KEKALKAN BIBIR YANG SIHAT DENGAN LIP PURE

Jika anda mahukan yang terbaik untuk bibir, pilihlah salap bibir yang diperbuat daripada bahan yang terbaik dan asli agar bibir anda dapat menyerap hanya nutrient terbaik untuk mengekalkan seulas bibir sihat. Memperkenalkan Mentholatum Lip Pure, salap bibir yang pasti disukai bibir kerana ia dirumuskan dengan bahan utama semula jadi untuk mengekalkan lembapan pada bibir sepanjang hari.

Mengandungi bahan gred makanan berkualiti tertinggi yang telah diperolehi secara global seperti Beeswax, Jeli Royal dan Minyak Manuka daripada lebah madu, Lip Pure telah dirumuskan dengan:

· Shea Butter dan Avokado dari Amerika
· Badam dari Sepanyol
· Macadamia dari Australia
· Minyak Argan dari Morocco

Bahan-bahan utama ini kaya dengan Asid Lemak, yang secara semula jadi melembapkan bibir. Avocado, yang kaya dengan Vitamin A, D, E dan Shea Butter telah terbukti dapat menggalakkan penghasilan Kolagen semula jadi, yang dapat membantu bibir untuk tetap kelihatan muda, lembut dan mungil. Tambahan kepada itu, Beeswax, Jeli Royal dan Minyak Manuka daripada lebah madu digunakan untuk mengunci kelembapan dan memberikan penghidratan yang berpanjangan untuk bibir yang lembut serta licin sepanjang hari.

Kepekatan tinggi bahan-bahan semula jadi dalam formula ini membolehkan mereka yang mempunyai kulit sensitif untuk menikmati salap bibir Lip Pure. Manfaat setiap bahan diserap jauh ke dalam kulit bibir yang halus dengan hanya seoles. Pakai ia sahaja untuk gaya semula jadi atau sebelum gincu kegemaran untuk menjaga bibir anda daripada kering dan merekah. Tidak kira apa keadaan, Lip Pure memberikan anda kelembapan yang diperlukan untuk memastikan bibir anda lembut, licin dan dicemburui.



Lip Pure boleh didapatkan dalam 2 varian; Mentholatum Lip Pure Botanical Oil dan Mentholatum Lip Pure Fragrance Free di farmasi-farmasi utama seluruh Malaysia pada harga RM18.50.

Comments

Popular Posts