Workshop Memasak Amani bersama #Barbie

My Amani memang suka 'baking'. Seorang anak yang memang sukakan kek dan biskut memang sentiasa teruja untuk menghadiri kelas yang membolehkan beliau belajar memasak. Jadi apabila Barbie Malaysia mengajurkan satu peraduan yang mana hadiahnya merupakan kelas memasak Barbie, memang saya tidak melepaskan peluang untuk menyertainya.

Tapi disaat akhir, saya kena hadiri satu perbincangan agak penting juga pada tarikh dan masa bengkel masakan yang disertai Amani. Mujur ada Mima Sha (my sis) yang 'free' pada masa kejadian dan beliau yang temankan Amani. Thank you Mima!!

Ruang masak yang luas dan selesa.

My Amani dan feveret permainan sejak dulu lagi- Barbie. Sebenarnya di rumah memang Amani ada koleksi patung Barbie dan agak banyak juga. Ianya juga dari koleksi Yana semasa kecil dan kini diteruskan dengan koleksi untuk Amani.

Berada di sini seperti 'syurga' buat Amani. Hehhehe. Dikelilingi barangan Barbie!

Minum pagi bersama-sama kesayangan :-)

Pihak Mattel Malaysia yang mengalukan kedatangan semua peserta ke Bengkel Masakan bersama #Barbie.

Antara hidangan yang perlu disediakan oleh ibu dan peserta kanak-kanak. Best! Buat pavlova, my feveret dessert ni.

Resepi disediakan. Dan peserta hanya mengikut langkah-langkah kaedah cara penyediaannya.

Paling seronok apabila kita dapat lihat anak-anak yang bersungguh-sungguh mengikut arahan dalam penyediaan hidangan. Lihat sahaja 'My little chef' Amani yang begitu teruja sepanjang bengkel memasak bersama #Barbie berlangsung. Pelbagai aksi Amani sempat dirakamkan dan saya ada kongsikan di entri ini.

Mengenali bahan-bahan yang digunakan untuk membuat dessert pavlova..

Menariknya tentang aktiviti seperti ini ianya mengajar anak untuk lebih berdikari dan juga berkongsi melakukan kerja bersama-sama rakan pasukan yang lain.

Selain itu, menerusi bengkel ini juga kita boleh mendidik anak-anak untuk patuh dan mengikut arahan yang diberikan.

Bersungguh-sungguh para peserta ini membaca kaedah yang perlu diikuti untuk menghasilkan pavlova. Di sini kita dapat lihat semangat dan kesungguhan yang ada dalam diri anak-anak untuk menghasilkan sesuatu atas usaha sendiri memang ketara.

Paling penting ianya juga mengajar anak kita untuk lebih bersabar dalam setiap pekerjaan/aktiviti yang dilakukan.

Siap dah pavlova...

Di bengkel ini juga Amani dapat kenal kawan baru. Kenalkan ini Ara anak Encik Aziz M. Osman, sutradara (pelakon, pengarah dan penerbit) di Malaysia yang cukup popular di Malaysia.

Salah seorang peserta yang hadir bersama ayahnya. Comelnya.....

Cantiknya bila tengok set meja Barbie yang tersusun kemas di sini. How I wish to have this for my Amani, huhuhu.

Selain Aira, pelakon Dynas dan anaknya juga ada menyertai sama. Memang meriah!

Suasana sepanjang bengkel berlangsung. Nampak sangat comel apabila ibu dan anak sedondon memakai apron dan topi chef #Barbie.

Tada!!!!!!!!!!!! Pavlova dari Amani dan Mima Cha :-) Nampak sedapkan, hehehe.

Goodies untuk semua peserta bengkel iaitu Barbie Pizza Chef Playset (RM149.90), Barbie Accessories Asst (RM12.90) dan voucher photobook Barbie.

Ara dan ibunya...

Amani memang 'happy' sangat. Dengan menyertai bengkel ini Amani bukan hanya dapat barangan Barbie yang super cute ini sahaja bahkan proses pembelajaran dan aktiviti yang disediakan sepanjang bengkel memang benar-benar memberi keseronokan buat Amani. Siap pesan lagi dengan saya, "mummy kalau ada bengkel #Barbie lagi, Amani nak join lagi tau, please"...Heheh. Amani dan #Barbie memang tak boleh dipisahkan. Comel!

