Telefon Bimbit Wiko Tommy 3 Sememangnya Mesra Kanak-Kanak

Dunia komunikasi hari ini menjadi semakin mudah dengan adanya telefon sebagai alatan perhubungan. Seperti saya yang mempunyai anak-anak yang sedang membesar sememangnya sangat memerlukan telefon dalam kehidupan seharian.

Memandangkan mereka masih kecil jadi saya telah memilih jenama Wiko Tommy 3. Untuk pengetahuan semua jenama Wiko adalah berasal daripada Perancis (France). Walaupun jenama ini agak baru di pasaran namun ianya cukup dikenali masyarakat Perancis terutamanya.


Harga yang ditawarkan untuk telefon bimbit Wiko Tommy 3 ditawarkan pada harga cukup berbaloi iaitu RM329 sahaja. Dan dengan setiap pembelian akan diberikan Gift Box secara PERCUMA. Antara item di dalam Gift Box tersebut adalah iRing, Headphone dan Selfie Stick. Walaubagaimanapun ianya ditawarkan sehingga stok habis.

Antara spesifikasi telefon bimbit Wiko Tommy 3 adalah seperti:-
- 18:9 Format Widescreen
- 5.45" IPS Display
- 4G LTE
- 16GB ROM (Expandable via MicroSD)
- 8MP Rear Camera & 5MP Selfie Flash Front Camera
- Ciri-ciri Kamera (Auto-HDR, Live filter, Face beauty dan pelbagai lagi)
- Android 7.1 (Nougat)
- Dual SIM

Antara warna yang didatangkan bersama siri Wiko Tommy 3 adalah seperti gambar diatas. Warnanya semua terang dan menarik.

Telefon Wiko Tommy 3 agak tipis saiznya dan tidak terlalu berat. Biarpun mempunyai paparan skrin yang luas, namun ianya hadir dalam keadaan saiz yang kompak dan esklusif . Ianya mudah untuk diletakkan di dalam kocek seluar, tas tangan bersaiz comel dan sebagainya.

Paparan skrin 18:9 ini  didatangkan ciri paparan sentuh (touch screen) memudahkan anak saya mengendalikan telefon ini sendiri. Sangat mudah sebenarnya. Hanya dengan sedikit asas penggunaan telefon bimbit, mereka sudah jelas bagaimana menggunakannya. Ini terutama dalam membuat pemilihan menu dan sebagainya.

Telefon bimbit Wiko Tommy 3 mempunyai kamera belakang 8MP dan 5MP kamera depan (untuk selfie). Nah! Ini antara gambar dari bidikan kamera Wiko Tommy 3. Pada pandangan saya hasilnya 'not bad' juga. Antara gambar #takenwithwiko yang diambil menggunakan telefon ini seperti dibawah:-

 Gambar #takenwithwiko ini diambil pada waktu malam, selepas hujan.

 Gambar #takenwithwiko close-up pada objek.
 Selfie #takenwithwiko My Yara :-)

Gambar #takenwithwiko  yang diambil dari paras bawah. Refleksi dari cahaya. Impak masih cantik.

Antara aplikasi feveret yang dimuat turun didalam telefon bimbit Wiko Tommy 3 khas untuk mengisi masa lapang anak-anak saya seperti Muslim Go, Piano dan Word Searching.

Paparan skrin yang menggunakan konsep 'touch screen' memudahkan anak saya mengeksplorasi menu yang ada dan paling best permukaannya memang agak luas. 


Salah satu penggunaan telefon adalah untuk menyokong perkembangan anak saya dari segi pendidikan. Antara aplikasi kegemaran adalah Muslim Go yng mana anak saya boleh mengaji pada bila-bila masa dengan bantuan aplikasi yang telah dimuat turun. Dengan skrin berbingkai nipis 18:9, dan mempunyai pixel yang tinggi menjadikan segala paparan  akan kelihatan lebih jelas. Begitu juga dengan sistem audio (speaker) mampu memberi kelantangan yang cukup memuaskan.


Saya juga suka memuat turun aplikasi yang dapat membantu memperkasakan Bahasa Kedua (Inggeris) anak-anak saya. Belajar perlulah seronok yang sentiasa saya terapkan, jadi dengan adanya telefon Wiko Tommy 3 yang mempunyai asas sebagai sebuah telefon pintar membolehkan anak saya melayari halaman web, aplikasi dan juga sosial media sudah cukup memadai.

OS Android Nougat yang sangat menyokong aktiviti 'multi-tasking'. Dan ternyata anak saya memang seronok bermain permainan aplikasi seperti 'piano' ini yang memerlukan pergerakan pantas sentuhan jari di skrin. Tak lagged!

Afiq memang suka benar dengan ear phone  ini. Ear phone ini didatangkan bersama dalam setiap pembelian Wiko Tommy 3. Sangat 'smart ' katanya, hehehe. 

Bersempena dengan bulan ramadhan ini telefon Wiko Tommy 3 ditawarkan dengan harga yang cukup berbaloi iaitu RM329 sahaja. Dan tempoh promosi adalah dari 15 Mei  sehingga 14 Jun 2018. Boleh dapatkan telefon ini dari ejen-ejen Wiko yang berdaftar, Lazada, Shopee dan FB WikoMalaysia. Paling menarik, warranti diberikan sehingga 120 hari lamanya (bergantung kepada terma dan syarat).

