Hotel GrandBluewave Menganjurkan Majlis Iftar Amal Bersama Anak Yatim

Ramadan 2018 kembali lagi. Bulan yang pernuh keberkatan yang mana semua umat Islam wajib berpuasa sepertimana di dalam salah satu daripada lima Rukun Islam yang kita ketahui. Puasa memerlukan kita untuk menahan lapar dan dahaga, mendekatkan lagi dengan Pencipta serta sentiasa mengingati kehidupan insan lain terutama mereka yang tidak bernasib baik. Di bulan ramadhan juga mengajar kita untuk kita lebih bersopan, sabar, disiplin dan yang paling penting mempunyai kemurahan hati.
Bagi kebanyakan kita, apabila kita berpuasa, minda kita cenderung untuk menikmati makanan yang lazat tibanya waktu berbuka. Kehadiran seisi keluarga bersama-sama berbuka menyemarakkan silaturrahim yang sedia terbina.
Bagaimanapun, bulan ini juga mengingatkan kita tentang berjuta-juta orang di luar sana yang tidak mempunyai keluarga lagi. Untuk itu, Grand BlueWave Hotel Shah Alam (GBWHSA) telah mengambil peluang untuk meraikan anak-anak yatim dari Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia dan Teratak Nur Barakah. Mereka telah dijemput untuk menikmati Buffet Ramadan kami untuk acara amal pada 2 Ramadan 1439H / 2018M.
Acara Iftar dimulakan dengan upacara pemberian duit raya, seterusnya sesi berfoto bersama dengan anak-anak yatim dan media. Anak-anak yatim yang dijemput begitu teruja dan bersemangat untuk berbuka melihat akan sajian yang telah pihak hotel sediakan. Usai selepas doa Maghrib, anak-anak ini dapat menikmati hidanganmakan malam yang begitu lazat. Antaranya seperti kambing panggang, Margarita Pizza, Braised Beef Wellington, variasi Dim Sum diikuti oleh pelbagai pencuci mulut yang enak.

“Alhamdulillah, we are very happy to always have this gathering because it makes us feel very proud when we see these children and the needy smile and happy. We shall continue giving the best service to our customers and we encourage everyone to come and experience our services. The background of the Iftar with the orphans is as backed by our hospitality and unique service we offer our customers. We encourage all to use this period for constructive things and also unite for a better tomorrow,” "kata Pengurus Hotel GBWHSA, Tuan Haji Mohd Ghazali Sayed Ibrahim.

Program anjuran Grand BlueWave Hotel Shah Alam, ini juga telah mendapat penajaan dari Bayu Spa. Hari yang cukup bermakna yang membawa kebahagiaan dan kegembiraan yang dapat kita lihat sendiri dari wajah anak-anak ini. Moga tanggungjawab sosial ini dapat diteruskan untuk tahun-tahun yang seterusnya.

Comments

Popular Posts