Siri Bacaan Terbaru dari Scholastic | Melowy

Agak lama saya tak update tentang buku terbaru yang my Amani sedang membaca. Terkini Amani sedang membaca buku dari siri Melowy dari Scholastic. Apa yangt menarik tentang buku ini ialah jalan ceritanya agak 'fresh' lain daripada yang lain sepertimana buku yang sedia ada di pasaran.

Mempunyai 4 cerita dalam siri ini yang mana kita boleh dapatkan dari toko-toko buku mahupun dari Scholastic terus. Melowy adalah berkisarkan sekolah 'Castle of Destiny' yang menempatkan pelajar-pelajar yang istimewa iaitu 'Melowies' - pengasus yang dilahirkan bersama simbol di sayap mereka dan masing-masing mempunyai kuasa ajaibnya sendiri.


Ada 5 watak utama dalam kumpulan 'Melowies' ini iaitu Cleo, Electra, Spring, Winter dan Selena. Masing-masing ada personaliti dan kuasa ajaib yang tersendiri.

Pelbagai adventur yang mereka berlima hadapi yang mana setiap kisah mempunyai moral yang boleh kita pelajari. Antaranya bersangka baik, berbudi, setia kawan, jangan putus asa dan pelbagai lagi.

 Penggunaan kosa kata Inggerisnya sangat mudah dan senang difahami. Kualiti kertas buku dan grafik juga datangnya sangat menarik. Paling penting gaya penceritaannya tidak membosankan.


 Dan my Amani memang sangat sukakan buku ini. Beliau memang banyak menghabiskan masa senggangnya dengan membaca buku dari Siri Melowy ini. Pembelian yang sangat berbaloi!

Sekarang ini ada promosi. Untuk temph terhad, dengan setiap pembelian 4 buku dari siri Melowy ini akan diberikan tumbler edisi khas Melowy ini secara PERCUMA.

Bekasnya cantik dan kedap udara! Paling best ianya adalah esklusif yang mana kita tidak boleh mendapatkannya di pasaran melainkan dengan pembelian buku dari siri Melowy (itupun bilangannya terhad!).

So, korang memang saya sangat rekomenkan siri buku Melowy dari Scholastic ini. Jangan lupa dapatkannya sekarang di pasaran :-)
Siri Bacaan Terbaru dari Scholastic | Melowy Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 13, 2018 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.