Banyak Tawaran dan Promosi Menarik Di Lulu Hypermarket | Jom Shopping Sakan

Zaman sekarang ni kalau nak pergi shopping kena pandai pilih tempat. Haruslah kesedaran menjadi pengguna bijak perlu ada dalam diri apatah lagi saya yang sedia maklum mempunyai ahli keluarga yang ramai.

Dalam banyak tempat untuk berbelanja saya paling suka pergi ke Lulu Hypermarket & Department Store. Lokasi hypermarket ini terletak di betul-betul di bandar KL. Memandangkan sekarang sudahpun bermula ramadhan dan tidak lama lagi kita akan menyambut sambutan aidilfitri, alang-alang berjalan ke Jalan Tar  untuk shopping raya jadi bolehlah singgah sekali di sini bila barangan keperluan. 

Untuk pengetahuan korang, Lulu Hypermarket ini terletak betul-betul sebaris dengan Butik Ariani dan Jakel Kuala Lumpur.

Ya ampun!!! Banyak promosi telah berlangsung di Lulu Hypermarket sebenarnya. Memang langkah kananlah masuk ke pasaraya di sini. Ini kerana  terdapat banyak gila barangan yang ditawarkan dari barangan dapur, rumah, pakaian, penjagaan diri dan banyak lagi ada ditawarkan sehingga diskaun 70 peratus.

Promosi Ramadhan Sehingga 31 Mei 2018
Barangan keperluan rumah terutamanya seperti barangan dapur, perkakasan hiasan rumah, beg, permainan dan banyak lagi semuanya ditawarkan pada harga yang cukup berbaloi.

Paling best di bahagian lauk-lauk basah seperti ikan, daging, ayam memang semuanya segar-segar.

Begitu juga di bahagian sayuran dan bahan kering. Memang seperti pasar yang menawarkan hampir semua sayuran yang boleh kita dapatkan di pasaran. Tetapi pada harga yang cukup berpatutan.


Lulu sebenarnya sangat popular dengan manisan dari negara Arab. Saya kalau datang ke sini memang akan memborong manisan ini kerana pasaran di luar agak sukar untuk diperolehi. 

Bahagian bakeri di sini memang menawarkan roti, kek dan manisan yang sedap-sedap, korang kena beli dan rasa sekali!

Buah kurma di Lulu adalah antara yang terbaik di pasaran. Apatah lagi di musim bulan Ramadhan, pihak Lulu telah mengeksport secara esklusif buah kurma yang terbaik. Antara kurma premium yang boleh didapati di sini seperti Kudhri, Mejdoul dan banyak lagi. Semuanya dijual pada harga yang mampu milik.

Terdapat juga biskut raya dengan pelbagai varian. Bagi mereka yang mencari biskut raya bolehlah dapatkannya di sini.


Saya boleh berada lama di bahagian Lulu supermarket di tingkat bawah ini. Terlalu banyak pilihan dengan harga yang sangat berpatutan menjadikan rambang mata untuk saya membuat pilihan. Bak kata suami saya "syurga wanita yang suka masak", hehehe. Semua produk yang ditawarkan adalah dijamin HALAL dan kualitinya sentiasa disemak dari masa ke semasa.

Dah alang-alang berada di Lulu Hypermarket ini, saya mencari juga pakaian untuk dipakai seisi keluarga pada Hari Raya nanti. Apa yang seronoknya tentang koleksi pakaian di Lulu ini, ianya menyediakan semua jenis pakaian lelaki dan perempuan bahkan kanak-kanak di satu aras. Senang sangat kalau kita nak buat carian pakaian untuk satu keluarga. 

Korang juga boleh dapatkan diskaun sehingga 70% untuk pakaian dari jenama terpilih.

Ada pakaian santai untuk lelaki dari jenama-jenama hebat juga tau.  Antara koleksi pakaian kasual lelaki seperti John Louis, Tag Basic, Sunnex, Twills, Oxemberg, Louis Phillipe, Cortigiani, Sin, River Blue dan banyak lagi. 

