Haqqi | Hab Kelengkapan Haji & Umrah Mampu Milik

Haqqi kalau dilihat pengertian dalam agama Islam membawa maksud kebenaran, yang benar. Simboliknya perkataan ini membawa maksud yang sangat baik. Sesuai dengan nama, Butik Haqqi menawarkan pelbagai barangan dan kelengkapan untuk mereka yang ingin menunaikan umrah dan haji. Selain itu, Butik Haqqi juga ada menjual produk pakaian muslim dan muslimah dari label jenama yang cukup dikenali. Antaranya seperti Owl By ND, Baju Melayu Wak Doyok dan banyak lagi.

Mula beroperasi di penghujung tahun 2016, kini Butik Haqqi telah mempunyai 4 cawangan iaitu di seksyen 7 Shah Alam, Bangi Sentral, TTDI Kuala Lumpur dan Wakaf Tembusu Kuala Terengganu.

Sebagai Pusat Sehenti (One Stop Centre) untuk mereka yang ingin mendapatkan keperluan dan barangan bagi mengerjakan umrah, tidak dinafikan pilihan yang ditawarkan cukup banyak. Antara yang menjadi perhatian saya ialah kain telekung untuk wanita.

Kain telekungnya tidak jarang, sangat lembut dan selesa. Apatah lagi tujuan utama kita menggunakan telekung memang untuk beribadat, kita haruslah mencari yang terbaik buat diri kita. Bukan hanya pakaian sahaja kita perlu memilih tetapi untuk solat kita juga pilih yang terbaik mengikut kemampuan kita.

Saya memang sangat suka akan kemasan jahitan kain telekung di Butik Haqqi. Memang sangat teliti jahitannya. Paling best di bahagian dagu, ianya menggunakan kain yang begitu lembut dan bila kita sarung telekung tersebut ianya benar-benar terletak kemas. Jadi kita tidak akan ada masalah dengan isu anak rambut mudah dan asyik terkeluar terutama apabila kita sedang beribadat.

Selain itu terdapat variasi corak kain telekung yang ditawarkan. Ini merangkumi jenis fabrik yang digunakan, lace, warna dan saiz. Oh ya! Terdapat 5 koleksi telekung yang ditawarkan iaitu Mukarramah, Aisya, Adawiyah, Az-Zahra dan Telekung Mini.

Dari segi harga memang mampu milik. Setiap koleksi menampilkan kelainan dari segi fabrik, warna, sulaman dan juga lace. Jadi ianya memberi pilihan kepada pembeli untuk memilih mengikut minat dan bajet yang mereka peruntukan.

Antara corak sulaman dan lace yang cantik hadir di dalam koleksi telekung di Butik Haqqi seperti dibawah:-

Sulaman dengan corak bunga kerawang agak simple tetapi hadirnya dengan warna lembut menyerlahkan lagi warna telekung dari koleksi ini.

Untuk yang ini lacenya memang cantik. Rasanya ianya sesuai dijadikan sebagai hantaran, hadiah nataupun beli untuk diri sendiri :-)

Penmpilan yang lebih esklusif terutama penggunaan warna gold dan putih.

Ada juga datangnya bukan dengan lace, tetapi berkelim dengan warna lain yang juga sangat cantik pada pandangan saya 

Pada mereka yang sukakan sulaman yang agak tidak berat. Saya syorkan koleksi ini. Anak-anak muda biasanya sukakan yang ringkas dan telekung rekaan seperti ini pasti menjadi pilihan mereka.

Rekaan yang cukup minimalis tetapi tetap kelihatan cantik.


Selain daripada warna putih, terdapat juga koleksi telekung berwarna lembut ada ditawarkan di Butik Haqqi.

Dan biarpun didatangkan dengan warna apa sahaja, rekaan telekung di Butik Haqqi memang sangat kemas. Seperti yang saya katakan tadi, kita boleh lihat bagaimana ianya benar-benar menutup dagu dengan selesa.

Jika ditanya pada kesukaan saya, tentunya saya memilih warna putih. Lebih universal dan lambang kepada warna putih itu sendiri yang membawa maksud suci/bersih. Dan koleksi Aisya antara menjadi feveret saya.

