Kiddomo Universe Taman Permainan Berteknologi Interaktif Satu Tarikan Baru Dalam Dunia Kanak-Kanak!

Kiddomo Universe merupakan taman tema 'indoor' pertama di Malaysia yang menawarkan pelbagai permainan  dengan konsep teknologi berinovatif yang membolehkan anak anda bermain dan bereksplorasi dalam dunia imaginasi mereka sendiri.

Apa yang menarik, permainan interaktif yang terdapat di Kiddomo Universe merangkumi semua jenis rangsangan deria yang ada dalam diri manusia. Sebagai contoh penglihatan, pengamatan, pendengaran, sentuhan dan pelbagai lagi.

Anak-anak sebenarnya dapat belajar banyak perkara melalui dunia permainan mereka. Memilih aktiviti permainan yang betul dapat membantu perkembangan pertumbuhan mereka sebagai kanak-kanak yang cergas dan ceria. 

Menyedari tentang kepentingan aktiviti bermain dalam kehidupan anak-anak, saya telah membawa mereka ke Kiddomo Universe di The Starling Mall untuk mereka bereksplorasi permainan menarik yang ada ditawarkan di sini.

Setiap kanak-kanak akan diberikan 'wristband' khas yang mana ianya diperlukan dalam setiap aktiviti yang bakal disertai disini.

Kemas dan luas. Ini adalah di kawasan aktiviti pertama untuk anak-anak. Ianya terletak begitu berdekatan dengan pintu masuk.

Di tempat aktiviti pertama iaitu "Selfie World". Tetapi sebelum itu kita perlulah mendaftarkan diri sebagai pemilik sementara 'wristband' yang digunakan.

Rakamkan gambar selfie menggunakan kamera yang disediakan dan seterusnya kita pilik karekter animasi yang kita gemari. Contoh penguin, naga, ahli bomba, doktor, wizard dan pelbagai lagi.

Ameer sendiri yang memilih untuk menjadi naga :-)

Di sini saya memberi peluang untuk Ameer untuk berani membuat keputusan tentang apa karektor yang beliau ingin jadi. Tiada paksaan dan Ameer sememangnya sangat teruja apabila melihat dirinya sebagai karektor dragon.

Nah! Hasilnya Ameer The Red Dragon muncul si skrin.

Dan lebih menarik, kita akan melihat wajah karektor yang mempunyai wajah kita berlegar di skrin di sini.

Art Box - Aktiviti yang melibatkan seni yang mana kita perlu menggunakan pemikiran yang kritis dan juga berimaginasi dengan melakukan editing pada gambar yang pernah dihasilkan oleh pelukis terkenal sepeti Picasso dan Leanardo Di Vinci,

Dino Discovery- Ini memang syurga permainan anak-anak saya terutamanya Ameer. Selain daripada dapat bermain bola dengan bebas, anak-anak juga boleh mencari 8 biji telur dinasour yang disembunyikan di sini.

Bukan main excited Ameer apabila dapat menemui sebiji telur dinasour di sini. Bagi Ameer sendiri ianya umpama satu 'kejayaan' yang bermakna kerana beliau begitu bersungguh-sungguh mencari telur dinosur di lautan bola yang begitu banyak di kawasan tersebut.

Letakkan telur dinosaur di bahagian tengah dan kita akan dapat tahu tentang pemilik telur tersebut iaitu salah satu spesis dinasour yang pernah wujud satu masa dulu.

Kegembiraan seorang anak :-) 

Untuk anak-anak yang masih kecil, terdapat ruang khas untuk mereka beraktiviti iaitu Baby Gym. Di Baby Gym ini disediakan pelbagai permainan yang sesuai untuk bayi mahupun anak-anak yang dibawah 4 tahun beraktiviti.

Ruang permainan yang agak sederhana luasnya. Namun lengkap dengan pelbagai permainan yang sesuai dengan aktiviti untuk anak-anak kecil. Saya juga sangat sukakan warna ceria yang dipertengahkan di ruang permainan ini kerana ianya benar-benar memberi mood yang ceria buat anak kecil.

Di satu sudut di ruang Baby Gym. Banyak betul lukisan cantik dan menarik di dinding untuk dijadikan lokasi si kecil ber-OOTD.

Salah satu sudut feveret saya. Di ruang kecil ini tesusun kemas buku dan kerusi khas untuk anak-anak untuk mereka bersantai sambil membaca. Salah satu cara menggalakkan anak-anak untuk minat membaca dengan membawanya ke tempat yang selesa dan banyak pilihan buku menarik untuk dibaca!


