DairyGo Teh Tarik Didalam Pek On-The-Go, Mudah Dibawa Ke Mana Sahaja



 Minuman teh tarik sememangnya sentiasa menjadi pilihan rakyat Malaysia. Pada kebiasaannya kita mendapatkan produk ini di kedai-kedai mamak, restoran mahupun kafe ataupun dengan membancuhnya sendiri.

Namun kini, satu inovasi Teh Tarik didalam pek on-the-go telah diperkenalkan dibawah jenama DairyGo,  Apa yang menarik perancangan dan proses mengeluarkan produk minuman teh tarik ini mengambil masa setahun lebih (sejak awal tahun 2017 lagi). Ini bagi memastikan kualiti teh tarik yang dihasilkan benar-benar yang terbaik dan mampu memberi kepuasan kepada setiap pelanggannya.


 Dan saya telah berpeluang hadir dan menyaksikan sendiri pelancaran produk DairyGo Teh Tarik di IDCC. Apa yang penting selain daripada dapat mendekati pengasas produk ini iaitu Puan Bella Yahya, saya juga memang sangat teruja untuk mencuba minuman ini. Ini kerana katanya produk minuman ini sudahpun menerima tempahan yang luar biasa secara atas talian (on-line). Biarpun agak baru namun permintaan dari pelanggan memang sangat memberangsangkan.

 Gambar kandid, hehehe. Kenalkan ini adalah antara mereka yang terlibat secara langsung dari segi idea, pemilihan bahan ramuan, pemproses, pengawalan kualiti (QC) dan sehinggalah terlahir jenama DairyGo (produk dairy yang on-the-go).

Untuk pengetahuan semua, produk Teh Tarik adalah produk pertama keluaran DairyGo dan dijangka akan ditambah lagi produk dairy yang lain seperti susu kurma dan sebagainya. Jadi sama-samalah kita menunggu kehadirannya di pasaran ya!

Gimik pelancaran yang mana Puan Bella telah menunjukkan skill beliau membuat tarikan teh tarik terpanjang. Selain itu, turut diselitkan pertandingan aksi tarik minuman teh tarik terpanjang yang penyertaannya terbuka kepada semua tetamu yang hadir.

Apabila telah bertemu 4 mata haruslah diajak bergambar sama kan. Sesuatu yang istimewa apabila kita dapat mengenali usahawanita yang berjiwa kental, kreatif dan berdaya saing didalam bidang keusahawanan. Seperti yang kita ketahui Puan Bella merupakan pengasas kepada pakaian wanita muslimah di bawah label Bella Ammara. Dan kini bukan hanya pakaian sahaja, bahkan terdapat juga produk muka, produk kecantikan, barangan keperluan bayi dan banyak lagi.

Dan tercetusnya untuk menghasilkan air Teh Tarik DairyGo ini antaranya kerana Puan Bella sendiri memang sangat sukakan teh tarik!

Teh Tarik DairyGo ini boleh bertahan sehingga 1 tahun 6 bulan. Saya juga difahamkan dalam waktu pemilihan ramuan didalamnya juga mengambil masa yang cukup lama. Pelbagai kajian telah dilakukan bagi memastikan produk yang dikeluarkan itu bermutu tinggi. Contohnya seperti daun teh yang digunakan adalah dari jenis yang terbaik. Manakala susu yang digunakan adalah susu segar dari New Zealand.

Apa yang penting ianya didatangkan dalam pembungkusan pek yang mudah untuk dibawa ke mana sahaja. Bahkan kita boleh juga pos produk ini kepada pelanggan tau.  Produk ini tidak ada bahan pengawet, tiada pewarna, halal dan juga tiada kolestrol. Jadi ianya boleh memelihara kesihatan kita agar tetap kekal sihat. 

Jika tiada pengawet bagaimana ianya dapat bertahan lama? 
Ini kerana pembungkusan pek ini adalah di vakum pada tahap yang paling terbaik dan ini dapat mengelakkan minuman bersusu ini daripada rosak. (tidak terdedah kepada bakteria dan sebagainya)

Boleh dinikmati samada sejuk atau pada cuaca bilik (tetapi saya sangat rekomenkan nikmati ketika waktu sejuk). Tetapi perlu diingatkan sekiranya sudah membukanya, ianya haruslah dihabiskan dalam tempoh 24 jam. Harga yang ditawarkan adalah RM4 satu pek (200ml). Dan buat masa sekarang boleh didapati secara on-line melalui https://www.instagram.com/dairygo_/ dan pada masa akan datang kita boleh dapatkan di kedai atau pasaraya yang berhampiran!

Jom pekena Teh TarikDairyGo!