Antara sebabnya saya memang sangat sukakan kain jenis cotton jepun, Tak melekat di badan dan ianya tidak panas walaupun kita dah pakai lama.

Rekaan telekung ni agak berlainan sikit. Macam ada double layer di bahagian atas.

Kain telekung walaupun tidak terlalu tebal tetapi tidak jarang. Pada bahagian muka adalah free size, adjustable dengan tali, dan tebal (seperti memakai kain 2 lapis) jadi kita tidak perlu memakai anak telekung kecil.

Ini pula telekung untuk kanak-kanak, Cantikkan!

Terdapat juga mini telekung di tawarkan di sini. Memang tidak dinafikan sesetengah wanita memang meminati telekung mini kerana ianya boleh pakai seharian dan boleh terus digunakan untuk beribadat. Ini kerana dari saegi syarak, ianya telah menutupi mana yang wajib ditutup.

Pelbagai pilihan warna dan rekaan mini telekung ada ditawarkan di sini. Semuanya cantik-cantik.


Pakai mini telekung dan jubah sememangnya nampak menarik bukan?

Di Butik Haqqi juga ada ditawarkan jubah untuk lelaki. Ada pelbagai rekaan yang boleh kita pilih.

Begitu juga dengan pilihan fabrik, warna, corak dan saiz. Bergantung kenapa minat dan bajet yang kita ada :-)

Alang-alang membeli telekung dan jubah di sini, korang boleh dapatkan barangan dan kelengkapan lain untuk mengerjakan haji dan umrah. Antara yang hot selling tentulah kain ihram dari label Al-Mukarramah. Ianya adalah 100% cotton asli yang mampu memberi keselesaan dalam keadaan apa jenis cuaca yang dilalui.

Terdapat juga sarung tangan untuk wanita.

Dan juga stokin. Fabrik yang digunakan memang best :-)

Seluar ni memang sangat dicari tidak kira lelaki atau perempuan terutama untuk dipakai ketika mengerjakan umrah dan haji. 

Terdapat juga peralatan penjagaan diri khas untuk mereka yang ingin membawa ke bumi Madinah dan Mekah. Ianya memang benar-benar HALAL dan didatangkan dalam pembungkusan kompak yang sangat praktikal untuk  dibawa pergi 'travel'.

Antaranya produk Al-Haj seperti pelembab bibir, sabun mandi dan banyak lagi.

Terdapat juga produk jenama Wafda dan tali pinggang besar yang khas digunakan untuk mengerjakan haji dan umrah.

Tasbih digital, minyak wangi yang halal semuanya ada di jual di sini.

Terdapat juga sandal dan selipar pelbagai jenis rekaan dan saiz ditawarkan di Butik Haqqi. Ianya memang sandal khas yang sangat direkomenkan untuk dipakai ketika beribadat di bumi anbiya.

Seriously! Semua barangan dan kelengkapan haji dan umrah ada dijual di Butik Haqqi. Kita tidak perlu pening kepala mencari di banyak kedai untuk mendapatkan semua barangan keperluan yang perlu dibawa. Jimat masa dan paling penting harga yang ditawarkan memang sangat berpatutan.

Butik Haqqi Shah Alam,
No 13 & 15 Jalan Plumbum S7/5,
Seksyen 7, Shah Alam
Selangor
03-55234798

Kita juga boleh dapatkan barangan Butik Haqqi secara online di  https://haqqi.com.my

Dan jangan lupa untuk ikuti perkembangan Haqqi di Media Sosial:-

INSTAGRAM: https://www.instagram.com/haqqi.com.my/
FACEBOOK: https://www.facebook.com/haqqi.com.my/
TWITTER: https://twitter.com/my_haqqi

Comments

Kylie wenn said…
So many items they r selling.. lots of choices available... looks like it's great shop for all muslim..
Zharif Azis said…
Lajunya Kak ayu !!