Secara personal, sebagai ibu saya memang memerlukan telefon ini yang mempunyai asas telefon (basic phone) untuk dijadikan telefon sokongan (telefon nombor 2). Telefon ini boleh digunakan oleh anak-anak. Apatah lagi harga yang ditawarkan memang cukup berbaloi dan berpatutan dengan ciri-ciri telah yang ditawarkan.

Jom dapatkan telefon bimbit Wiko dari Perancis yang sememangnya sangat berkualiti, mengikut trend dan berjiwa muda :-)

Keterangan lanjut boleh layari:-


#wikomobilemy
 #wikoTommy3
#wikoraya


Telefon Bimbit Wiko Tommy 3 Sememangnya Mesra Kanak-Kanak Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on May 28, 2018 Rating: 5

19 comments:

  1. best jugak nih kak..kamera dia pon bagus. saya kalau nak beli phone mesti utamakan kamera dulu..kira kualiti gmbr dia bagus dah nih..harga pon sangat sangat murah..mampu milik kan!

    ReplyDelete
  2. Not bad harga dia..besar pun besar..sesuai utk anak2 belajar..yp tu la anak hilma kecik lagi..nnt kang dia dah besar, x tau teknology ape lagi keluar hahaha kan..mayb ipad pun harga mcm ni jgk

    ReplyDelete
  3. Menarik. First time emi dengar jenama wiko ni. Tapi okay sangat la untuk kanak2 kan.

    ReplyDelete
  4. Nice and affordable. Especially buying for kids.

    ReplyDelete
  5. Macam menarik je kak ayu cerita pasal telefon nI. Nak beli la untuk buat lucky draw untuk anak buah time raya nanti. Design dia dan color pun lawa

    ReplyDelete
  6. brand tak familiar.. tapi bila tgk harga memang wow! sangat... memang sesuai la utk kanak2 yang sememangnya lasak kalau pegang barang.. ni kalau jatuh ke ape ke, takde la ralat sangat ye dakk!

    ReplyDelete
  7. Kiutnya nama telefon bimbit ni. Ala ala nama toys pulak. Maybe sebab target market anak2 kot. Warna pilihan pun banyak gak tu. Untung la Afiq ye?. Jangan berebut dengan Amani ye....

    ReplyDelete
  8. murah dan comel je. kalau nak bagi dekat budak-budak ini bagus sgt! plus kalau untuk travel pun sangat berguna kan? tak payah risau dan spesifikasi dia juga canggih

    ReplyDelete
  9. Harga menarik, murah dan comel jer..bagus ada macam- macam kegunaan x pernah dengar lagi jenama ni tapi spec dia canggih la..bagus untuk anak- anak yang sedang meningkat remaja kan..

    ReplyDelete
  10. besar juga gb dia erk..murah pulak tu..telefon nad ni dah tak boleh install ape dah..tengah cari telefon..ehhehe..bgus telefon ni siap ada al-quran..siapa yang rasa nak beli telefon tu baik beli ni kan..tak pun bagi mak ke..

    ReplyDelete
  11. Menarik juga fetaures Tommy ni. Bagusnya sebab ada app pendidikan untk anak anak. Selain daripada berhibur diorang pun boleh tambah ilmu kan. Boleh fikit fikirkan untuk beli ni

    ReplyDelete
  12. tengok pada harga tu sangat murah tu kak. bagus jugak nak dijadikan telefon no 2 ni. nanti nak cuba tengok la kot kot bekenan kan. leh buat hadiah untuk anak sedara ke apa

    ReplyDelete
  13. Murahnya harga handphone nie. Tp spesifikasi dia boleh tahan hebat. Kualiti pon okay. Warna pilihan pulak pebagai. Siap dpt free gift lagi. Meriah betul ! Ingat nak beli satu lah for my mom

    ReplyDelete
  14. Handphone yang seperti ini memang penting buat anak ya. Selain harganya bersahabat, hp ini juga ramah anak dan di tunjuang dengan aplikasi yang mendidik. Syukurlah bisa ada hp keyak gini.

    ReplyDelete
  15. Berbaloi sangat harga tu. Boleh la Rawlins nak hadiahkan pada anak saudara Rawlins kelak.

    ReplyDelete
  16. wowwwwww murah gak henpon wiko ni eh.... paling best sebab 16 gb tu haaaaa....onie pun sekarang pakai fon size 8gb je...memang mengundang kemarahan sebenarnya bila setiap hari storage full..nampak gaya memang nak kena cari fon baru la ni kan.

    ReplyDelete
  17. never heard of this brand and so interesting!! nice photo shot at night. wanna check this out as im looking for one simple and cheaper price.

    ReplyDelete
  18. Bagus juga phone macam ini for children, the spec and camera quality also quite compatible. Plus i find that the price is reasonable for all who need to start with a smartphone.

    ReplyDelete
  19. very basic phone useful for children especially during koko when need to stay back in school. Not sure if it's suitable for children below 10 because it creates a bad habit.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.