Comments

Berrminat nak cuba, terutamanya yang ada campur dengan kurma tu. Tunggu lepas dah ada jual kat kedai senang, online nak tunggu lama.
Mimi Azirah said…
Buat peminat teh tarik, dairygo teh tarik nih memang memudahkan untuk dibawa kemana saja.tak payah minum bungkusan ikat twpi ke apa. Datang dalam bungkusan yang friendly use amat mudah untuk diminim just bukak penutup terus minum.x nak minum tutup penutup semula. Harga pun murah berpatutan. Kreatif sangat founder yang mencipta minuman teh tarik dalam packaging yang mesra pengguna.
Hasif Hamsyari said…
Wahh menarik juga ni. Selain sedap, yang tak kurang penting mestilah kualitinya trbaik! Moga-moga cepatlah ia memasuki pasaran. Lebih suka mendapatkan sesuatu produk di kedai sebenarnya. Mesti laku keras ni!
Amanda Suria said…
Senang dan tak perlu bersusah payah apabila teh tarik di jadikan packaging macam ni..apa rasanya Ayu? sedap x? boleh la SA cuba nanti..Bella jadi spokes person ye...bagus untuk dia..product baru mesti cuba..
Hanny Abdullah said…
Alahaiii..sempat lagi korang ke event ni ekk. Kalau sis tau sempat sis dah bagi nama nak join, bolehlah rasa teh tarik ni.
Nampak gaya kena tunggu and beli and cuba lah teh tarik ni..walaupun bukan peminat teh tapi boleh aje minum
iffah hussin said…
Waaa bestnya dapat g event macam ni, kalau peminat tegar teh tarik memang akan beli setiap hari senang nak tapau letak dalam handbag tak takut tumpah... packaging dia memang menarik sekali kalau jumpa dekat mana-mana comfirm saya beli dan nak cuba! he he he suka minum teh tarik
Eintan Nurfuzie said…
teh tarik yg dah siap? wow.. x perlu lagi nak kena pakai tudung bersiap nk gi kedai.. stanby kt umah je.. rs teringin terus minum.. bulan puasa inimesti kena pekena malam2..
Maha Mahu said…
Tiba-tiba lak teringin nak jadi usahawan macam mereka ni walaupun hanya jual minuman Teh Tarik jer. Bulan puasa ni mesti lakukan sedap kita dah rasa air ni memang menggoda....
marsha said…
Wah teh tarik on the go? Cayalah!! Bulan posa ni mesti laku keras ni. Marsha pun nak jkin beli jugak ni. Peminat fanatik teh tarik ni. Teruja sangat!!
Ika Sani said…
Wahh dah ade ke teh tarik? Tak perlu la beli di kedai mamak. Senang je terus minum. Dah la Ika penggemar Teh tarik.Kena cuba ni .
Bella Enveeus said…
Mula2 Bella tengok packaging, ingatkan juice la. Sekali baca lagi sekali baru perasan teh tarik. Harap2 flavour sama macam teh tarik yang biasa kita buat tarik2 tu. Kalau takde "froth", tak syok lah kan.. Hehe..
Mrs Liez said…
Seronok la kaki teh tarikh ni... jenis on the go boleh minum bila2 masa kat mn pun. Packaging lai dr yg lain. Tgk pu dah selera.. lps ni tuyup la kedai mamak
Zharif Azis said…
Wahhhh dah ada dlm bentuk yg segera ya. Baguslah sbbnya xperlu menunggu utk dibuat. Tinggal grab je. Bagus dia ambil peluang ini yg mna rakyat malaysia mmg suka gila akan teh tarik. N bagus betul yer dia x pkai bahan pengawet. Barulah rasa selamat utk consume
Emi said…
Wahhh, menariknya konsep. Teh tarik pun dah dipaketkan dalam paket mudah macam ni. Sangat praktikal. Teringin pulak nak rasa sedap atau tak. Packaging dia nampak menarik .
Jia Shin Lee said…
Never heard of this brand before but this is really creative innovative, for the tarik loves they can enjoy.it on the go anytime anywhere that's really.convenient.
Bro Framestone said…
Dulu satu ketika, teh tarik memang fav kita hahaha kira ok juga ianya didatangkan dalam packaging macam nie... Ada masa, nak try juga nanti.. mana tahu boleh jadi fav drink kembali ;)
Betty Liew said…
Teh Tarik is my favourite drink. One day sure I will not miss it. But I like the packaging as I can enjoy my Teh Tarik anytime. Simple put in my handbag and I ready to drink it.
dr-Life said…
woa.. nak yang ni jugak.. so much convenient and i can bring to anyone i want. mesti sedapkan sebab is teh tarik!!! i love this la!!
Tu dia, lawa packaging dia. Memang mudah nk bawa ke mana-mana.
Mesti sedap kan? Lagi-lagi kalau minum sejuk-sejuk, gulp.

Haish, tetiba terliur pulak. Nak try beli la nanti, macam best
rubydotmy said…
Wahhh tahniah Bella dan Carl dah berjaya melebarkan sayap dengan produk minuman. Ruby ingatkan produk ni syarikat permanis or nestle punya. Packaging nice dan nampak international. Lepas ni boleh minum teh tarik dimana-mana selain hanya di Mamak kan. Hehe

Popular Posts