My Amani dan buku bernombor.

Ibu dan bapa juga boleh menghabiskan masa  berkualiti mereka di sini bersama anak-anak dengan membaca buku yang bersesuaian dengan tahap umur anak mereka. 

 
Dikenali sebagai Glass House, ruang yang membolehkan anak-anak ini duduk dan menonton rancangan kartun yang ditayangkan.

Di sini juga biasanya dijadikan ruang untuk majlis hari jadi, bengkel aktiviti dan sebagainya. Sekiranya kita berminat untuk sebarang aktiviti atau majlis kita boleh menyewa ruang ini yang didatangkan dengan pelbagai kemudahan dari pihak Kiddomo Universe.

Seterusnya kita ke Yume The Dream Zone.
Pelbagai permainan interaktif di sini. Antaranya seperti Magic Mirror dan pelbagai lagi. Seperti aktiviti yang dimain oleh Amani iaitu beliau menjadi naga dan perlu bergerak dengan pantas samada ke kiri dan kanan bagi mengutip makanan yang dipaparkan di skrin.


Aktiviti ini memerlukan anak-anak untuk berfikir dengan kritis dan membuat penyelesaian dalam setiap cabaran. 

 Antara aktiviti yang paling digemari oleh anak-anak iaitu Kara O Kid. Seumpama satu studio kecil yang membolehkan anak-anak berkaraoke dengan gembiranya. Pelbagai pilihan lagu kanak-kanak yang popular disediakan di sini. Aktiviti ini juga mampu mengurangkan stress ya, hehe.



 Pelbagai aksi anak yang sedang berkaraoke sempat saya rakamkan, hehehe :-)

Ini adalah Oceon Live yang mana hasil seni yang kita hasilkan dapat kita paparkan di skrin yang besar ini dan menjadi sebahagian hidupan di situ. 

Apa yang perlu dilakukan hanyalah mewarna dengan jelas gambar haiwan/objek yang kita inginkan. Seterusnya scan hasil seni yang dihasilkan dan ianya akan menjadi sebahagian daripada paparan di skrin. Memang unik!

Terdapat juga aktiviti merekabentuk hasil seni 3D disini.

 Semua peralatan dan alatan mewarna disediakan.

Interaktif 'Slide'.  Anak-anak lelaki saya sangat sukakan slide ini. Selain daripada efek pancaran lampu yang berwarna-warni mencantikkan pemandangan. Slide ini juga dikatakan sangat laju!!

Permainan Artistik - Sepertimana yang kita ketahui dunia kanak-kanak adalah bermain. Mereka akan belajar melalui bermain. Saya juga suka dedahkan permainan interaktif yang dapat merangsang skil permotoran seperti pergerakan tangan, kepantasan penglihatan dan kecenderungan berfikir sebelum bertindak.


Untuk aktiviti ini lebih kepada kekuatan fizikal. Seperti berbasikal mereka perlu mengayuh tetapi untuk permainan ini mereka perlu menggerakkan kaki ke depan dan ke belakang bagi membolehkan permainan ini bergerak.

Fasiliti asas yang disediakan di Kiddomo Universe antaranya seperti bilik air, bilik penyusuan, mini kafe dan juga rak kasut. 

Bilik air untuk lelaki, bilik penyusuan dan bilik air untuk perempuan.

Mini kafe yang menyediakan pelbagai jenis hidangan ringgan yang menggiurkan.

Ruang penyimpanan kasut yang agak luas.

Kiddomo Universe memang sangat mementingkan penjagaan kebersihan di kawasan premisnya. Disediakan hand sanitizer untuk pengunjung agar memastikan kebersihan sentiasa terjaga. Selain itu setiap pengunjung perlulah memakai stokin apabila berada dii dalam kawasan ini. *Stokin boleh dibawa sendiri daripada rumah ataupun dapatkannya di kaunter pendaftars.

Harga dan pakej yang ditawarkan, boleh rujuk pada gambar diatas. Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan boleh hubungi +6012- 7027969.


Anak-anak saya memang seronok berada di sini. Banyak aktiviti menarik yang kami lakukan bersama-sama. Kami dapat belajar, mengenali sesuatu yang baru yang menyeronokkan di taman permainan 'indoor' yang menawarkan pelbagai permainan interaktif yang menarik dan terbaik.

