rasa cpt lapar siang hari... Anak2 pon jd suka dgn oat ni kan sbb pnyediaan yg sgt mudah... Hri xpose pon kita amalkn mkn oat time breakfast...
Nadia Johari said…
Nad pun tengah belajar-belajar amik quaker oat ni..memang kenyang dan tak penat masa puasa ni..nad pun tambah buah-bauahn , tambah madu nak bagi rasa sikit..hehee..
bagus la amalkan makan makanan yg berzat masa sahur. makanan mcm ni mmg akan beri tenaga sepanjang hari. kalau letak banyak buah macam ni anak2 pun teruja nak sahur
rubydotmy said…
Saya sahur mesti nak nasi. Huwaaa. Kalau takda nasi,mesti jam 12 dah lapar. Haha. Nanti nak cuba overnight oats ni. Kalau ok,saya bleh la amalkan selalu. Hehe
Hanny Abdullah said…
Tengok oats ni teringat pulak oats yang dah lama dalam almari tu..hahaha, nanti nak kuarkan balik dan nak buat untuk sahur malam ni..:D, thanks ayu sb mengingatkan, nasib baik tak expired lagi..hikhikhik
Jia Shin Lee said…
Great tips to be shared, overnight oats is really nutritious, I always prepare it for breakfast and adding in chia seeds helps keep you full.
Zharif Azis said…
Ini rupanya rahsia Kak Ayu bertenaga sepanjang bulan puasa. No wonder menang tittle Supermom ! Nampak je menu quacker oat nie simple. Tp bila bulan puasa nie, nampak alahai sedapnyaaaa ! Nk cuba jugak lh utk sahur besok
Mawardi Yunus said…
bagus tips-tips akak ni, saya setuju sangat dengan point yang akak beri. saya sendiri x pandai nak makan oat. biasanya air masak segelas dengan kurma dh ok

Popular Posts