Memang satu butik yang cukup dengan semua kelengkapan. Dari hujung rambut sampai ke kaki. Semuanya ada. Senang nak membeli belah. Xperlu susah2 cari satu kedai ke satu kedai yg lain. Butik haqqi semuanya ada. Telekung dia sangat eksklusif dan pelbagai jenis. Rambang mata jdinya
Khai Artzfar said…
bagus jenama ni! sebab semua ada macam one stop centre. tak payah susah-susah nak cari merata tempat.yang bestnya kelengkapan haji pun ada. tahniah!
The Fat Paw said…
Nice collection and colors are lovely too. The embroidery looks very intricate. Japanese cotton surely helps keep the body cool. Will recommend to my friends going for umrah
I kalau telekung suka yang kain cotton sebab sejuk je bila pakai. Pilihan warna tu I suka putih. Seluar yang u kata sesuai dipakai masa umrah/haji tu i pakai juga terutama bila pakai baju ala dress atau jubah. Selesa.
Amanda Suria said…
Cantiknya telekung tu semua..kat Shah alam pun ada kedai best macam ni ha..banyak pulak pilihan..x perlu SA pi Jakarta atau bandung beli telekung..sebelum ni beli kat sana je berpasang- pasang..kat sini pun ada yang cantik2 kan..
Bagus betul butik Haqqi. Macam-macam ada. Memang bagus untuk orang yang nak pergi haji. Harga pon berpatutan. Telekung pon cantik-cantik. Boleh lah terjah dekat cawangan bangi sentral nanti.
Mimi Azirah said…
Baguslah butik Haqqi nih segala kelengkapan untuk menunaikan umrah haji ada. Tak oerly kalut cati dah. Semua dalam satu butik. Telekung tang dijual pun cantik cantik dan ya jahitan pada telekung sangat kemas
Mek Onie said…
Baguslah produk haqqi ni. Pelbagai jenis telekung yang disediakan dan yg bagusnya dorg oun sediakan kelengkapan barangan untuk umrah dan haji ye. Bagus dan sangat efektif serta mudah nak cari bila one stop centre ni.
rubydotmy said…
Sekarang dah senang, cari barang pergi Haji, Umrah, atau barang keperluan sebagai umat Islam seperti telekung dan penjagaan aurat wanita. Semua ada dekat Haqqi. Cawangan haqqi pun banyak dah. Saya tunggu cawangan di KL. Sebab Bangi, Shah Alam jauh benar. Sekarang bleh order online. Tapi tulah nak cuba juga, nanti tak selesa. Hahaha.
Hanny Abdullah said…
Wahh bagus jugak ada tempat jual barang-barang Umrah dan Haji yg mampu milik ni kan. Dulu masa sis gi umrah..tercari-cari jugak barang-baramg umrah yg mampu milik dan kualiti yg bagus ni, susah nak jumpa. Nanti leh lah sis rekemen kat sesiapa yg nak gi Umrah atau Haji utk ke sini
Cik Puan Ena said…
Kalau pegi trmpat camni mesti nak tengok koleksi telekung kan. Paling penting keselesaan nak ibadah. Tertarik yang ada double layer tu. Hehe.. tak pernah nampak pulak. Teringin nak pegi butik Haqqi
Hasif Hamsyari said…
Wah... Baru tahu wujud kedai macam ni, yang lengkap menjual keperluan untuk haji dan umrah. Sangat memudahkan para jemaah kan! Kain-kain dia nampak simple dan yang penting lagi selesa serta berbaloi. Bolehlah nanti nak ke sini dan find out lagi apa yang ditawarkan!
emi said…
Macam tahu2 je emi tengah nak beli telekung. Nak telekung baru untuk hari raya ni. Tapi tak tahu nak beli kat mana. Boleh buat gili2 dengan telekung yg dah memang ada. Best tak material kain dia? Nak cari yg tak panas.
Jia Shin Lee said…
Great range of products, this place is worth recommending for those who are looking for new telekung for this coming raya.
Sunshine Kelly said…
This place got so many nice choices and all complete for those going to umrah and prayers. Will intro to my muslim cols.
Bro Framestone said…
Hai kak.. dah ada plan nak pergi menunaikan umrah @ haji dalam masa terdekat nie ke?

Teringat lagi, baju nikah saya dulu cari dekat kedai macam nie la... Sekejap je dapat mana yang berkenan...
Bestnya, macma kedai pakaian untuk pergi Haji dan Umrah. Boleh belanja mertua kat sini, alang-alang nanti deorang nak pegi umrah.
Arisa Chow said…
Nice selections of telekung, really pretty designs since normal ones are quite plain. Will share with my muslim friends

Popular Posts