Boleh layari laman wed dan sosial media Kiddomo Universe untuk keterangan lanjut :

Jom ke Kiddomo Universe di The Starling Mall,
bersama bereksplorasi dunia imaginasi anak anda!
Kiddomo Universe Taman Permainan Berteknologi Interaktif Satu Tarikan Baru Dalam Dunia Kanak-Kanak! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 06, 2018 Rating: 5

19 comments:

  1. ini bukan budak budak je suka.. dnegan org tua pun suka.. nice la.. nampaklain dari yg lain.. hope 1 day nak bawak sepupu kecik2 mai sini.. mesti dorang happyyyy

    ReplyDelete
  2. Menarik la konsep kiddomo ni. Baru je terfikir time cuti sekolah nanti nak bawak anak2 buah ke sini. Sekali tengok harga terus x jadi haha. Bankrap la ..anak buah ramai kot

    ReplyDelete
  3. It is simply fun for the children. WIll consider bringing my kids there to enjoy this coming school holiday :)

    ReplyDelete
  4. bagusnya tempat ni, dah macam nak sama dengan Petrosains lah. Permainannya interaktif betul, aku pun suka tempat ni bukan anak-anak je tau

    ReplyDelete
  5. haahah comelnya! syurga bagi kanak-kanak bagus sebab dia titik beratkan ibu bapa juga. so takde la runsing sangat tengok keselamatan anak-anak kan?

    ReplyDelete
  6. Memang menarik tempat ni, bestnya! Semua permainan tu sesuai untuk kanak2 berumur berapa ye? Sangat fun dan interaktif, budak memang boleh belajar banyak kat sini

    ReplyDelete
  7. Kiddomo Universe ini membantu banget yah buat anak anak karena bisa bermain interaktif sementara ibu ibu juga bisa berbelanja dengan nyaman tanpa harus rwmlong urusi si kecil.

    ReplyDelete
  8. bagusnya ada tempat permainan macam ni...sambil bermain sambil belajar...ibu2 pun boleh join sama kan...

    ReplyDelete
  9. Cantik la gambar Adzkiya kat ball tu. Comel la kalau photoshoot kat sini sebab colorful. Amboi Yana lepas balik sekolah ke tu?. Nasib baik dekat je kan kat sini ye?. Buat birthday party untuk si cilik pun best kat sini. Suruh Sheeda set up buffet table. Hehe.

    ReplyDelete
  10. Perghhhhhhhh terbaik la Kiddomo Universe ni. Selain dari tempat Kidz****, tempat ni jugak wajib bawak anak-anak pergi. Memang sangat bagus lokasi ini lagi-lagi untuk anak-anak yang boleh membuka minda dorang tentang teknologi terkini. Bagus kak ayu bawak anak-anak ke sini :)

    ReplyDelete
  11. Wahh terbaik lah taman permainan Kiddomo Universe ni..sure anak-anak happy. Rugi pulak tak ada anak kecik2 lagi..kalau tak dah merasa diorg main kat sini. Nanti sis rekomen kat kenkawan yg ada anak-anak kecik..suh dtg sini

    ReplyDelete
  12. Pergh. Zaman sekarang semua benda dah interaktif. Budak-budak mesti suka benda macam ni. Boleh bawa, tapi kena pantau anak-anak, nanti addicted sangat pula.

    ReplyDelete
  13. wah lenggangnye, seronok pula tengok bola bola dia macam gula gula mints pula.. siap ada tempat interaktif lagi nampak macam menarik anak anak i mesti akan suka kalau singgah nanti heeee....

    ReplyDelete
  14. Bestnya..kalau anak saya mesti xnak.kluar ni...
    Tapi hrga dia.boleh tahan kan..
    Kalau anak sorg ok la..
    Masuk anak 2 3 boleh pitam.jugak..huhu

    ReplyDelete
  15. Baguslah diwujudkan taman permainan yang berinteraktif dan memberi manfaat pendidikan kepada anak anak kita. At least anak anak boleh explore dan belajar sesuatu ilmu yang baru selain memberikan mereka keseronokkan

    ReplyDelete
  16. Wahhhhh satu tempat yang menarik untuk budak2 bermain dan berinteraksi. Meriah betul yer kalau bawa satu family ke sini. Silap2 hribulan, bukan budak2 je yg main, yg dah kertu mcm sy nie pon join jugak. Hahahaha

    ReplyDelete
  17. Sy yg dewasa ni pun tgk teruja. Mmg akan dtg utk liburkan dr dengan anak

    ReplyDelete
  18. menarik sangat ni kak, lagipon tak jauh sangat pun kan nak bawak anak-anak bermain kat sini. lagipon kat mall, mudah la nak shopping kan. bagi anak2 main2 kat sini mak leh g shoping

    ReplyDelete
  19. Kids nowadays are so so lucky kan. This place is really fun and educational for them to play and learn together.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.