Untuk sebarang aktiviti dan info terkini mengenai produk #Barbie boleh layari:-

#Youcanbeachef
#youcanbeanything

Comments

CikLily Putih said…
itu yaang perasan sebelah amani ni anak aziz m osman, seronoklah amani dapat patung barbie banyak ek
Eyqa Hasnan said…
Apa nie apa nie? Bestnya dapat bakin cenggitu. Lepas tu dapat patung barbie pulak. Makin seronok amani ya
Khai Artzfar said…
amboi seronoknya! Feeling jadi princess amani haa./ siap dapat hadiah barbie tu. nanti mesti dia cite kat kawan-kawan kan? fuhh tahniah amani!
nor nazliana said…
wahh sukannya dia dapat patung barbie..lepas ni boleh la masak dekat umah pulak bagi ibu nayah makan hihii :)
Lia Hasty said…
Wah kita pun peminat Barbie juga dulu waktu kecil2. Bestnya dapat spent time ibu dan anak sertai cooking class. Lebih rapat dan kuat bonding tu. Suka tengook gift yang para pengunjung dapat.
Maha Mahu said…
Patut lah emaknya selalu juara bila masuk pertandingan memasak sebab selalu pergi berlatih memasak secara diam hehehehe nanti anak-anak pun boleh lah jadi food blogger nati wakakakaka...
Mimi Azirah said…
Seronoknya ada aktiviti macam ni dengan anak anak. Diornag boleh belajar bahan bahan yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu makanan. Saya memang suka join aktiviti menarik macam nih
Bro Framestone said…
Anak bro rajin memasak dalam bilik je.. nak bawa ke dapur masih belum sesuai lagi.. Tapi takat nak bantu apa2 tue boleh la diharapkan...

NIe pun nk turun sikit2 ilmu memasak pada dorang nie
Abby Onety said…
Lucu bangeett ya... pangling aku lihat peserta worshopnya nih. Semuanya konsep barbie... cantik nan lucu tp semua juga pada konsentrasi/fokus ke pelajaran masaknya. Sukses ya...
Seronoknya Barbie masak event ni. Good for mama dan anak bonding time! So sweet!
Emily said…
What a lovely workshop for Barbie lovers!! I would love to attend myself, even though takde anak. Haha.. I am that kanak-kanak.
Auni Sofea said…
Anak saya duk kat sebelah ni sibuk bertanya kenapa dia dapat banyak hadiah, kenapa dia ada banyak mainan..aduh, sekarang jugak saya klik link nak join kalau2 ada peraduan Barbie lagi..
JMR said…
Anak perempuan dan Barbier memang normal dan tak dapat dipisahkan. apatah lagi dapat peluang belajar memasak dgn Barbie..
Mek Onie said…
Kita yg org tua ni pun rasa macam nak join je. Comelnya la. Baguskan bila anak-anak minat memasak ni. Good job!
Jia Shin Lee said…
Awww such a cute workshop and your little girl seems to be enjoying herself so much. Everything is so pink as well I cannot resist la if I was there!
Rawlins GLAM said…
Kalau rasa-rasa tak berkenaan ngan hadiah Barbie tu, abam Rawlins sedia membantu tau untuk 'membuang' hehehe.... sesungguhnya aku peminat tegar movie dia tau
Bertuah betul Amani. Ilmu dapat, experience dapat, paling penting Barbie set pun dapat. Memang berbaloi la klu join workshops macam ni. Bagus untuk kids experience a new thing and explore new skills. Terbaikkk
Betty Liew said…
The kids seem enjoy the making process. Amanita so active and talented girl. Look at the barbie set. I like it so much. Is every women favour barbie
Sunshine Kelly said…
Comel nyer cooking class macam ini. I love barbie since my childhood time and still love them till now.
Comelnya cooking with barbie...
Best tgk dia enjoy masa event ni...
Hopefully one day anak i pun berpeluang jugak mcm ni

Popular Posts