Petron Gasul Jaguh Masak | Saya Adalah Antara Pemenangnya

Amani yang mula agak mal-malu bila berjumpa dengan Chef Dato. Dr. Fazley.

Lama dah sebenarnya kisah shooting bersama Petron ni. Heheheh. Al-kisahnya saya menang satu peraduan anjuran Petron. Cara penyertaan sangat mudah, hanay muatnaik gambar masakan yang dimasak ke sosial media dengan hashtag tertentu dan perlu juga tag pada Petron.

Kebetulan memang saya masak setiap hari so apa yang perlu buat hanyalah ambil gambar yang dimasak dan kongsikan sahaja, heheeh.

Call time rasanya tengahari. Saya pun dah tak ingat pukul berapa, hehehe. Tapi alhamdulillah proses shooting ambil masa tidaklah terlalu lama. Biarpun 2 hidangan yang dimasak. Mungkin sebab team produksi memang dah merancang sebaiknya. Selain daripada kerjasama dari Chef yang sangat tip top, biarpun beliau sangat sibuk pada hari tersebut.

Kebetulan juga Dedet dan beberapa orang anak tak ada sebab balik Kelantan. Kena hantar Mak Tok dan Pak Usu balik sana (3 minggu sebelum tu dedet, anaqi, pak su dan maktok pergi umrah). Mujur ada Yara peneman setia sepanjang shooting berlangsung.

                         
 Antara bahan yang digunakan dalam masakan. Saya memang excited sebab ada satu resepi adalah pemanis mulut dari Perancis (rasanya) yang memang dah lama saya nak belajar cara penyediaannya.

 Walaupun ada guide dari skrip yang disediakan tapi sepanjang proses 'shooting' memang ada banyak juga part-part yang spontan.  Lebih aksi neutrel katanya hehehehe

 Tengok chef ni masak semuanya nampak senang dan ringkas. Banyak juga tips yang diberikan terutama dalam penyediaan amsakan.Salah satunya adalah berkaitan dengan api gas masakan yang digunakan. Seperti Petron Gasul ianya memang menggunakan api biru yang lebih panas dan sekata dalam memasak. Selain itu ianya dikatakan lebih menjimatkan.

 Ini adalah scene last. Makan time, heheheheeh. Banyak juga saya borakkan bersama Chef. Antara yang  dikongsikan seperti kisah-kisah beliau serta isteri dan perniagaannya, memang memberi inspirasi!

Antara 2 masakan yang sempat disediakan...

 Daging salai masak lemak cili api. Memang pedas meletop-letop punya. Sedap giler.

Ini feveret saya. Sedap hoiii. Kaedah dia macam buat pavlova cuma dia tak bakar tapi ianya dimasak dalam susu. Inilah dessert famous dari Perancis (errk ke Paris, lupa dah huhuhu)


Inilah videonya,,jemputtonton ya..heheheh

Selain daripada kehadiran chef datang ke rumah dan masak. Saya juga dapat hadiah kuali SHOGUN.

Best giler dapat kuali dari jenama feveret, heheheeh

Tq Petron Gasul.. antara hadiah yang best pernah saya menangi dalam hidup :-)

Comments

Syafiera Yamin said…
waaah rezeki chef fazley yaakob datang rumah masak gulai sedap tu dah nampak terliur dah untung kak ayu ! dan tahniah semoga sukses lagi.. aiskrim nampak macam dah cair skittt
Skrip yang panjang sebagai guideline je kalau kebetulan kita ketandusan idea. Selalunya kalau lebih natural kita cakap tanpa ikut skrip. Tahniah Ayu! Happy for you. Cantik rumah u. Sedap nampaknya dessert french tu you....Tak pernah rasa lah.
Bella Jamal said…
Tahniah. Cayalah Kak Ayu. Gilalah Chef datang rumah tu. Good platform ni untuk Kak Ayu. Kalau rumah i macam tongkang pecah, seganlah jemput orang datang shooting. Nanti jemput Bella datng makan tau kat rumah!
bertuahnya dapat peluang chef famous datang masak kat rumah. dapat barang free lagi.
Nadia Johari said…
bestny aakak..akak selalu bertuah menang contest..hehe..ni siap rakaman dengan dato fazley..macam sedap je manisan tu..boleh buat resipi kak..hehehee..tahniah kak
Khai Artzfar said…
latop’ masak dengan dato fazley lagi tu. banyak rezeki kat situ. bukan stkat bljar masak malah dapat hadiah lagi. tahniah!
Maha Mahu said…
Wahhh bestnya masak dengan Chef Dato Fazly lak tu hehehehe untung nasib diri.. Tapi kita terpegun tengok dapur dan rumah kak ayu cantik kemas dan besar hehehehe.. Tahniah tau nanti boleh masak untuk open house jemput kita ok..
Emilinda said…
Tahniah ye. Bertuah betul. Emi dah jarang join contest bagai ni
Mawardi Yunus said…
wah tahniah sis. bertuah betul ya. asyik menang je ha. Rezeki suri rumah ye dok. na jadi suri rumah jugak la camni. eh eh
Mek Onie said…
Ya Ampun kak!!! Memang bertuahlah dapat pulak berganding chef terkenal fazley yaakob! Satu pengalaman yg sangat bermaknakan. Dapat jugak korek-korek rahsia nak bagi makanan sedap dan dapat dekati dengan fazley yaakob. Happy for u kak!
Jia Shin Lee said…
Wow this such a great experience, having a chef coming over your place and cook with you, bet you learn a lot from him too, bestnyer at last you got a wok summoner.

Popular Posts