Guardian Menganjurkan Acara Berbuka Puasa dan Berbelanja Secara Percuma Buat Anak-Anak Istimewa Bersama 4 Personaliti Terkenal Malaysia


Bersempena dengan Kempen Hari-Hari Cun, Guardian Malaysia telah menganjurkan satu majlis iftar istimewa yang melibatkan 100 anak-anak dari Rumah Kebajikan terpilih bersama dengan personaliti terkenal tanah air seperti Emma Maembong, Mawar Rashid, Syada Amzah dan Aisha Liyana.


Anak-anak ini adalah daripada Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Cahaya Bistari di Batu Caves, Selangor dan Asrama Darul Falah (ASDAF) di Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur.


Selain daripda berbuka puasa bersama, anak-anak ini juga diberikan voucher RM100 setiap seorang untuk berbelanja di Guardian dan Giant bagi mendapatkan barang keperluan mereka. Memang kelihatan anak-anak ini begitu gembira kerana diberi peluang yang amat bermakna ini. Masing-masing begitu teruja kerana dapat memilih barangan keperluan yang diperlukan bersempena dengan kehadiran Aidilfitri tidak lama lagi.



Penolong Pengurus Perhubungan Awam dan Kerajaan Guardian Health and Beauty Sdn Bhd, Farahani Failul Rahman, yang mengetuai pasukan Guardian dalam menganjurkan acara tersebut di Pusat Latihan Kecemerlangan Dairy Farm di Bandar Kinrara berkata:

“Sebagai rakyat Malaysia, kami tahu bahawa Ramadan adalah bulan yang mulia dimana menjaga kebajikan dan membantu golongan yang kurang bernasib baik adalah amat digalakkan. Dan setiap tahun, dengan semangat memberi dan berkongsi, Guardian Malaysia akan memainkan peranan kami dalam memberi sumbangan dan membawa kegembiraan kepada mereka yang memerlukan.

“Ramadan ini, Guardian Malaysia telah memutuskan untuk memberikan pengalaman dan kenangan membeli-belah yang cukup istimewa kepada kanak-kanak dari dua buah rumah kebajikan ini.”




Malam yang cukup manis buat anak-anak ini apabila dapat mengenali secara dekat empat personaliti
terkenal (Emma Maembong, Mawar Rashid, Syada Amzah dan Aisha Liyana) yang mewakili kempen Hari-Hari Cun Guardian Malaysia. Mereka dapat berbuka puasa sama-sama dan juga anak-anak ini juga dapat merasai sendiri pengalaman membeli belah di Guardian dan Giant serta diberi juga tips bagaimana berbelanja melalui tawaran-tawaran hebat yang terdapat di Guardian semestinya.

Comments

Popular Posts