Manakala untuk jenama pakaian wanita adalah seperti Eten Women, Arezzo, Cortigiani, Louise Phillipe, John Louis, Shiromy, Maggie Koo dan banyak lagi. Kelaian adalah pada rekaan, warna dan fabrik yang digunakan.

Saya memang teruja betul melihat koleksi anak-anak di sini. Comelnya gaun-gaun disusun kemas terletak cantik di para. Pelabagai warna dan rekaan benar-benar mencuri perhatian.

Koleksi pakaian anak dari seawal 0 bulan meliputi pakaian, kasut dan barangan keperluan lain buat mereka.

Koleksi capal, selipar dan kasut untuk lelaki dan wanita turut ada ditawarkan di aras ini. Begitu banyak pilihan :-)

Antara baju yang menjadi tarikan saya ketika berada di sini. Manis juga bukan jika menggayakan jubah di pagi Aidilfitri.

Serius korang, kalau datang Lulu sila singgah di bahagian Lulu Celebrate. Ini terutama bagi mereka yang meminati kain sari. Sangat banyak pilihan dan yang paling penting cantik-cantik dan murah.

Kalau rasa tak nak beli kain sari tapi berminat untuk dapatkan baju yang sedia siap, seperti baju pujanbi boleh juga korang dapatkan di sini.


Siap ada potongan harga lagi. 25% diskaun, murahkan :-)

Korang juga boleh mendapatkan barangan rumah di level 3. Ada macam-macam perkakasan dan perhiasan rumah. Pinggan mangkuk, karpet dan macam-macam lagilah ada. Kiranya berada di sini kita boleh dapatkan semua barang yang kita kehendaki. Jadi tak perlu pening kepala dengan hadap kesesakan jalan raya, tidak buang masa bahkan memudahkan kita untuk merancang perbelanjaan rumah.


Pelbagai jenis karpet/permaidani bagi mencantikkan ruang tamu, ruang rehat mahupun bilik tidur rumah anda.

Sebagai hiasan ataupun dijadikan perkakasan hidangan buat para tetamu.

Barang perhiasan mencantikkan rumah dan pelbagai lagi baranagan yang lain turut ada ditawarkan kepada pelanggan Lulu.

Bazaar Raya Sehingga 20 Jun 2018

Bersempena dengan bulan Ramadhan dan kedatangan Hari Raya Aidilfitri, Lulu juga telah mengadakan Bazaar Raya yang menawarkan pelbagai barangan elektrik, peralatan serta perkakasan rumah, kasut, dan bagasi dari jenama sepertiPanasonic, Tefal, faber, Sony, Samsung, LG, teka dan banyak lagi. Potongan harga diberikan sehingga 50% diskaun.

Antara barangan yang diberikan potongan 50%, jauh murah jika dibandingkan harga dengan di pasaran.

Memasuki ruang Bazaar Raya memang kita akan dapat lihat barangan elektrik sebagai contohnya disusun kemas mengikut jenis dan kategori bagi memudahkan kita untuk membuat pilihan.

Kebetulan memang saya mencari pengisar. Lihat kepada jenama Panasonic ini yang dijual pada harga RM115 memang murah.

Macam-macam ada! Jadi sekiranya korang mencari peralatan elektrik rumah dengan harga yang terbaik, jangan lupa datang Lulu. Bazaar Raya di Lulu berlangsung sehingga 20 Jun 2018 ya.

Peraduan Beli dan Menang Sempena Ulangtahun Yang Ke -2 (sehingga 31 Ogos 2018)

Alang-alang berbelanja di Lulu jangan lupa untuk serat peraduan yang dianjurkan. Caranya mudah sahaja, dengan hanya berbelanja sebanyak RM50 dan ke atas dalam 1 resit (sepanjang tempoh promosi). Dapatkan kupon cabutan bertuah, isi butiran diri dan masukkan didalam kotak cabutan yang disediakan.

Sebanyak 2 buah kereta Myvi ditawarkan. Selain itu terdapat juga hadiah lain seperti motor Yamaha Lagenda 115z, telefon pintar dan voucher Lulu.

Terdapat 2 sesi cabutan iaitu pada 14 Julai 2018 dan juga 8 September 2018. Korang boleh rujuk kepada staff Lulu di Pusat Perkhidmatan Pelanggan untuk keterangan lanjut.

Saya dah shopping sakan di Lulu, anda bila lagi??

Jom shopping di:-

LuLu Hypermarket & Department Store,
Lot 159,
Persiaran CapSquare,
Off Jalan Munshi Abdullah
50100 Kuala Lumpur



Untuk mengetahui mengenai promosi di Lulu Hypermarket boleh layari,

Website :
http://www.luluhypermarket.com/MY/all


LIKE dan FOLLOW Lulu social media seperti:-

Facebook Page :
https://www.facebook.com/LuLuHypermarketMA/?brand_redir=157614940957730


Instagram Link :
https://www.instagram.com/luluhypermy/

Jom Shopping di Lulu...

Comments

Ciklily Putih said…
berapa banyak abis duit ari tuh? aku rasa nak pi lagi ni ingat nak cari baju plak
emi said…
Uihhh seronok ye shopping. Emi biasa dengar lulu hypermarket ni, tapi so far belum pernah shopping kat sana lagi.
Rawlins GLAM said…
Ayue join la contest tu. Ayue kan sangat bertuah. Menang dapat kereta tu nanti share la ngan Rawlins.
Qeela Aini said…
Wahh banyak betul promosi yang ada dalam ni yea! Lulu ni dah macam Mydin pon ada kan, semua lengkap pilihannyq di bawah satu bumbung. Tapi nampak lagi menarik bahagian makanan tu, hehe. Bagusla banyak pilihan untuk dhopping raya kat sini kan 😊
I paling suka bekas teko dan cawan2 Arab tu. Nampak cantik la. Boleh letak teh arab dalam tu dan hidangkan pada tetamu yg berkunjung. Macam best je Lulu ni.
Maha Mahu said…
Yer akak hari tu kita pergi satu troli tu penuh tapi still tasa tak puas nak shopping sebab apa bila kat kaunter kira jer masih rasa macam murah ada jer diskaun geram kita tau memang suka sangat shopping kat Lulu ni dari tahun lepas lagi shopping sini..
Amanda Suria said…
SA kalau masuk sini memang tuju kat market bahan basah dia la..maklum la sukaasak kan..harga bahan basah dia pun reasonable...suka sebab fresh sangat..sayur dan buah-buah jugak..tingkat atas x naik lagi takut terbabas..
Mrs Fuzy Hamid said…
Memang best kat Lulu ni..mmg ralit dgn mcm2 barang yg rare tak rare pun ada..dah lama tak pergi tapi kalau pergi mau terbabas shopping
Mimi Azirah said…
Nasib baik Lulu nih tak ada lagi di kawasan Seremban. Kalau ada saya memang takkan lepaskan oeluang pergi. Tenfok macam macam yang dijual. Murah sangat..Sayur yang dijual pun fresh kan?
Abby Onety said…
Waahh... promosinya banyak.banget nih. Tergoda Abby ingin belanja di disana tapi sayang bulan ini blom sempat melancong ke KL because may students bentar lagi ujian. Menarik ya... ada hadiah utama mobil pulak.
Zharif Azis said…
Baru je terlalu depan lulu hypermarket nie. Mmg ramai betul org dok shopping kat situ. Tambah2 nak raya nie. Mmg banyak lah diskaunnya. Tahniah di atas ulangtahun kedua lulu hypermarket
Emas Putih said…
Dah lama nak p lulu ni tapi jauh msangat dengan rumah hehe. Selalu memang akan ke NSK je 7minkt dah sampai:.. Tapi lulu ni barang dia bukan takat barang basah semua tapi juga ada jual macam-macam spt baju dll. menarik!
The Fat Paw said…
I have always wanted to go to Lulu Supermarket. Tapi being in the middle of town it's worrying due to the travel and traffic jam. But since it's got good offers I may just drop by
dr-Life said…
lately read so much about them and really into my surprised they are big... and selling various kind of items. Wanna take a visit on this soon....
Mawardi Yunus said…
ramai betul kawan-kawan shopping kat lulu ni. sayaplak tak pernah berkesempatan nak kesini. katanya barang yang dijual murah murah

Popular Posts